Wednesday, November 25, 2009

Erti Pengorbanan..

Salam..

Alhamdulillah, hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun juga digelar sebagai hari raya korban yang juga merupakan perayaan yang besar bagi seluruh umat Islam.. Ramai yang menyangka hari raya Aidiladha ialah hari yang orang islam dapat merasai pelbagai jenis masakan daripada daging korban yang diagih tanpa mengetahui dan menyelami cerita disebalik hari raya korban itu sendiri..

Alhamdulillah, jika masih ada orang yang masih memahami apa itu pengertian pengorbanan yang sebenar wanauzubillah bagi mereka yang masih tidak amik kisah tentang hal ini.. Saya teringat tentang satu firman Allah yang bermaksud.. :

" Wahai orang-orang yang beriman, maukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang mana dapat melepaskan diri kamu daripada azab yang pedih.. ? kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan kamu berjuang pada jalanNya dengan harta dan diri kamu.. Itulah yang lebih baik bagimu,jika kamu mengetahuinya... "

(Surah As saf )

Ayat ini bermaksud pengorbanan yang dilakukan oleh orang terdahulu yang mana yakin akan janji-janji tuhannya.. Mereka sanggup berjuang pada jalan Allah dengan harta dan diri mereka tidak kira masa,tempat dan keadaaan sekalipun walaupun terpaksa merangkak.. Jika dibandingkan kita sekarang dengan zaman sahabat.. Alangkah malunya kita!

Kita yang hidup di dalam kemewahan ini pun tidak termampu, tetapi meraka walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan sanggup membiarkan diri mereka susah demi mempertahankan agama yang suci ini.. Jika tidak kerana pengorbanan orang-orang terdahulu, kita tidak mampu mengecapi nikmat ISLAM seperti yang hari ini..

Seperti dalam satu hadis yang diceritakan oleh sahabat yang bermaksud :

" Ramai umat pada akhir zaman ibarat seperti buih-buih dilautan... Hanya bilangan sahaja ramai tetapi mereka tidak mempunyai ruh perjuangan ISLAM... "


Perkara ini amat mendukacitakan Rasulullah.. Minta-minta kita tidak tergolong dalam golongan orang yang disebutkan dalam hadis tersebut... Nauzubillah...

Kesimpulanya... Buat diri saya dan semua sahabat yang amat saya kasihi, jadikanlah hari raya aidiladha ini suatu ibadat bukan hanya hari bagi memuaskan nafsu perut.. Sama-sama kita saling mengingatkan antara satu sama lain.. Wallahualam...

Sedikit perkongsian bersama..

Siruu Ala Barakatillah...
Wassalam..

Erti Pengorbanan..

Wednesday, November 11, 2009

SYURGA CINTA REMAJA



Salam... Untuk entry kali ini saya nak berkongsi sedikit cerita pasal couple... Entah la ini kisah benar atau tidak.. Tapi apa yang lebih pentingnya pengajaran dari pengalaman hidup si Ali( bukan nama sebenar)... Amat sesuai dijadikan teladan bagi remaja-remaja yang sering dikaitkan dengan dunia cinta khayalan...


Pernah seketika dulu saya rasa saya tak berguna..
Masa dalam kelas kawan-kawan semua tak suka..
Saya nak 'join', kawan kata saya menyibuk..
Ada pula yang kate saya kuat emo..
Sikit-sikit nak marah..
Padahal sebenarnye saya nak tegur mereka buat bising masa belajar..

Lepas tu saya cuba buat lawak
kononnya nak tarik perhatian orang lain
saya paling gembira bila ada orang gelak bila dengar lawak saya
terutamanya pelajar-pelajar perempuan..
Budak-budak lelaki semua kata saya 'mat capub'(cari publisiti)..
tapi saya tak kesah..
asalkan ada yang terhibur..

Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Memang lumrah manusia..

Seoarang lelaki akan tertarik kepada wanita

Macam itulah yang saya rasa..
Saya tengok kawan-kawan dah ada yang 'couple'..
Di dorm sms awek sampai pagi..

ada yang call awek sampai
satu malam boleh habis 10 ringgit..
Saya mula berfikir..
"Adakah aku perlu BERCINTA?"

Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4 itu..

saya pun mula menanam tekad untuk ber'couple'..

Dan masa itulah saya kenal awak..

saya rase saya dah jumpa orang yang paling penting dalam hidup saya..

Mula-mula awak jual mahal..
Tapi saya tak kisah..nak beli gak..
akhirnya, dipendekkan cerita..
saya pun mulalah BERCINTA..

Masa bercinta,memang saya sangat-sangat bersemangat

Apa orang kata..'ALL OUT'lah..
haha..
Saya selalu call awak,awak pun selalu call saya..
'gayut' malam-malam..
kadang-kadang saya pun habis RM10 satu malam..

Tetapi segala PENGORBANAN yg dilakukan masa ber'couple' tu..
Tidak terasa pun kehilangannya..


Mase bercinta memang indah..

Semuanya indah..
Sikit-sikit gurau-gurau
Sikit-sikit gelak-gelak
kalau merajuk men pujuk2..
kalau 'birthday' kita sambut sama-sama..

Untuk diri ini,terasa amat bahagia..

Sebab masa itulah terasa diri ini dihargai..

Saya pernah terikir..
Biarlah kawan-kawan saya tu pandang saya semacam,
kata saya macam-macam..
Asalkan awak memahami saya..
Satu hari saya dengar ceramah..

Alhamdulillah.. Dalam ceramah tu saya sedar,saya banyak buat dosa dan saya kena brubah.. Hidup saya mesti selari dengan Islam..
Saya kena jadi baik.. Sebab memang itu fitrah manusia..menginginakan kebaikan..
semua orang nak masuk syurga
kan?

Sejak dari saat itu saya mula rapatkan diri dengan masjid..

Rapatkan diri dengan Al-Quran..

Selalu solat jemaah awal waktu..
Selalu dengar tazkirah..
Saya beli terjemahan Quran, sebab nak tadabbur Quran

Saya beli dua, satu untuk saya, satu untuk awak,

Saya taknak jadi baik seorang diri..
jadi saya ajak awak sekali..
Saya ajak awak baca Al-Quran..
saya kejut awk bangun subuh..(calling)
saya ajak awak saling beri tazkirah..
Mula-mula awak terkejut dengan perubahan saya..

Awak ingat saya dah nak jadi alim, nak brenti couple.

Saya kata,kita bukan buat benda yang salah..

bercinta kerana Allah..


Kita couple tak macam orang lain..

Orang lain couple 'jiwang-jiwang' je..
ade yang siap wat mksiat lg..
pegang-pegang tangan dan macam-macam lagi..
Tapi kita couple baik-baik..
Jaga batas-batas syara'..
Tak guna ayat jiwang-jiwang

janji taknak jumpa, takut berlaku maksiat..
cuma sms dan call je..
Dan awk terima perubahan saya itu..
Saya pun banyak nasihat awak..
Awk pun terima..
Walaupun kadang-kadang awak merajuk sebab teguran saya tu
Tapi saya faham, perubahan memerlukan masa..
Dan akhirnya saya rasa.. Hubungan kita semakin diredahai..
Saya salu doa supaya kita akan kekal sampai ke gerbang perkahwinan..
Dalam proses perubahan saya, Saya mula menyedari bahawa berdakwah itu wajib..
Kita kena menyampaikan kepada orang tentang kebenaran.

Kalau kita tidak berdakwah..
kita akan dipertanggungjawabkan oleh Allah di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-A'raf,
surah ke 7,ayat ke 164:

Dan (ingatlah) ketika suatu umat di

antara mereka berkata: "Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka
dengan azab yang amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa".


Lepas tu saya mulalah beri tazkirah pada kawan-kawan dan adik-adik

Tegur mereka apa sahaja yang silap..

Saya tak boleh tahan bila tengok orang buat salah/dose..
Saya mesti nak tegur.
Selemah2 iman tegur dengan hati,
oleh sebab saya nak jadi orang kuat iman..
Ape lagi..tegur je la depan-depan..
huhu~~

Lepas tu, satu masa..

saya terbaca pasal couple..


"
COUPLE HARAM"....

( to be continue )...

Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam..

Tuesday, October 27, 2009

Tahi Yang Bercampur Air Kencing.


Seseorang dibawa ke tandas. Lalu kepalanya dimasukkan ke dalam tandas dan diflash. Apabila diangkat kepalanya, penuh dengan kekotoran dan bau busuk yang amat. Rupanya kelihatan buruk sekali dan baunya bengit. Saya menutup hidung.

Busuknya busuk sekali. Kemudian seorang yang lain dibaringkan dan tangannya diikat. Kakinya dirantai. Lalu seorang yang berupa bengis menuangkan air panas lalu dituangkan ke dalam matanya. Menggelepar ia. Matanya hancur menahan panas air. Ia meronta-ronta cuba membebaskan diri namun tangannya diikat kuat.

Lalu seseorang yang lain dibawa ke tengah-tengah khalayak. Ia dibentak dan diterajang. Terdengar suara berkata, “Bawalah Abu Jahal itu ke tengah-tengah khalayak. Tuangkan air panas ke atas kepalanya.”

“Guru, saya seorang pencinta maksiat. Layakkah saya menginap syurga yang indah?” Guru terdiam. Seorang pencinta maksiat mahu masuk ke syurga? “Anakku, syurga hanya tempat orang yang mencintai akhirat dan takutkan azab seksa.”

Seorang murabbi yang bergelumang dalam tarbiah. Ia boleh masuk ke neraka apabila ia berasa kagum dengan kejayaannya. Kata guru, “Kamu sebagai murabbi, sebelah kakimu dalam neraka dan sebelah kakimu di syurga. Namun peluang kamu ke neraka lebih luas kerana kamu terdedah dengan rasa sombong dan ujub. Seorang yang bertaubat boleh terdedah kepada dosa.


Kata guru, “Dalam bertaubat, mengingati dosa yang kamu lakukan, air mata yang mengalir, tiba-tiba kamu terasa nikmat dosa.” Saya kurang memahami, bahkan tidak memahami. Guru menjelaskan, “Kamu teringatkan dosa, lalu kamu terasa nikmatnya dan indahnya dosa itu. Lalu Iblis mencampakkan rasa cinta kepada maksiat lalu taubatmu tidak berguna.”



“Apa tujuan kamu?” Saya bertanyakan adik-adik usrah saya. “Apa tujuan kamu melakukan program PMI?” Adik-adik usrah saya menjawab, “Kami melakukan program untuk melonjakkan nama PMI dan menjayakan misi kepimpinan.”


Saya menggeleng-geleng kepala.
“Alangkah rendahnya impian kamu, adik-adikku. Sepatutnya tujuan kamu melaksanakan program adalah kerana kamu ingin mengajak yang lain mencintai syurga dan merinduinya.” Kawan saya seorang motivator berjumpa saya. Saya bertanya, “Apa tujuan anta membuat program motivasi?”


Ia menjawab, “Meningkatkan kekuatan emosi dan memberikan keyakinan.”
Saya turut menggeleng-geleng kepala. Impiannya juga rendah. “Akhi, sepatutnya program motivasi dibuat agar dirinya semakin bersemangat untuk melakukan amal ibadah dan berasa benci dengan kegiatan dosa.” Ramai yang bercinta. Namun tidak meletakkan matlamat yang tinggi dalam bercinta. Cinta mereka hanyalah, agar dapat mereka membina rumah tangga yang bahagia.


Sedangkan saya ingin berpesan kepada semua, “Bercinta adalah untuk memastikan pasangan kamu bersedia dengan bekal Iman yang tinggi dan bersedia untuk berkahwin dengan akhirat sebelum berkahwin dengan kamu.”



Maka pasangan yang bercinta itu, jika mereka berkahwin dengan akhirat, maka mereka bertambah seronok bertahajud. Mereka akan tambah gembiar membaca al-Quran. Mereka akan tambah ghairah berzikir kepada Allah.
Maka hantaran kahwin mereka adalah zikir kepada Allah. Bukan hantaran mereka mashaf al-Quran, tetapi mereka sendiri adalah al-Quran. Orang yang menghadiahkan al-Quran, mereka hanya memberikan mashaf namun ramai yang tidak berusaha menjadikan dirinya al-Quran yang bergerak.

Seorang naqib yang berjaya, setiap kali kakinya melangkah ke usrah, ia akan berdoa dan berdialog dalam diri, “Ya Allah, aku melaksanakan usrah agar kami akan bertambah cinta kepada-Mu ya Allah.” Cinta kepada perjuangan adalah konsep yang sempit. Ini kerana ramai yang cinta dengan perjuangan tetapi bibirnya malas sekali berzikir. Hatinya gelap daripada bertafakur. Ia hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan kepada perjuangan.
Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah, saya ada pesan kepada diri saya.


Saya sebutkan kepada rakan seusrah, “Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya bermasalah dengan Allah.”
Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia. “Kenapa begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya.


“Ini kerana Allah benci kepada pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”


Tahi yang bercampur dengan air kencing. Itulah hidangan ahli neraka..



Sirru Ala Barakatillah..

Wassalam..

( copyringht from dzulkhairi.blogspot.com )

Sunday, October 18, 2009

Formula menangani virus H1n1

Salam perjuangan..

Baru-baru ini semasa ke Pulau Pinang bersama ketua pemuda PAS, Ust Nasaruddin At Tantawi, beliau mengatakan bahawa untuk wabak h1n1 ni memang kita susah untuk menanginya melainkan dengan formula yang ini...

"Apakah formulanya Ust ? ", tanyaku untuk mendapatkan kepastian...

Yang ku tahu adalah seperti yang diwar-warkan dalam tv dan radio... Basuh tangan dan mandi dengan kerap di samping jangan batuk tanpa ditutup dengan kain yang bersih..

" Senang je formulanya tapi amat payah untuk dilakukan.. " katanya lagi....Aku kehairanan... Melihatku yang kehairanan Ust. seterusnya menyambung..

" Amar makruf Nahi mungkar.. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw.. Tentang bala yang akan turun dan layak menimpa bagi mereka yang melakukan 15 perkara ini.." , kata Ust. Nassaruddin..

"Apa perkara-perkara itu Ust. ? ", tanyaku lagi..

" Dari Saidina Ali bin Abi Talib, Rasulullah saw telah bersabda, Apabila umatku telah melakukan 15 perkara ini, maka layaklah bala menimpanya.. Lalu sahabat bertanya apakah 15 perkara itu wahai Rasulullah..?? Jawab Nabi saw..:


1. Apabila harta rampasan perang yang dirampas dan diagihkan dikalangan golongan tertentu sahaja..
2. Amanah yang diberikan dijadikan sebagai alat untuk mencapai kepentingan diri.. ketiga, zakat dianggap beben kepada diri..
3. Zakat dianggap beban kepada diri..
4.Apabila seorang suami terlalu mentaati isterinya(Dayus)..

Aku mengangguk dan mendegar dengan teliti setiap inci penjelasan yang di terangkan oleh ustaz...

to be continue...

Sirru ala barakatillah..
Wassalam..

Friday, October 16, 2009

DEBAT : HUKUMAN SEBAT KERANA ARAK.. ADILKAH ?


Satu Debat yang berkaitan dengan hukuman sebat kepada peminum arak akan berlangsung di kuantan.. Makluman adalah seperti berikut :

Tempat : Dewan UIA Kuantan, Pahang

Ahli Panel : -Ustaz Nasruddin Hassan At tantawi
( K/p PAS Pusat )
- Wakil SIS ( Sisters In Islam )
- Majlis Peguam Syarie
Tarikh : 22 Oktober 2009
Jam : 8.30 malam


Terbuka kepada semua.. Muslimin dan Muslimat di jemput hadir..



Sirru Ala Barakatillah..

Wassalam...

Wednesday, October 14, 2009

Pemilik Cintakku Setelah Allah Dan Rasul


Salam Perjuangan..

Setelah sekian lama menyepi dek kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan... Selesai sudah beberapa halaman saya menjenguk sebuah buku baru karangan kak Fatimah Syarha Mohd Nordin.. Walaupun baru menjengah baberapa laman namun bingkisan penulisannya amat saya kagumi..

Berkisarkan penggunaan watak Qaniaah dan Dr. Muhsin sudah cukup bagi menggambarkan alangkah indahnya jika Usrah yang terbina berlandaskan Baitul Dakwah.. Bermula dengan Individu muslim, baitul muslim, masyarakat muslim, daulah muslim, negara muslim, khalifah muslim dan seterusnya menjadi Ustaz kepada alam ( rujukan kepada semua ) merupakan sesuatu matlamat yang hendak dilaksanakan konteks gagasan dakwah islamiyyah..

Penulis juga ingin mengambarkan yang tiada percintaan sebelum pernikahan.. Prinsip yang di pegang melalui watak Qaniaah merupakan prinsip yang menafikan mana-mana ungkapan cinta selain daripada Allah dan Rasul di zaman remajanya dan setelah bersedia berkahwin, cinta yang ketiga itu di serah kepada insan yang bernama suami.. Begitulah teguhnya prinsip yang di perjuangkan oleh Qaniaah...

Bingkisan ini sangat sesuai bagi mereka yang di alam remaja, yang akan mendirikan rumah tangga, yang dah berumah tangga dan ibubapa bagi mendidik anak-anak.. Harap sahabat-sahabat dapat membacanya kerana isinya sarat dengan ilmu yang dapat di manfaatkan nanti..
Amat rugi jika terlepas peluang menelaahnya.... Syukran..

Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam...

Thursday, September 3, 2009

Di "TAGGED"

Salam perjuangan...

Dah lama rasanya saya tidak berpeluang untuk meng 'posting' blog.. Alhamdulillah, peluang itu ada kali ini.. Dan sewaktu melihat blog-blog sahabat, saya telah di 'tagged' oleh seorang salbiah.. kotakhati...( http://kotakhati-lunia.blogspot.com/ ) .. Dan untuk itu, saya dengan rasa rendah diri dan walaupun tidak berapa nak faham untuk apa 'tagged' nie cuba menjawab soalan-soalan yang ditanya itu... Minta-minta semuanya terjawab ...


1) Nama timangan anda?

-Hasrul
-Mimie
-hasrul hamimie
-Tapi kebanyakkan orang memanggil saya dengan nama yang kedua itu walaupun nama itu orang kata macam perempuan... Itulah panggilan kepada saya bagi mereka yang terdekat dengan saya... x kisah sangat...


2) Anda seorang yang...?

-Hamba ALLAH... Yang dilahirkan oleh seorang perempuan yang bernama IBU... Dan dididik oleh seorang AYAH.. Seorang ABANG SULUNG.. Open minded... Pastu entah ape2 entah lagi...


3) Insan yang teristimewa?

-Insan Istimewa dalam hidup adalah UMMI.. ( Norhayati bt. Abdullah ).. Keluarga saya.. Dan InsyaAllah nanti 5 atau 6 tahun dari sekarang akan bertambah insan istimewa di hati( isteri dan cahaya mata )...


4) Lagu kesukaan?

-Semua lagu nasyid.. terutama IN Team... Album Allah hurabbi dari in team memang best... Dan tidak lupa juga lagu dari kumpulan nasyid sendiri IKHWAN... Semoga lagu kita jadi kenyataan suatu hari nanti...


5) Makanan kesukaan anda?

- Makanan dari Ummi.. Tapi yang penting halal.. Satu lagi saya nie jenis yang tidak suka makan sayur dan buah-buahan ( kecuali yang tertentu sahaja )....


6) Sikap yang membuatkan ana stress?

-Suka main-main walaupun dalam keadaan serius...( untuk dalam keadaan lain saya tidak kisah coz saya pun jenis yang suka melawak jugak...)


7) Warna kegemaran anda?

-Oren, hijau dan putih... ( hitam pun boleh )


8) Benda yang mesti ada dalam beg?

-Duit dan bankcard...


9) Kali terakhir anda menangis?

-Masa arwah abah meninggal ( tahun lepas )
-Masa ingat kat arwah ( x ingat tapi baru-baru nie la.. )
-Ketika baca novel ( minggu lepas.. Novel Salju Sakinah )


10) Tag untuk 6 rakan anda :

-Akhi Nik Hafizul
-Akhi Nasrul
-Akhi Farid
-Ukhti Syuhada
-Ukhti Syaheed
-Abg Eddy


Semoga jawapan tadi menjawab semua soalan... Syukran..

Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam...

Tuesday, August 18, 2009

Taniah Pemuda PAS Pulau Pinang



Salam...

Sekalung taniah buat pemuda PAS pulau pinang kerana baru-baru ini sempat melancarkan kempen " JOM USRAH "...

Alhamdulillah, memang sepatutnya sudah lama kempen-kempen tersebut sepatutnya dilancarkan bagi menarik golongan muda disamping mentarbiyyah mereka yang Pas bukan Parti Politik tapi adalah Jemaah sebagaimana Ikhwan Muslimin dan sebahagian daripadanya dan gerakan-gerakan lain...

InsyaAllah, mudah-mudahan cawangan-cawangan dan negeri-negeri lain akan mengikut jejak langkah sebagaimana negeri Pulau Pinang.. Moga dapat menarik seramai mungkin golongan belia dalam memperkenalkan perjuangan islam yang sebenar berlandaskan Al-quran dan As sunnah.. InsyaAllah....

Sirru Alla Barakatillah...
Wassalam...

Friday, August 14, 2009

SEKITAR DEMO ISA... ( FOTO)

Di sini saya sertakan beberapa gambar sekitar Demonstrasi ISA hari tu... Bagi yang nak tengok yang lain lagi, bolehlah melawat malaysiakini.blogspot.com...


Penyokong anti-ISA lari bertempiran akibat digempur FRU dengan menggunakan 'water canon'


Dijangka seramai 80 000 orang hadir ke perhimpunan tersebut


Dr Hatta yang ditarik oleh FRU sehingga baju yang dipakainya terkoyak


Seorang lelaki yang ditahan oleh pegawai polis dalam perhimpunan



Muslimat yang turut menjadi sasaran polis untuk tangkapan



Penulis dan saudara Azmie yang turut serta dalam perhimpunan



Pegawai FRU yang sedang bersiap siaga menantikan arahan daripada pihak atasan

Wednesday, July 29, 2009

JOM TURUN DEMO..!!


Salam perjuangan buat sahabat semua... InsyaAllah kita semua pakat-pakat turun Demontrasi bagi membantah Akta ISA pada 1 Ogos ni bertempat di Kuala Lumpur..

Kita semua sudah sedia maklum yang ISA merupakan satu kezaliman yang tidak boleh diselindungkan lagi...

Bagi yang mempunyai kelapangan, harap sahabat semua dapat turun ke medan sebenar kerana perjuangan kita bukan setakat pada bicaranya sahaja...


"BERSAMA KITA MEMERANGI KEZALIMAN ISA"

Sirru ala barakatillah...

Wassalam...

Sunday, July 19, 2009

DUNIA TANPA USRAH..


Salam perjuangan buat sahabat semua..

Alhamdulillah... Masih lagi diberikan kesempatan untuk saya terus menulis oleh Allah SWT..


Dalam 2 minggu lepas merupakan hari-hari bosan dalam hidup saya... Tak dapat di bayangkan bila melalui hari-hari tersebut.. Alhamdulillah, segala kebosanan itu akhirnya terubat bila usrah mengisi hari-hari yamg seterusnya... Tidak sanggup saya bayangkan jika DUNIA TANPA USRAH...


Saya sebenarnya pelik, ada sesetengah sahabat yang boleh hidup tanpa ada pengisian.. Maaf la jika terlalau kasar.. Sebenarnya ini adalah dari segi pengalaman dan pergaulan dengan sahabat-sahabat.. Memang ada segelintir sahabat yang aktif mengikut program jemaah tapi jiwanya tidak di isi dengan pengisian.. Entahla.. Mungkin mereka mengganggap cukup dengan mereka mengikut program-program dengan sebegitu..


Tetapi pada pandangan saya, itu tidak mencukupi kerana jiwa seorang pejuang perlu senantiasa di isi dengan ilmu-ilmu di samping latihan tarbiyyah yang berjalan secara berterusan.. Medium usrah inilah yang membentuk generasi dahulu termasuk para sahabat baginda untuk menjadi kuat jiwanya..


Saya ingin petik kata-kata As syeikh Hasan Hudaibi :


" Seruan dakwah dan peningkatatan amal merupakan dua perkara yang mesti bergerak dengan selari... Jika salah satu daripadanya tertinggal, maka cacatlah dakwah tersebut.."


Nah apa lagi yang dapat saya simpulkan.. Semuanya dah dijelaskan oleh Musyidul Ikhwan sendiri... Ibarat macam baju dan seluar.. Jika kita tidak memakai salah satu daripadanya, maka tidak sempurnalah penutupan auratnya..


Ingin saya berpesan kepada diri sendiri dan sahabat semua, :


" Jadikanlah usrah sebagai kebiasaan kita kerana ia adalah perkara normal bagi seorang pejuang ISLAM.. Tiada kemanisan berUkhwwah melainkan di dalam USRAH.. Tiada USRAH tanpa Ukhwwah, tiada Ukhwwah tanpa Ikhlas.. Dan tiada Ikhlas tanpa Pengorbanan... "


Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam...

Sunday, July 12, 2009

Perjuangkan Islam di Manek Urai bukan parti..


Salam perjuangan...

Alhamdulillah, setelah lebih daripada sebulan tidak 'update blog' ramai antara sahabat-sahabat yang menayakan "bila enta nak update blog?"... maaf kepada sahabat-sahabat kerana kesibukan berperang di manek urai menyebabkan saya tidak sempat untuk meng'update' blog di samping masalah kesusahan internet di kampung ini...


Situasi sekarang ini di manek urai, di antara kedua-dua belah pihak, Alhamdulillah kempen secara aman masih lagi berjalan lancar seperti yang diharapkan.. Cuma sekarang ni, dalam masa baki beberapa hari lagi pilihanraya, saya cukup-cukup bimbang ada segelintir respondan yang mungkin akan membuat undian berdasarkan 'try and error'.. undian untuk cuba-cuba.. Ini adalah hasil daripada keputusan bancian daripada penduduk kawasan manek urai sana..


Selain itu, pihak lawan juga menggunakan taktik mengerahkan seluruh jentera mereka untuk saat-saat terakhir bagi meraih undi.. Ada maklumat yang saya terima yang mereka menggunakan program anak angkat dan setiap keluarga yang menerima anak angkat itu akan dibayar sebanyak Rm 500 bagi seorang anak angkat hingga menyebabkan ada di antara respondan yang mengambil 2 orang anak angkat..


Bagi kawasan pedalaman, ada respondan yang menunggu pihak dari parti mana dulu yang akan memberi duit, pakaian atau kemudahan lain di antara kedua-dua belah pihak.. siapa yang sudi dulu memberi pertolongan maka pihak tersebut dulu akan mendapat undi dari mereka.. Siapa cepat dia dapat undi.. Dan rasa bagi pihak UMNO mereka mesti suka mendengar berita ini kerana bagi mereka ini adalah perkara 'gampang' ( mudah )... Mereka mesti akan menghabiskan duit rakyat untuk prk kali ini sehingga maklumat yang saya terima ada mengatakan yang Mukriz dan Mustapha Mamat ada memperuntukkan RM 100, 000.00 untuk prk kali ini...


Ada juga pengalaman yang tidak boleh saya lupakan ketika di sini... Antaranya ialah semasa kami sedang membuat bancian bagi mengetahui bilangan sebenar pengundi PAS, ada beberapa kejadian yang berlaku... Antaranya kami tidak dilayan dan dihalau ketika membuat bancian walaupun kami mengatakan yang kami ini sekadar bancian bawah kerajaan negeri dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.. Tapi mereka macam dapat menghidu taktik kita.. Dan ada juga antara muslimat yang di minta oleh Puteri Umno untuk istikarah sebab muslimat kita yang membuat bancian dapat di kesan sebagai nisa'.. Ada juga yang antara muslimat yang tersilap bancian hingga mereka terbanci rumah pegawai spr... Apalagi kena semburlah jawabnya....


Semoga semua pengalaman yang kami perolehi di sini akan menjadi saksi sebagai pengorbanan kami walaupun tidak seberapa yang diharapkan.. Semoga dapat membantu Islam untuk terus kekal memerintah di manek urai...

kalau boleh saya ingin berpesan kepada diri saya dan semua pimpinan dan pemuda serta mereka yang bergelar PAS.. Teruskan perjuagan kalian menegak ISLAM.. Tunjukkan kepada pengundi ataupun kita gelarkan sebagai madd'u kita apa itu Islam yang sebenar.. Wujudkan peluang berdakwah selagi termampu.. Perjuangkan ISLAM bukan PARTI.. Timbulnya Parti adalah di atas dasar wasilah bagi perjuangkan ISLAM.. Ingat matlamat kita yang sebenar ....


Allahu Rabbuna...
" Allah matlamat kami "

Friday, June 5, 2009

Selamat bermuktamar...



Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia kali ke 55 di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir..


" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "

Ulamak dan profesional ( 2 )





Alhamdulillah... Lama sudah rasanya tak menulis.. Syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk saya luahkan dan lontarkan segala idea dalam blog ini bagi tujuan bersama-sama dengan sahabat seperjuangan menimba ilmu dan saling bertukar idea dan pendapat..


Apa yang saya ingin kongsikan adalah berkenaan dengan isu yang sebelum ini pernah di lontarkan yang menjadi mainan media tempatan sama ada media elektronik mahupun media massa bagi melaga-lagakan institusi ulamak dan golongan profesional yang mana kedua-dua golongan tersebut merupakan elemen yang sama-sama penting dalam sesuatu harakah islamiyyah..


ULAMAK...

Seperti mana yang telah disuarakan oleh Tuan Presiden dalam ucapan dasarnya pada muktamar kali ini iaitu tentang kepentingan dewan ulamak.. "Menghayati tugas-tugas ajk Dewan ulamak, antaranya dalam fasal 40 (6)(a) iaitu tugas untuk menyatu tenaga dan pemikiran ulamak islam bagi memperkuat dan mempertingkatkan perjuagan islam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan pengembelingan tenaga ummah yang berterusan.."

Tuan guru juga menyarankan agar diadakan program bagi menarik seramai mungkin golongan ulamak muda dan ia perlulah diperhebatkan.. Ini kerana, golongan generasi inilah yang merupakan pewaris dalam menentukan masa depan perjuagan islam secara istiqamah.. Daripada saranan tuan guru tersebut, kita dapat lihat bagaimana pentingnya institusi ulamak dalam memandu sesebuah harakah ataupun jemaah..

Saya ingin membuat perbandingan dengan zaman kegemilangan islam yang lalu, kita tahu dan kita baca bahawa semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang mana menakluk kota Jurusselem dari tentera salib suatu ketika dahulu ataupun Sultan Muhammad Al-Fateh yang mana menakluk kota costinepal, kedua-dua tokoh islam ini merupakan nama-nama besar dalam perjuagan islam.. kedua-dua tokoh ini mempunyai persamaan iaitu hebat dalam bidang ketenteraan.. Oleh sebab itu, pendekatan yang digunakan kedua tokoh ini ialah tarbiyyah askariyyah..

Walau bagaimanapun, kedua mereka juga dipandu oleh ulamak dalam menentukan sesuatu hukum.. Syura bersama ulamak merupakan perkara wajib bagi mereka walaupun kita tahu yang kedua mereka adalah juga merupakan orang hebat dalam tarbiyyah tetapi mereka tetap mahu pandangan daripada orang lain terutamanya golongan ulamak dalam membimbing mereka supaya perjuangan mereka tidak akan lari dari matlamat yang asal dan diberkati oleh Allah Swt..
Jadi selarilah dengan saranan tuan guru yang mahu memperkasakan institusi ulamak dengan menubuhkan akademi kepimpinan ulamak muda.. InsyaAllah..


PROFESIONAL...

Kalau dulu kita mungkin menggangap PAS ini hanyalah satu Gerakan kampung yang melahirkan jaguh-jaguh kampung... Tetapi kalau kita lihat perkembangan muktahir ini, kebanyakkan daripada pimpinan Pas sudah diisi dengan golongan Profesional.. Ini adalah satu perkembangan yang positif.. Golongan ilmuan dan profesional memang diharapkan oleh Pas untuk disertai kerana Pas memerlukan kepakaran mereka bagi memperkukuh dan memperkasakan lagi jemaah.. Perkara ini bukan perkara yang dianggap pelik, tetapi sengaja diputar belitkan oleh pihak media supaya nampak pelik..

Jemaah kita dari mesir, Ikhwan Muslimin sudah lama golongan profesional bertapak dalam stuktur organisasi ikhwan itu sendiri.. Nama-nama besar ikhwan seperti Hassan hudaibi dan syeikh Umar Temelsani sendiri merupakan pakar dan golongan yang dianggap profesional dalam jemaah ikhwan.. Perkara ini tidak dianggap pelik oleh ahli ikhwan dan diterima oleh ahli dan ada di antara golongan ini yang memegang jawatan tinggi dalam proksi jemaah, contohnya As-syahid Hassan Hudaibi iaitu mursyidul am ikhwan ke 2 dan As-syahid Aziz Al-Rantisi yang merupakan pejuang Hamas.. Mereka tidak membeza-bezakan antara golongan ulamak dan profesional.. Jadi siapakah kita untuk membeza-bezakannya??


Kesimpulannya, kita tidak perlulah melatah apabila terdengar khabar angin yang memburuk-burukkan pimpinan dan melaga-lagakan antara pimpinan sama ada mereka golongan ulamak ataupun profesional.. Sebaliknya kita seharusnya harus yakin dan percaya kepada pimpinan dan senantiasa menyokong mereka dari belakang.. Ulamak dan profesional, dua-duanya adalah penting dan yang paling penting kedua-dua golongan ini bekerjasama dalam memastikan kejayaan Islam di muka bumi ini... InsyaAllah..

Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam...

Saturday, May 30, 2009

ULAMAK DAN PROFESIONAL, DUA BENDA YANG BERBEZA TETAPI SAMA-SAMA PENTING...


Sejak mukhtahir ni media sering memain-mainkan isu bagi melaga-lagakan antara golongan ulamak dengan golongan profesional.. Jahatnya media kerana ingin memecah belahkan golongan-golongan yang ingin berjuang dengan menggunakan proksi-proksi islam...

Dan kalau kita kembali kepada sirah, perang siffin dan perang jamal yang berlaku selepas kewafatan kekasih Allah dulu pun berpunca daripada individu-individu yang berniat jahat untuk menghancurkan kesatuan islam itu sendiri.. Golongan munafik ini saling cucuk mencucuk dan melaga-lagakan antara para sahabat baginda hinggalah mereka berani melagakan isteri baginda, Saidina Aisyah dengan Saidina Ali... Memang jahat golongan mereka ini.. Mereka berpura-pura dalam menyatakan keimanan tetapi sebenarnya ada agenda lain yang dirancang bagi menjatuhkan islam.. Mereka tidak senang melihat islam itu kehadapan dan tersebar luas.. Dalam hati mereka terdapat perasaan hasad dengki dan cemburu yang melampau-lampau...

Dan benarlah firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu diamnya dalam neraka yang paling bawah sekali.."


Dan untuk yang terakhkir, saya tidak mahu menghukum mana-mana pihak, baik pihak media ataupun pihak kerajaan.. Pandai-pandailah sahabat semua fikir-fikirkan...


Saturday, May 23, 2009

PENGHINAAN NAMA ALLAH PADA BEKAS MINUMAN

Salam perjuangan buat semua sahabat perjuangan....

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi...

Maaf kerana sudah lama tidak turun ke medan penulisan... Alangkah sibuknya akhir-akhir ni dengan bebanan assigment, projek akhir dan juga final yang sudah seminggu yang lalu menjengah... Kini, tinggal 2 kertas sahaja lagi sebelum saya di sahkan tamat belajar... Mohon sahabat doakan saya agar meninggalkan tempat pengajian ini dengan cermerlang... Mudah-mudahan tiada yang tersangkut... InsyaAllah... Dengan berkat doa sahabat-sahabat semua....

Huh... Rindu benar rasanya untuk menulis... Sukar untuk di ucapkan dengan bahasa kata.. Hanya mampu di zahirkan dengan bahasa hati... bahasa muka dan bahasa diri... Begitu sukar digambarkan.. Hanya yang memahaminya sahaja yang akan mengerti..

Baru- baru ini, ketika melawat blog seorang sahabat, saya terkejut melihat penghinaan kepada nama Allah dalam bentuk bekas minuman yang kita tidak sedar akannya... Sejak muktakhir ini, penghinaan nama Allah semakin berleluasa... Dua tiga bulan yang lepas kita pernah dikejutkan dengan pengunaan nama Allah dalam lagu seorang aktor dari Indonesia yang menyanyikan lagunya yang bertajuk "Allah Peduli" tapi ditujukan kepada jesus seperti yang dilaporkan oleh pihak Malaysia sehingga memaksa ulama-ulama di Malaysia bersuara... Dan tidak kurang juga ada pihak yang meng'haramkan' penyanyi serta pelakon tersebut ke Malaysia....

Memang perih dan pedih bila mengenangkan.. Tapi itulah realitinya yang berlaku pada zaman kini.. benarlah kata seorang sahabat saya yang dunia itu sudah tua.. Dunia itu sudah hampir kepada penghujungnya... Namun begitu saya yakin yang Allah selalu akan membangkitkan penjaga kepada agamanya.. Dan tidak pernah satu saat pun Allah akan membiarkan Islam itu di hina kecuali akan selalu ada golongan yang akan membela agamanya.. Moga kita termasuk dalam golongan yang dikatakan itu... InsyaAllah... Jadi sama-samalah kita merebutnya supaya Allah tidak gantikan kita dengan kaum yang lain..

Sementara peluang masih terbuka luas ini...
InsyaAllah...

Ni la bekas minuman yang mengelirukan dan saya rasa memang sengaja di ciptakan khas bagi menghina nama Allah dan umat islam itu sendiri... Berhati-hatilah jika ternampak bekas minuman yang seperti ini... Tak payah beli minuman tu.. Berlambak lagi minuman lain yang tidak meragukan... Dan kalau terjumpa juga cepat-cepat laporkan pada pihak yang berkenaan bagi disiasat syarikat mana yang bertanggungjawab mengeluarkan bekas minuman ini.. Harap sahabat semua sedia maklum....





Kalimah ALLAH yang tertera pada bekas minuman yang meragukan... Ni sebenarnya dalam bentuk yang diterbalikkan bekasnya....






Bekas minuman tersebut dalam keadaan yang seperti biasa... Menunjukkan seekor Koala sedang mengecat sesuatu....



Sedikit perkongsian...
Sirru Alla Barakatillah...
Waallahualam....

Tuesday, May 19, 2009

Pesanan Seorang Naqibah Untuk Yang Bergelar Muslimat..



Dalam perjalanan ke tempat cafe, tiba-tiba Hikmah disapa oleh adik usrahnya.. "Assalamualaikum kak!", sapa Yusra pelajar tahun satu jurusan perubatan...


"Waalaikummussalam... Oo.. Yusra rupanya.. Akak ingatkan siapa la tadi... Adik nak ke mana ni?, kata Hikmah sambil memberikan senyuman kepada adik usrahnya itu...


"Yusra baru habis kelas je kak.. Ni nak pergi ke cafe jap.. Lapar plak rasanya...", kata Yusra.. "Ooo.. kalau begitu jomla kita pergi sama-sama...",kata Hikmah mengajak Yusra...

"Erm.. kak, kenapa kaum hawa itu lemah kak? Dan adik juga selalu diejek apabila terlalu cepat menangis dan mudah sangat sensetif..", tanya Yusra...


"Allah jadikan kaum hawa itu dah sempurna adikku... Dan bukan kerana tangisan kaum hawa itu yang lemah tetapi di situlah kekuatan yang mampu meleburkan ego seorang lelaki... Menjadi izzah yang paling gah.. Bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki.. Kerana sendu dan rayunya, Nabi Musa terselamat daripada kekejaman firaun...Wahai adikku, lembut itu bukan bererti lemah tetapi senjata...." kata Hikmah sambil tersenyum mendengar keluhan adiknya itu...


"Tapi kak, bukankah wanita itu fitnah dunia?" tanya Yusra bagi mendapatkan kepastian..


"Adikku,... pernah tak adik mendengar Allah ada berfirman :

"Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu..."...


Cuba Yusra nilai pada siapa dulu Allah mendahului peringatannya... iaitu pada hambanya yang bergelar Ar-Rijal... kerana andai si lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin akan terlihat wanita yang menjadi fitnah pada dirinya... Dan Allah juga mengingatkan kita sebagai kaum hawa agar memelihara aurat kerana di situlah kehormatan seorang wanita.. Bukan fitnah semata-mata jika ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi perintah Allah itu... Sesungguhnya wanita beriman dan solehah itu adalah lebih baik daripada lelaki yang soleh...." kata Hikmah menjelaskan...


"Tapi kak, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu kak?, tanya Yusra lagi...


"Adikku Yusra, Al-haya' iaitu sifat malu ada dalam setiap diri insan... Dan al-haya' itu ialah pakaian kita.. Pada wanita itu indahnya Al-haya' sebagai pembenteng diri.. Namun bila Al-haya' itu lebur, imannya runtuh.. Dan untuk soalan Yusra, kenapakah mereka merelakan diri mereka untuk jadi peragaan? Kerana sebenarnya mereka paranoid.. Mereka merasakan diri mereka belum cukup menarik.. Mereka sebenarnya kalah dari segi psikolgi... Namun adikku, wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.. Wahai adikku, terdapat seribu satu penciptaan wanita.. Pandai-pandailah dirimu menilai antara permata dengan debu-debu kilaun pasir.. Adikku Yusra, jangan kamu berasa gusar andai tiada lelaki yang hadir memetik dirimu.. Dan janganlah engakau sekali-kali merendahkan dirimu.. Mengugurkan diri menyembah tanah.. Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu...", jelas Hikmah lagi dengan penuh kasih sayang..

"Erm.. terima kasih kak... pesanan akak itu akan saya sematkan dalam diri ni... suka sangat dapat berbual dengan akak..", jelas hikmah sambil mendakap naqibahnya itu..


Kemudian mereka bersama-sama menikati makan tengah hari di cafe kampusnya...


Sirru Ala Barakatillah..

Wallahualam..!


Saturday, May 9, 2009

SURAT UNTUK UMMI : UMMI, SELAMAT HARI IBU !




10 MEI..

Entah mengapa tiba-tiba sahaja anakmu ini teringatkan wajah ummi tersayang... Sejak permergian arwah abah, ummilah ummi dan ummilah abah... Maafkan Along, sebab dah hampir sebulan tidak menghantar khabar berita.. Along tau along silap... Along sibuk.. Along sedar Along bukan anak yang terbaik.. Along bukan abang yang terbaik untuk adik-adik.. Tetapi ummi, Along akan cuba untuk jadi anak yang soleh.. Along akan cuba untuk jadi abang yang boleh menjadi contoh pada adik-adik.. Along janji ummi.. INSYAALLAH..!

Ummi, Along rindukan abah.. Along tau ummi pun rindukan abah.. Tetapi Allah lebih sayangkan abah daripada kita ummi.. InsyaAllah, kat sana Abah tenang.. Along cuba untuk tidak lupa berdoa kepada abah dan ummi setiap kali usai solat... Along cuba ummi... Along janji..

Ummi, hari ni hari ibu.. Along nak mintak maaf banyak-banyak kat ummi.. Along tau Along banyak buat dosa.. Along mintak maaf.. Along teringat satu hadis nabi: "Syurga itu bawah tapak kaki ibu".. Redha Allah pun bergantung pada redha ummi dan abah.. Along sangat-sangat berharap ummi maafkan dan redha kepada anakmu yang nakal ini.. Maafkan Along ummi...

Ummi, halalkan ye susu yang ummi bagi kat Along masa Along kecil-kecil dahulu... Along tau, walaupun Along bayar berbillion ringgit atau dengan darah sekalipun, Along tak mampu nak bayar setitis pun susu yang telah Along minum.. Along tak mampu ummi.. Along hanya dapat berdoa kepada Allah sahaja agar Allah yang membalasnya.. Hanya Allah ummi yang layak dan dapat membalas segala pengorbanan ummi selama ini untuk Along.. Along tak mampu ummi...

Ummi, Along dah tak mampu lagi nak bendung air mata ni.. Along dah janji.. Along akan cuba untuk tidak alirkan air mata ini kecuali hanya untuk islam...Along akan cuba selagi yang termampu walaupun kadang-kadang Along tewas.. Tetapi, Along Akan cuba Ummi..

Untuk yang terakhir ummi, Along nak ummi tau yang Along sayangkan ummi.. Sangat-sangat sayangkan ummi.. Terima kasih dan syukran jazilan khatira hakhatira ummi atas segala penat lelah dan pengorbanan ummi untuk membesarkan Along...

Ummi, Along nak ucap selamat "HARI IBU" kat ummi.. Semoga Allah merahmati Ummi di dunia dan akhirat.. SELAMAT HARI IBU, UMMI..!

Daripada AnakMU,
ALONG...

Tuesday, May 5, 2009

Ujian Atau Bala?


“ Abang mi.. Apa pendapat abang tentang virus selsema babi sekarang?,” hishamuddin memulakan perbualan..

Saya agak terkejut dengan pertanyaanya… Lalu saya pun tersenyum… Saya menjawab, “Pada pendapat abang, ni semua adalah bala dari Allah…Tetapi untuk orang beriman ini adalah ujian..” Hanafi, Mamat, Zaid serta Hamidi yang berada di situ terlopong mendengar penjelasan saya… khairi dan jamaluddin yang mencuri-curi dengar perbualan kami turut terkejut…

“Abang, kenapa abang mi cakap macam tu? Kan ni semua adalah ujian dari Allah?,“ kata Yatim yang tiba-tiba muncul dari belakang…

“ Abang cakap begitu kerana Abang berpendapat bahawa Ujian dan Bala merupakan dua perkara yang berbeza meskipun bentuknya adalah sama…”, sambungku.. Mereka semua menggaru kepala tanda tidak faham apa yang saya cuba sampaikan… Kenyataanku kali ini nampaknya memeningkan mereka…

Saya tersenyum lalu meneruskan keterangan.., “Apa yang abang faham ujian itu turun hanya untuk orang-orang yang beriman. Apabila seseorang yang beriman ditimpa musibah atau kecelakaan maka abang bersetuju untuk mengatakan bahawa itu adalah ujian… Ujian itu turun mungkin sebagai peringatan bagi orang yang beriman akan dosa-dosa mereka yang belum mereka bertaubat ataupun ujian itu turun disebabkan Allah mahu menguji kekuatan dan kualiti iman mereka. Jika mereka berjaya melepasinya, InsyaAllah iman mereka juga akan bertambah…Tetapi jika sebaliknya, itu akan menjadi bala bagi mereka…”

“Habis tu yang abang katakan bala tu, macam mana pulak?, Khairi dan Jamaluddin yang tidak puas hati mendengar penjelasanku bertanyakan soalan yang sama secara serentak..

Saya tersenyum… Saya menyambungnya lagi….., “Bala itu merupakan satu ancaman Allah kepada orang-orang yang ingkar dan yang berbuat derhaka kepada Allah… Bala itu Allah tidak semestinya Allah turunkan dalam bentuk kejadian alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi ataupun yang sewaktu dengannya tetapi Allah juga menurunkannya dalam bentuk tentera Allah..”

“Contohnya semasa Allah musnahkan Raja Abrahah dengan tentera bergajah, Allah musnahkan mereka dengan tentera Allah iaitu burung Ababil.. Allah juga musnahkan Raja Namrud yang zalim hanya dengan tenteranya yang kecil iaitu nyamuk.. Dan virus selsema burung atau selsema babi ini juga merupakan tentera Allah yang tidak kita kesan dengan mata kita.. Dan hikmahnya adalah untuk orang-orang beriman.. Kita lihat yang penyerangan ke atas Palestine pun sekarang tidak lagi semacam dan sehebat dulu.. Sekarang Amerika dan sekutunya lebih menumpukan tentang bagaimana caranya untuk mencegah wabak ini dari merebak ke Negara mereka…,” kataku…

Semua yang ada di situ mengagguk tanda faham kecuali khairi dan jamaluddin yang masih tidak setuju dengan kenyataanku…

Aku tersenyum dan meninggalkan satu persoalan kepada mereka, “Adakah khairi dan Jamuluddin mengaggap bahawa yang lebih kurang setengah juta penduduk Malaysia pada hari ini telah MURTAD seperti yang dilaporkan oleh pihak Mufti ini juga merupakan suatu daripada ujian ALLAH ??

Sirru Ala Barakatillah..

Wallahualam...



MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner