Wednesday, January 12, 2011

Melodi Bersama - tribute buat adikku...

Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria

Politik itu siasah…

Salam perjuangan….

Alhamdulillah… Selesai sudah segala urusan program AGM kali ke 16 ini… Walaupun amat penat namun banyak input yang dapat diambil serta diperolehi pada sidang kali ini. Diharap dengan kepimpinan yang baru dilantik akan memperkasakan lagi sruktur organisasi “syarikat” yang telah sedia ada…

Erm… sebenarnya saya bukan hendak berbicara mengenai AGM ini… Tetapi hendak bercakap mengenai politik… Ramai di antara teman-teman kampus yang tidak faham apa itu POLITIK… Bahkan yang lebih parah dan malang lagi dengan menganggap politik itu adalah sesuatu yang kotor… Perumpaan seperti ini adalah tidak ubah dengan menyamakannya sebagai najis… Nauzubillah…

Dan tidak hebatnya juga di antara teman-teman ada yang mengatakan bahawa politik itu adalah sesuatu yang bidaah… Iaitu sesuatu benda yang baru dan direka oleh barat dengan bertujuan untuk memalingkan umat islam dari ajaran dan syariat yang sebenar sebagaimana yang telah digariskan dalam al quran dan hadis. Kalau kita semak dan menyingkap balik tirai sirah perjuangan baginda Rasulullah, maka kita tidak berani dan tidak akan berkata begitu…

Baik… Kenapa saya berkata begitu ? Ini kerana Rasulullah adalah seorang pemimpin yang hebat, suami yang cemerlang dan ayah yang gemilang… Bahkan dialah contoh yang paling sempurna yang pernah di utuskan oleh Allah swt.. Ok… First, sekali mari kita semak maksud politik terlebih dahulu.. Menurut kamus dewan bahasa, politik membawa 3 makdud :

1. Ilmu yang digunakan oleh pemerintah dan cara-cara memerintah sesebuah kerajaan…

2. Segala sesuatu berkenaan pemerintah sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.

3. Kelicikan, muslihat, tipu muslihat.

Sekiranya ketiga-tiga maksud ini digabungkan dapatlah kita membuat satu kesimpulan dengan mengatakan bahawa POLITIK adalah "Satu cabang dari cabang-cabang ilmu pengetahuan berkenaan dasar-dasar pemerintahan sesebuah negara meliputi hubungan dalam dan luar negara berdasarkan pengalaman, gaya tadbir, kelicikan, dan tipu muslihat".

Erm… dan boleh di simpulkan lagi, POLITIK ialah SIASAH… Dan siasah adalah kalimah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada politik.. Erm… Jadi politik itu siasah dan siasah adalah politik… OK… berbalik kita kembali pada junjungan besar kita, Rasulullah… Beliau adalah insan yang cukup-cukup bersiasah… Hal ini sememangnya dapat dibuktikan dan tidak dapat disangkalkan lagi… Tidak perlu saya bercerita lanjut, sebab sahabat-sahabat lebih arif daripada saya.. Erm, ini juga bermaksud Rasulullah itu berpolitik… Lihat lagi sejarah bagaimana pembentukan pertama piagam madinah.. Tanzim dibentuk dan undang-undang islam di gubal…. Pemimpin setiap daerah dan gabenor di lantik… Negara islam pertama di bina… Memang demokrasi pada masa itu tidak wujud… Yang ada adalah majlis syura antara sahabat-sahabat dengan Rasulullah… Tetapi ini tidak bermakna demokrasi tidak boleh digunakan dalam mencapai kemenangan demi memartabatkan ISLAM… Bahkan dalam sejarah, nabi pernah menggunakan salah satu sistem masyarakat Arab jahiliah yang seperti sistem “jaminan keselamatan”… Peristiwa ini terjadi masa orang-orang kafir quraisy hendak membunuh nabi, tetapi beliau pergi meminta pertolongan dengan seorang yang berpengaruh dari kabilah arab pada masa itu… Dan orang itu menjamin keselamatan Rasulullah… Jadi, jika sesuatu sistem yang baik dan tidak bercanggah dengan hukum islam, maka ia dibolehkan.. Apatah lagi demi membentuk Negara Islam… Dan jika Negara islam sudah wujud, maka bolehlah kita menukarkan daripada kaedah demokrasi kepada syura…. Dan itu yang sepatutnya… Masalah sekarang , Negara islam itu tidak wujud, jadi amatlah susah bagi kita hendak menjalankan sistem dan undang-undang islam… Wujudkankan dulu Negara ISLAM.. !

Erm, jadi dapat saya simpulkan di sini , politik bukan sesuatu yang kotor… Bahkan kepada sahabat-sahabat yang mengatakan bahawa politik itu ialah najis adalah sesuatu yang teramat-amat salah…. Dan kentaan itu tertolak dengan sendiri…. Wallahualam…

Sedikit perkongsian…

Sirru ala Barakatillah…

Wassalam….

Sunday, January 2, 2011

Jangan bersedih duhai hati....

Salam perjuangan...

Entah kenapa minggu ini merupakan minggu paling sedih.... Banyak perkara yang terpaksa aku lalui... Banyak perkara yang terpaksa aku tempuh.... Banyak ujian yang terpaksa aku redah.... Semuanya ujian yang aku rasakan begitu berat..... Begitu berat untuk dipikul.... Mungkin Allah tahu aku boleh memikulnya, tapi sungguh, ini memang berat bagiku...

"Sesungguhnya Allah tidak akan membebankan seseorang hambanya melainkan dengan kesanggupan hambanya sendiri. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakan dan mendapat seksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdoa): Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau tersilap. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kami kepada kami dengan bebanan yang berat sebagaimana Engkau membebankan orang-orang yang terdahulu dari kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada apa yang tidak sanggup kami memikulnya. Berilah kemaafan, keampunan, dan rahmatilah kami. Sesungguhnya Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir. ……


(Surah Al-Baqarah;286)




Dan aku akui memang mudah untuk mengucapkan perkataan S.A.B.A.R.... Tetapi amat sukar untuk dipraktikkan.... Dan aku juga akui aku memang lemah dalam mempraktikkan sabar tersebut... Namun aku sedang cuba.... mencuba untuk BERSABAR....



Aku sedar akan firman Allah :

“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”


( Ali imran : 142 )


Tetapi apa daya aku seorang insan kerdil.... Aku juga punya perasaan.... Perasaan seorang manusia biasa.... Marah, kecewa, gembira, sedih.... Fitrah seorang manusia biasa..... Namun aku bersyukur, aku punyai ramai sahabat disekelilingku.... Yang mana merekalah tempat aku mengadu.... Meraka lah sebenarnya kekuatanku.... Memang aku tak sanggup dan tak mampu untuk menghadapinya seorang diri.... "Hak seorang sahabat", bak kata seorang sahabat.... Terima kasih sahabat ...!!


La tahzan!.... Jangan bersedih..! Perkataan itu sungguh keramat.... Aku akan cuba sedaya upaya untuk menerima segalanya.... Selagi aku mampu.... Aku akan terus bersabar....Mudah-mudahan...

Firman Allah :


" Sesungguhnya di beri ganjaran orang yang sabar dengan pahala tanpa hisab... "

( Az zumar : 10 )



Amin...!

Aku tidak mampu untuk meneruskan lagi tulisan ini....
Sabar..... Sabar..... Dan terus bersabar.....

Sirru Ala barakatillah....
Wassalam.....
MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner