Saturday, May 8, 2010

Adik Aminul Rashid : Apakah tiada pembelaan untuknya??


Salam 1 perjuangan...

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu kes tentang polis yang menembak seorang budak yang berumur 15 tahun... Mangsa tembakan, Allahyarham adik Aminul Rasyid dikatakan meninggal di tempat kejadian setelah tembakan terkena pada bahagian belakang anggota kepalanya...

Dan lebih menyedihkan lagi, mangsa tembakan didakwa sebagai KEMUNGKINAN suspek yang mempunyai kaitan dengan geng penyamun. Untuk cerita lanjut bleh klik di sini :



Apa yang saya ingin lontarkan kepada pembaca, remaja tersebut MUNGKIN salah jika menaiki kereta tanpa mempunyai lesen, tidak berhenti apabila ditahan polis, keluar lewat malam dan sebagainya TAPI semua kesalahan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk pihak berkenaan melepaskan tembakan... Mangsa juga dilaporkan tidak menyerang pihak polis dan hanya sekadar untuk melarikan diri daripada pihak polis...


Saya percaya kebanyakan remaja sana pun mungkin dalam situasi yang sama dan biasa bagi seorang yang bergelar "REMAJA"... Ini bukan kes yang pertama dalam institusi kepolisan negara, bahkan sebelum ini pernah terjadi beberapa kes yang melibatkan pihak polis melepaskan tembakan dengan sewenang-wenangnya...

Amat pelik jika difikirkan nyawa seorang budak berumur 15 tahun mati di hujung pistol tanpa budak tersebut mempunyai senjata untuk melawan dan menyerang pihak polis... Apakah polis tidak mampu melawan kudrat budak tersebut sehingga memaksanya untuk menggunakan pistol?? Apakah polis kita tidak cukup kuat?? Pelik kan?

Diharap pihak yang berwajib dapat melakukan pembelaan terhadap isu ini kerana ia merupakan sesuatu yang serius apabila melibatkan isu kepolisian... Perlu diingat mereka sebenarnya insan yang besar jasanya jika mereka betul-betul ikhlas dalam melakukan tugas menjaga keamanan negara.. Pada zaman Rasulullah, orang yang ditugaskan untuk menjaga keamanan adalah sahabat baginda yang bernama Qais bin Saad dan beliau termasuk dalam golongan ketua bagi amir... Beliau adalah contoh teladan yang baik bagi polis dalam menjalankan amanah Allah...

InsYaAllah dunia akan aman jika negara meletakkan Akidah dan Syariat Islam sebagai ASAS pembangunan sesebuah negara...

Akhir Kata... PEACE FOR ADIK AMINULRASYID...
Hope justice will came soon...


Sirru Ala Barakatillah...
Wassalam...


(puterajihad.blogspot.com)

SaJak HuKum BerTuHan...

HuKum BeRTuHan....


Kebencian...
Pengkhianatan..
Penghasutan...
Permusuhan...

Sering kau lemparkan...
Akibat ketidakpuasan...
Menyanggah hukum tuhan...
Menafikan tentang kewujudan...
Menidakkan tentang adanya satu kekuasaan....
Yang mengatur alam dan insan...

Apakah tidak sampai kepadamu Rasul dan Al quran?
Yang menyampaikan maklumat dan kebenaran...
Dari dia Yang maha kasih dan Maha belas kasihan...
Terhadap hamba-hambanya yang bertaubat dan memahami erti keinsafan....


Ayuh sedarlah wahai insan...
Allah tahu akalmu tidak kuat untuk mentafsirkan...
Apa-apa perkara ghaib yang ingin disampaikan...
Itulah tugas Rasul dan Al quran...
Bagi menyampaikan isi kebenaran...
Maklumat tentang kegembiraan dan kesengsaraan...
Yang selalu manusia dambakan....

Sedarlah sahabat dan taulan...
Kita hidup bukan sekadar hiasan...
Penuh dengan tugas, bebanan dan tujuan...
Bagi menempuh hari yang mendatang...
Bagi mendapatkan keredhaan....
Allah tuhan sekalian alam dan insan....



Ikhlas dari.....
( puterajihad.blogspot.com )


SaBtu...,
7.00 Mlm...


Sirru Ala Barkakatillah...
Wassalam....

Tuesday, May 4, 2010

Ugutan Bunuh- Mudah-mudahan Allah beri petunjuk kepada Safuan Hilmi...

Salam perjuangan...

Dah lama rasanya ku tidak menulis... Beberapa hari yang lepas ketika sedang melawati beberapa blog sahabat-sahabat, aku terkejut dengan berita yang dipaparkan di ruangan blog " Aku Sanggup Digantung jika dapat bunuh Nik Aziz ", tulisan yang dipetik dari seorang pemuda yang bernama Mohd Safuan Hilmi menerusi facebook nyer...



" Mudah-mudahan Allah bagi petunjuk "


Dari beberapa hari lepas lagi ku cuba untuk luangkan masa untuk menulis pasal isu ini tapi hari ini baru ku dapat luangkan sedikit masa.. Tu la kata orang " telajak perahu boleh di undur, telajak FB kena saman...", peribahasa yang baru ku ciptakan tadi... Hehe... Berikutan dengan ugutan tersebut, ianya telah menimbulkan banyak kemarahan orang ramai terutamanya rakyat Kelantan kerana ugutan tersebut di ajukan kepada Menteri mereka selaku Mursidul Am Parti Islam Semalaysia....

Bukti keratan Facebook Safuan Hilmi yang mengandungi tulisan ugutan bunuh...






Saman terhadap saudara safuan oleh DPP Pusat diketuai oleh Ust. Nasharuddin Tantawi



Orang yang disayangi, dianggap ulamak dan merupakan pimpinan tertinggi PAS, di ugut bunuh oleh seorang pemuda, bekas graduan Uitm tentu sahaja menimbulkan kemarahan orang ramai.. Sehingga kini, terdapat beberapa group di facebook yang diwujudkan untuk membantah ugutan dari saudara Safuan Hilmi kepada " Tok Guru "...

Ingat kepada isu ini, mengingatkan aku kepada kisah sorang sahabat baginda yang bernama Umar kalau tidak salah ( bukan Umar Al khattab ), yang sebelum keislaman beliau, beliau di upah oleh Abu Jahal untuk membunuh baginda SAW... Dan diringkaskan cerita Umar pun pergi untuk membunuh banginda...
Sampai depan baginda, si Umar terketar-ketar untuk melakukan pembunuhan itu sehinggalah Rasulullah datang dan menepuk bahu Umar.. Dan Rasulullah tahu kedatangan Umar pada hari itu adalah untuk membunuh baginda SAW...

Dan apabila Rasulullah pegang bahu Umar, tiba tiba Umar dapat merasakan sesuatu yang ajaib pada dirinya... Dia merasakan suatu perasaan yang sungguh tenang yang tidak pernah dirasakan sebelum ini ...
Sementara itu, sahabat-sahabat lain termasuklah Umar Al khattab sudah bersiap sedia untuk membunuh Umar jika umar berani membunuh baginda.. Tetapi Rasulullah menenangkan sahabat-sahabatnya dan meminta agar sahabat-sahabatnya tidak membunuh Umar..

Dan diringkaskan lagi cerita, akhirnya Umar pun menyatakan keislamannya kepada Baginda SAW.
Begitulah kehebatan Allah Taala menukarkan niat manusia yang pada awalnya mahu membunuh tetapi dengan ter"campaknya" hidayah Allah, maka manusia boleh berubah....

Sanggupkah pemuda itu membunuh seorang Ulamak? Rasanya tengok muka Tok Guru pun mungkin dia akan mengalirkan air mata... Inikan pula membunuh... Setiap orang ada kelebihan masing-masing, dan Tok Guru ada AURA yang tersendiri .... Tanyalah pada mereka yang betul-betul mengenali...Bukan aku mahu menyamakan Rasulullah dengan Tok guru... Tok guru adalah seorang ulamak yang tidak dapat dinafikan lagi amalannya.... Dan ianya diakui oleh semua orang yang betul-betul mengenali keperibadian Mursyid itu...

Bukankah ULAMAK itu PEWARIS NABI ??
Mudah-mudahan Allah mencampakkan hidayah kepada Saudara Safuan Hilmi agar dia sedar akan kesilapanya... Dan supaya dia meminta maaf kepada Tok Guru... Dan aku yakin Tok guru akan memaafkannya....
INsyaAllah...!


Siruu Ala Barakatillah..

Wassalam...

-puterajihad-
MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner