Tuesday, January 12, 2010

DAKWAH KITA (1)..



SALAM SATU MALAYSIA BUAT RAKYAT SEMUA...( Seperti kata Dato Najib )



Alhamdulillah, Allah masih berikan sedikit kesempatan untuk menulis walaupun terdapat kepayahan untuk mencari peluang bagi melontarkan idea dan pandangan untuk sama-sama dengan sahabat semua bagi berkongsi ilmu dan pengalaman.. InsyaAllah.. Mudah-mudahan apa yang dikongsikan ini, moga-moga diberkati oleh Allah Azzawajala...


Terlebih dahulu izinkan saya memetik kata-kata seorang tajdid dalam agama, As syeikh Imam Hassan Al Banna yang tidak kita dapat sangkalkan lagi pemikiran dan pandangan beliau serta dijadikan tokoh gerakan islam sedunia..


Kata beliau :


"Aku ingin sekali menyampaikan dakwah ini hingga kepada janin yang ada di dalam perut ibu mereka.."



Lihatlah, bertapa yakinnya Al Imam dengan risalah dakwah yang di bawa berdasarkan sandaran Al-quran dan As-sunnah yang mejadi tonggak perjuangan Al Ikhwanun Muslimun.. Faktor inilah juga yang menjadikan ahli ikhwan yang lain yakin akan perjuagan ikhwan sebagai medium untuk mendapatkan keredhaan Allah dan Rasul...


Bagi mereka yang ingin bergelar 'DAIE' , maka pengorbanan mereka amat-amat diperlukan bagi memastikan islam terus bertapak di bumi Allah Swt.. Tiada Dakwah Tanpa Pengorbanan.. Dakwah merupakan sesuatu yang wajib bagi manusia yang bergelar islam.. Oleh sebab itu, pengorbanan juga menjadi wajib...


Ini berdasarkan firmanNya:


"kamu adalah sebaik-baik umat (umat Muhammad) yang dilahirkan dari kalangan manusia, yang menyeru kepada yang maaruf dan mencegah yang mungkar serta mereka beriman kepada Allah.."

(Ali Imran : 110)

Jadi, daripada firman Allah di atas, saya kelaskan bahawa 3 prasyarat untuk menjadi mukmin yang sejati iaitu :

1. Amar makruf

2. Nahi mungkar

3. Beriman kepada Allah


Maka dari firman Allah itu saya dapat simpulkan, 3 item tersebut merupakan item yang penting bagi memastikan kita mengikut landasan yang betul dan tidak terkeluar menyimpang dari Al-quran dan as-sunnah.. Ada setengah orang yang hanya Amar makruf tapi tidak nahi mungkar.. Ada pula yang Nahi mungkar tapi tidak amar makruf dan lebih malang lagi bagi mereka yang hanya tidak amar makruf dan tidak pula nahi mungkar..
( Innalillah hiwainna illa hirajiun ) moga dijauhkan...



To be continue..


Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam..

Monday, January 11, 2010

Fuhh.. Lamanya..!

Salam kepada semua sahabat seperjuangan..

Erm.., lama benar rasanya tidak menjengah ke ruangan ini dan meng'update' blog nie.. Rindu rasanya kepada sahabat-sahabat dan penulisan sahabat semua.. Seribu kemaafan kerana tidak dapat bersama kalian dalam ruangan yang sebelum ini dek kerana kesibukan saya memasuki alam baru..

Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt. kerana dengan izinNya dapat saya menyambungkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi dan ini juga adalah hasil daripada berkat doa ibubapa serta sokongan sahabat semua.. Syukran jazilan khatira saya ucapkan...

Sekarang ini, masih lagi dalam keadaan yang serabut sikit dan belum teratur pengurusan jadual.. Mungkin itu kerana kekhilafan saya sendiri.. InsyaAllah, lepas ini saya akan menyusun dengan lebih teratur segala pengurusan di sini dan dalam waqid(keadaan) baru ini akan saya sesuaikan...

Harap sahabat semua dapat doakan..

Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam..
MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner