Tuesday, October 27, 2009

Tahi Yang Bercampur Air Kencing.


Seseorang dibawa ke tandas. Lalu kepalanya dimasukkan ke dalam tandas dan diflash. Apabila diangkat kepalanya, penuh dengan kekotoran dan bau busuk yang amat. Rupanya kelihatan buruk sekali dan baunya bengit. Saya menutup hidung.

Busuknya busuk sekali. Kemudian seorang yang lain dibaringkan dan tangannya diikat. Kakinya dirantai. Lalu seorang yang berupa bengis menuangkan air panas lalu dituangkan ke dalam matanya. Menggelepar ia. Matanya hancur menahan panas air. Ia meronta-ronta cuba membebaskan diri namun tangannya diikat kuat.

Lalu seseorang yang lain dibawa ke tengah-tengah khalayak. Ia dibentak dan diterajang. Terdengar suara berkata, “Bawalah Abu Jahal itu ke tengah-tengah khalayak. Tuangkan air panas ke atas kepalanya.”

“Guru, saya seorang pencinta maksiat. Layakkah saya menginap syurga yang indah?” Guru terdiam. Seorang pencinta maksiat mahu masuk ke syurga? “Anakku, syurga hanya tempat orang yang mencintai akhirat dan takutkan azab seksa.”

Seorang murabbi yang bergelumang dalam tarbiah. Ia boleh masuk ke neraka apabila ia berasa kagum dengan kejayaannya. Kata guru, “Kamu sebagai murabbi, sebelah kakimu dalam neraka dan sebelah kakimu di syurga. Namun peluang kamu ke neraka lebih luas kerana kamu terdedah dengan rasa sombong dan ujub. Seorang yang bertaubat boleh terdedah kepada dosa.


Kata guru, “Dalam bertaubat, mengingati dosa yang kamu lakukan, air mata yang mengalir, tiba-tiba kamu terasa nikmat dosa.” Saya kurang memahami, bahkan tidak memahami. Guru menjelaskan, “Kamu teringatkan dosa, lalu kamu terasa nikmatnya dan indahnya dosa itu. Lalu Iblis mencampakkan rasa cinta kepada maksiat lalu taubatmu tidak berguna.”



“Apa tujuan kamu?” Saya bertanyakan adik-adik usrah saya. “Apa tujuan kamu melakukan program PMI?” Adik-adik usrah saya menjawab, “Kami melakukan program untuk melonjakkan nama PMI dan menjayakan misi kepimpinan.”


Saya menggeleng-geleng kepala.
“Alangkah rendahnya impian kamu, adik-adikku. Sepatutnya tujuan kamu melaksanakan program adalah kerana kamu ingin mengajak yang lain mencintai syurga dan merinduinya.” Kawan saya seorang motivator berjumpa saya. Saya bertanya, “Apa tujuan anta membuat program motivasi?”


Ia menjawab, “Meningkatkan kekuatan emosi dan memberikan keyakinan.”
Saya turut menggeleng-geleng kepala. Impiannya juga rendah. “Akhi, sepatutnya program motivasi dibuat agar dirinya semakin bersemangat untuk melakukan amal ibadah dan berasa benci dengan kegiatan dosa.” Ramai yang bercinta. Namun tidak meletakkan matlamat yang tinggi dalam bercinta. Cinta mereka hanyalah, agar dapat mereka membina rumah tangga yang bahagia.


Sedangkan saya ingin berpesan kepada semua, “Bercinta adalah untuk memastikan pasangan kamu bersedia dengan bekal Iman yang tinggi dan bersedia untuk berkahwin dengan akhirat sebelum berkahwin dengan kamu.”



Maka pasangan yang bercinta itu, jika mereka berkahwin dengan akhirat, maka mereka bertambah seronok bertahajud. Mereka akan tambah gembiar membaca al-Quran. Mereka akan tambah ghairah berzikir kepada Allah.
Maka hantaran kahwin mereka adalah zikir kepada Allah. Bukan hantaran mereka mashaf al-Quran, tetapi mereka sendiri adalah al-Quran. Orang yang menghadiahkan al-Quran, mereka hanya memberikan mashaf namun ramai yang tidak berusaha menjadikan dirinya al-Quran yang bergerak.

Seorang naqib yang berjaya, setiap kali kakinya melangkah ke usrah, ia akan berdoa dan berdialog dalam diri, “Ya Allah, aku melaksanakan usrah agar kami akan bertambah cinta kepada-Mu ya Allah.” Cinta kepada perjuangan adalah konsep yang sempit. Ini kerana ramai yang cinta dengan perjuangan tetapi bibirnya malas sekali berzikir. Hatinya gelap daripada bertafakur. Ia hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan kepada perjuangan.
Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah, saya ada pesan kepada diri saya.


Saya sebutkan kepada rakan seusrah, “Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya bermasalah dengan Allah.”
Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia. “Kenapa begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya.


“Ini kerana Allah benci kepada pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”


Tahi yang bercampur dengan air kencing. Itulah hidangan ahli neraka..



Sirru Ala Barakatillah..

Wassalam..

( copyringht from dzulkhairi.blogspot.com )

Sunday, October 18, 2009

Formula menangani virus H1n1

Salam perjuangan..

Baru-baru ini semasa ke Pulau Pinang bersama ketua pemuda PAS, Ust Nasaruddin At Tantawi, beliau mengatakan bahawa untuk wabak h1n1 ni memang kita susah untuk menanginya melainkan dengan formula yang ini...

"Apakah formulanya Ust ? ", tanyaku untuk mendapatkan kepastian...

Yang ku tahu adalah seperti yang diwar-warkan dalam tv dan radio... Basuh tangan dan mandi dengan kerap di samping jangan batuk tanpa ditutup dengan kain yang bersih..

" Senang je formulanya tapi amat payah untuk dilakukan.. " katanya lagi....Aku kehairanan... Melihatku yang kehairanan Ust. seterusnya menyambung..

" Amar makruf Nahi mungkar.. Ini berdasarkan hadis Nabi Muhammad saw.. Tentang bala yang akan turun dan layak menimpa bagi mereka yang melakukan 15 perkara ini.." , kata Ust. Nassaruddin..

"Apa perkara-perkara itu Ust. ? ", tanyaku lagi..

" Dari Saidina Ali bin Abi Talib, Rasulullah saw telah bersabda, Apabila umatku telah melakukan 15 perkara ini, maka layaklah bala menimpanya.. Lalu sahabat bertanya apakah 15 perkara itu wahai Rasulullah..?? Jawab Nabi saw..:


1. Apabila harta rampasan perang yang dirampas dan diagihkan dikalangan golongan tertentu sahaja..
2. Amanah yang diberikan dijadikan sebagai alat untuk mencapai kepentingan diri.. ketiga, zakat dianggap beben kepada diri..
3. Zakat dianggap beban kepada diri..
4.Apabila seorang suami terlalu mentaati isterinya(Dayus)..

Aku mengangguk dan mendegar dengan teliti setiap inci penjelasan yang di terangkan oleh ustaz...

to be continue...

Sirru ala barakatillah..
Wassalam..

Friday, October 16, 2009

DEBAT : HUKUMAN SEBAT KERANA ARAK.. ADILKAH ?


Satu Debat yang berkaitan dengan hukuman sebat kepada peminum arak akan berlangsung di kuantan.. Makluman adalah seperti berikut :

Tempat : Dewan UIA Kuantan, Pahang

Ahli Panel : -Ustaz Nasruddin Hassan At tantawi
( K/p PAS Pusat )
- Wakil SIS ( Sisters In Islam )
- Majlis Peguam Syarie
Tarikh : 22 Oktober 2009
Jam : 8.30 malam


Terbuka kepada semua.. Muslimin dan Muslimat di jemput hadir..



Sirru Ala Barakatillah..

Wassalam...

Wednesday, October 14, 2009

Pemilik Cintakku Setelah Allah Dan Rasul


Salam Perjuangan..

Setelah sekian lama menyepi dek kerana terlalu sibuk dengan pelbagai urusan... Selesai sudah beberapa halaman saya menjenguk sebuah buku baru karangan kak Fatimah Syarha Mohd Nordin.. Walaupun baru menjengah baberapa laman namun bingkisan penulisannya amat saya kagumi..

Berkisarkan penggunaan watak Qaniaah dan Dr. Muhsin sudah cukup bagi menggambarkan alangkah indahnya jika Usrah yang terbina berlandaskan Baitul Dakwah.. Bermula dengan Individu muslim, baitul muslim, masyarakat muslim, daulah muslim, negara muslim, khalifah muslim dan seterusnya menjadi Ustaz kepada alam ( rujukan kepada semua ) merupakan sesuatu matlamat yang hendak dilaksanakan konteks gagasan dakwah islamiyyah..

Penulis juga ingin mengambarkan yang tiada percintaan sebelum pernikahan.. Prinsip yang di pegang melalui watak Qaniaah merupakan prinsip yang menafikan mana-mana ungkapan cinta selain daripada Allah dan Rasul di zaman remajanya dan setelah bersedia berkahwin, cinta yang ketiga itu di serah kepada insan yang bernama suami.. Begitulah teguhnya prinsip yang di perjuangkan oleh Qaniaah...

Bingkisan ini sangat sesuai bagi mereka yang di alam remaja, yang akan mendirikan rumah tangga, yang dah berumah tangga dan ibubapa bagi mendidik anak-anak.. Harap sahabat-sahabat dapat membacanya kerana isinya sarat dengan ilmu yang dapat di manfaatkan nanti..
Amat rugi jika terlepas peluang menelaahnya.... Syukran..

Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam...
MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner