Saturday, May 30, 2009

ULAMAK DAN PROFESIONAL, DUA BENDA YANG BERBEZA TETAPI SAMA-SAMA PENTING...


Sejak mukhtahir ni media sering memain-mainkan isu bagi melaga-lagakan antara golongan ulamak dengan golongan profesional.. Jahatnya media kerana ingin memecah belahkan golongan-golongan yang ingin berjuang dengan menggunakan proksi-proksi islam...

Dan kalau kita kembali kepada sirah, perang siffin dan perang jamal yang berlaku selepas kewafatan kekasih Allah dulu pun berpunca daripada individu-individu yang berniat jahat untuk menghancurkan kesatuan islam itu sendiri.. Golongan munafik ini saling cucuk mencucuk dan melaga-lagakan antara para sahabat baginda hinggalah mereka berani melagakan isteri baginda, Saidina Aisyah dengan Saidina Ali... Memang jahat golongan mereka ini.. Mereka berpura-pura dalam menyatakan keimanan tetapi sebenarnya ada agenda lain yang dirancang bagi menjatuhkan islam.. Mereka tidak senang melihat islam itu kehadapan dan tersebar luas.. Dalam hati mereka terdapat perasaan hasad dengki dan cemburu yang melampau-lampau...

Dan benarlah firman Allah yang bermaksud :

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu diamnya dalam neraka yang paling bawah sekali.."


Dan untuk yang terakhkir, saya tidak mahu menghukum mana-mana pihak, baik pihak media ataupun pihak kerajaan.. Pandai-pandailah sahabat semua fikir-fikirkan...


Saturday, May 23, 2009

PENGHINAAN NAMA ALLAH PADA BEKAS MINUMAN

Salam perjuangan buat semua sahabat perjuangan....

Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menulis lagi...

Maaf kerana sudah lama tidak turun ke medan penulisan... Alangkah sibuknya akhir-akhir ni dengan bebanan assigment, projek akhir dan juga final yang sudah seminggu yang lalu menjengah... Kini, tinggal 2 kertas sahaja lagi sebelum saya di sahkan tamat belajar... Mohon sahabat doakan saya agar meninggalkan tempat pengajian ini dengan cermerlang... Mudah-mudahan tiada yang tersangkut... InsyaAllah... Dengan berkat doa sahabat-sahabat semua....

Huh... Rindu benar rasanya untuk menulis... Sukar untuk di ucapkan dengan bahasa kata.. Hanya mampu di zahirkan dengan bahasa hati... bahasa muka dan bahasa diri... Begitu sukar digambarkan.. Hanya yang memahaminya sahaja yang akan mengerti..

Baru- baru ini, ketika melawat blog seorang sahabat, saya terkejut melihat penghinaan kepada nama Allah dalam bentuk bekas minuman yang kita tidak sedar akannya... Sejak muktakhir ini, penghinaan nama Allah semakin berleluasa... Dua tiga bulan yang lepas kita pernah dikejutkan dengan pengunaan nama Allah dalam lagu seorang aktor dari Indonesia yang menyanyikan lagunya yang bertajuk "Allah Peduli" tapi ditujukan kepada jesus seperti yang dilaporkan oleh pihak Malaysia sehingga memaksa ulama-ulama di Malaysia bersuara... Dan tidak kurang juga ada pihak yang meng'haramkan' penyanyi serta pelakon tersebut ke Malaysia....

Memang perih dan pedih bila mengenangkan.. Tapi itulah realitinya yang berlaku pada zaman kini.. benarlah kata seorang sahabat saya yang dunia itu sudah tua.. Dunia itu sudah hampir kepada penghujungnya... Namun begitu saya yakin yang Allah selalu akan membangkitkan penjaga kepada agamanya.. Dan tidak pernah satu saat pun Allah akan membiarkan Islam itu di hina kecuali akan selalu ada golongan yang akan membela agamanya.. Moga kita termasuk dalam golongan yang dikatakan itu... InsyaAllah... Jadi sama-samalah kita merebutnya supaya Allah tidak gantikan kita dengan kaum yang lain..

Sementara peluang masih terbuka luas ini...
InsyaAllah...

Ni la bekas minuman yang mengelirukan dan saya rasa memang sengaja di ciptakan khas bagi menghina nama Allah dan umat islam itu sendiri... Berhati-hatilah jika ternampak bekas minuman yang seperti ini... Tak payah beli minuman tu.. Berlambak lagi minuman lain yang tidak meragukan... Dan kalau terjumpa juga cepat-cepat laporkan pada pihak yang berkenaan bagi disiasat syarikat mana yang bertanggungjawab mengeluarkan bekas minuman ini.. Harap sahabat semua sedia maklum....





Kalimah ALLAH yang tertera pada bekas minuman yang meragukan... Ni sebenarnya dalam bentuk yang diterbalikkan bekasnya....






Bekas minuman tersebut dalam keadaan yang seperti biasa... Menunjukkan seekor Koala sedang mengecat sesuatu....



Sedikit perkongsian...
Sirru Alla Barakatillah...
Waallahualam....

Tuesday, May 19, 2009

Pesanan Seorang Naqibah Untuk Yang Bergelar Muslimat..



Dalam perjalanan ke tempat cafe, tiba-tiba Hikmah disapa oleh adik usrahnya.. "Assalamualaikum kak!", sapa Yusra pelajar tahun satu jurusan perubatan...


"Waalaikummussalam... Oo.. Yusra rupanya.. Akak ingatkan siapa la tadi... Adik nak ke mana ni?, kata Hikmah sambil memberikan senyuman kepada adik usrahnya itu...


"Yusra baru habis kelas je kak.. Ni nak pergi ke cafe jap.. Lapar plak rasanya...", kata Yusra.. "Ooo.. kalau begitu jomla kita pergi sama-sama...",kata Hikmah mengajak Yusra...

"Erm.. kak, kenapa kaum hawa itu lemah kak? Dan adik juga selalu diejek apabila terlalu cepat menangis dan mudah sangat sensetif..", tanya Yusra...


"Allah jadikan kaum hawa itu dah sempurna adikku... Dan bukan kerana tangisan kaum hawa itu yang lemah tetapi di situlah kekuatan yang mampu meleburkan ego seorang lelaki... Menjadi izzah yang paling gah.. Bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki.. Kerana sendu dan rayunya, Nabi Musa terselamat daripada kekejaman firaun...Wahai adikku, lembut itu bukan bererti lemah tetapi senjata...." kata Hikmah sambil tersenyum mendengar keluhan adiknya itu...


"Tapi kak, bukankah wanita itu fitnah dunia?" tanya Yusra bagi mendapatkan kepastian..


"Adikku,... pernah tak adik mendengar Allah ada berfirman :

"Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu..."...


Cuba Yusra nilai pada siapa dulu Allah mendahului peringatannya... iaitu pada hambanya yang bergelar Ar-Rijal... kerana andai si lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin akan terlihat wanita yang menjadi fitnah pada dirinya... Dan Allah juga mengingatkan kita sebagai kaum hawa agar memelihara aurat kerana di situlah kehormatan seorang wanita.. Bukan fitnah semata-mata jika ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi perintah Allah itu... Sesungguhnya wanita beriman dan solehah itu adalah lebih baik daripada lelaki yang soleh...." kata Hikmah menjelaskan...


"Tapi kak, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu kak?, tanya Yusra lagi...


"Adikku Yusra, Al-haya' iaitu sifat malu ada dalam setiap diri insan... Dan al-haya' itu ialah pakaian kita.. Pada wanita itu indahnya Al-haya' sebagai pembenteng diri.. Namun bila Al-haya' itu lebur, imannya runtuh.. Dan untuk soalan Yusra, kenapakah mereka merelakan diri mereka untuk jadi peragaan? Kerana sebenarnya mereka paranoid.. Mereka merasakan diri mereka belum cukup menarik.. Mereka sebenarnya kalah dari segi psikolgi... Namun adikku, wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.. Wahai adikku, terdapat seribu satu penciptaan wanita.. Pandai-pandailah dirimu menilai antara permata dengan debu-debu kilaun pasir.. Adikku Yusra, jangan kamu berasa gusar andai tiada lelaki yang hadir memetik dirimu.. Dan janganlah engakau sekali-kali merendahkan dirimu.. Mengugurkan diri menyembah tanah.. Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu...", jelas Hikmah lagi dengan penuh kasih sayang..

"Erm.. terima kasih kak... pesanan akak itu akan saya sematkan dalam diri ni... suka sangat dapat berbual dengan akak..", jelas hikmah sambil mendakap naqibahnya itu..


Kemudian mereka bersama-sama menikati makan tengah hari di cafe kampusnya...


Sirru Ala Barakatillah..

Wallahualam..!


Saturday, May 9, 2009

SURAT UNTUK UMMI : UMMI, SELAMAT HARI IBU !




10 MEI..

Entah mengapa tiba-tiba sahaja anakmu ini teringatkan wajah ummi tersayang... Sejak permergian arwah abah, ummilah ummi dan ummilah abah... Maafkan Along, sebab dah hampir sebulan tidak menghantar khabar berita.. Along tau along silap... Along sibuk.. Along sedar Along bukan anak yang terbaik.. Along bukan abang yang terbaik untuk adik-adik.. Tetapi ummi, Along akan cuba untuk jadi anak yang soleh.. Along akan cuba untuk jadi abang yang boleh menjadi contoh pada adik-adik.. Along janji ummi.. INSYAALLAH..!

Ummi, Along rindukan abah.. Along tau ummi pun rindukan abah.. Tetapi Allah lebih sayangkan abah daripada kita ummi.. InsyaAllah, kat sana Abah tenang.. Along cuba untuk tidak lupa berdoa kepada abah dan ummi setiap kali usai solat... Along cuba ummi... Along janji..

Ummi, hari ni hari ibu.. Along nak mintak maaf banyak-banyak kat ummi.. Along tau Along banyak buat dosa.. Along mintak maaf.. Along teringat satu hadis nabi: "Syurga itu bawah tapak kaki ibu".. Redha Allah pun bergantung pada redha ummi dan abah.. Along sangat-sangat berharap ummi maafkan dan redha kepada anakmu yang nakal ini.. Maafkan Along ummi...

Ummi, halalkan ye susu yang ummi bagi kat Along masa Along kecil-kecil dahulu... Along tau, walaupun Along bayar berbillion ringgit atau dengan darah sekalipun, Along tak mampu nak bayar setitis pun susu yang telah Along minum.. Along tak mampu ummi.. Along hanya dapat berdoa kepada Allah sahaja agar Allah yang membalasnya.. Hanya Allah ummi yang layak dan dapat membalas segala pengorbanan ummi selama ini untuk Along.. Along tak mampu ummi...

Ummi, Along dah tak mampu lagi nak bendung air mata ni.. Along dah janji.. Along akan cuba untuk tidak alirkan air mata ini kecuali hanya untuk islam...Along akan cuba selagi yang termampu walaupun kadang-kadang Along tewas.. Tetapi, Along Akan cuba Ummi..

Untuk yang terakhir ummi, Along nak ummi tau yang Along sayangkan ummi.. Sangat-sangat sayangkan ummi.. Terima kasih dan syukran jazilan khatira hakhatira ummi atas segala penat lelah dan pengorbanan ummi untuk membesarkan Along...

Ummi, Along nak ucap selamat "HARI IBU" kat ummi.. Semoga Allah merahmati Ummi di dunia dan akhirat.. SELAMAT HARI IBU, UMMI..!

Daripada AnakMU,
ALONG...

Tuesday, May 5, 2009

Ujian Atau Bala?


“ Abang mi.. Apa pendapat abang tentang virus selsema babi sekarang?,” hishamuddin memulakan perbualan..

Saya agak terkejut dengan pertanyaanya… Lalu saya pun tersenyum… Saya menjawab, “Pada pendapat abang, ni semua adalah bala dari Allah…Tetapi untuk orang beriman ini adalah ujian..” Hanafi, Mamat, Zaid serta Hamidi yang berada di situ terlopong mendengar penjelasan saya… khairi dan jamaluddin yang mencuri-curi dengar perbualan kami turut terkejut…

“Abang, kenapa abang mi cakap macam tu? Kan ni semua adalah ujian dari Allah?,“ kata Yatim yang tiba-tiba muncul dari belakang…

“ Abang cakap begitu kerana Abang berpendapat bahawa Ujian dan Bala merupakan dua perkara yang berbeza meskipun bentuknya adalah sama…”, sambungku.. Mereka semua menggaru kepala tanda tidak faham apa yang saya cuba sampaikan… Kenyataanku kali ini nampaknya memeningkan mereka…

Saya tersenyum lalu meneruskan keterangan.., “Apa yang abang faham ujian itu turun hanya untuk orang-orang yang beriman. Apabila seseorang yang beriman ditimpa musibah atau kecelakaan maka abang bersetuju untuk mengatakan bahawa itu adalah ujian… Ujian itu turun mungkin sebagai peringatan bagi orang yang beriman akan dosa-dosa mereka yang belum mereka bertaubat ataupun ujian itu turun disebabkan Allah mahu menguji kekuatan dan kualiti iman mereka. Jika mereka berjaya melepasinya, InsyaAllah iman mereka juga akan bertambah…Tetapi jika sebaliknya, itu akan menjadi bala bagi mereka…”

“Habis tu yang abang katakan bala tu, macam mana pulak?, Khairi dan Jamaluddin yang tidak puas hati mendengar penjelasanku bertanyakan soalan yang sama secara serentak..

Saya tersenyum… Saya menyambungnya lagi….., “Bala itu merupakan satu ancaman Allah kepada orang-orang yang ingkar dan yang berbuat derhaka kepada Allah… Bala itu Allah tidak semestinya Allah turunkan dalam bentuk kejadian alam seperti gempa bumi, letusan gunung berapi ataupun yang sewaktu dengannya tetapi Allah juga menurunkannya dalam bentuk tentera Allah..”

“Contohnya semasa Allah musnahkan Raja Abrahah dengan tentera bergajah, Allah musnahkan mereka dengan tentera Allah iaitu burung Ababil.. Allah juga musnahkan Raja Namrud yang zalim hanya dengan tenteranya yang kecil iaitu nyamuk.. Dan virus selsema burung atau selsema babi ini juga merupakan tentera Allah yang tidak kita kesan dengan mata kita.. Dan hikmahnya adalah untuk orang-orang beriman.. Kita lihat yang penyerangan ke atas Palestine pun sekarang tidak lagi semacam dan sehebat dulu.. Sekarang Amerika dan sekutunya lebih menumpukan tentang bagaimana caranya untuk mencegah wabak ini dari merebak ke Negara mereka…,” kataku…

Semua yang ada di situ mengagguk tanda faham kecuali khairi dan jamaluddin yang masih tidak setuju dengan kenyataanku…

Aku tersenyum dan meninggalkan satu persoalan kepada mereka, “Adakah khairi dan Jamuluddin mengaggap bahawa yang lebih kurang setengah juta penduduk Malaysia pada hari ini telah MURTAD seperti yang dilaporkan oleh pihak Mufti ini juga merupakan suatu daripada ujian ALLAH ??

Sirru Ala Barakatillah..

Wallahualam...



Monday, May 4, 2009

PESAN UNTUK ADIK-ADIK (2) : BUKAN SEMANGAT TAPI KEFAHAMAN..


Alhamdulillah.. Pada penulisan yang lepas saya ada menerangkan tentang pekadaran ahli gerakan bukan di ukur pada kuantiti tapi kualiti.. Dan sekarang, rentetan daripada tajuk yang lepas saya ingin menyambungnya lagi dalam bab kefahaman dan bukan semangat semata-mata…

Dalam suatu usrah bersama adik-adik, saya ada menerangkan, “ kita berjuang dalam membela agama Allah ini perlu ada kefahaman, bukan semangat semata-mata..” ,Fauzi, Anuar, Razmi dan Ayie mengangguk… Tapi saya dapat tangkap yang diorang masih lagi teragak-agak dengan kenyataan saya itu…

Saya menyambung.. “ Apa yang abang maksudkan dengan kefahaman ialah Kita berjuang mestilah memahami apa matlamat yang sebenar yang kita hendak capai dalam perjuangan.. Dan ini tidak lain hanyalah untuk memperjuangkan agama ALLAH dan berusaha mendapatkan keredhaan ALLAH..” Saya menyambung lagi..” Kita berjuang berasaskan kefahaman.. Jika seseorang itu sudah mencapai kefahaman yang jelas tentang perjuangannya maka kemungkinan untuk ‘futur’ di medan dakwah akan berkurang…”

“Ibarat kita sekarang ini sedang bermain bola sepak.. Jika tiada gol maka permainan itu akan menjadi sia-sia.. Dan sama juga situasinya dalam kita berjuang ini, jika matlamat perjuangan kita tidak dapat kuasai dan fahami dengan jelas maka perjuangan kita akan menjadi suatu yang sia-sia..” Adik-adikku tersenyum dan raut dari wajahnya jelas menunjukkan kefahaman…

Saya menambah lagi.. “ Perjuangan yang hanya berasaskan semangat dan tidak diiringi dengan kefahaman yang jelas akan menyebabkan individu itu akan terkandas akibat rentak perjuangan yang tidak difahami dengan jelas dan terkandas di tengah perjuangan yang hampir ke klimaksnya.. Contohnya apabila seseorang itu berjaya melepasi sesuatu halangan/ ujian atau mehnah dan tribulasi yang mudah, ia akan berasa seronok di dalam perjuangan… Tetapi jika ia tidak mampu untuk melepasi ujian itu..Ia akan berasa bosan dengan perjuangan dan mulalah menyalahkan pihak lain termasuklah sanggup menyalahkan pimpinan sendiri…”

Adik-adik usrah mengangguk… Masih lagi diam sambil menunggu perkataanku seterusnya… “Semangat boleh dipupuk bila kefahaman sudah jelas… Bila berjuang dengan kefahaman, semangat itu akan hadir dengan sendirinya.. tetapi bila berjuang dengan semangat, kefahaman selalunya payah untuk disebatikan…Abang pun tidak pasti lagi adakah abang akan terus istiqamah dalam perjuangan ini.. Tetapi abang berharap dan berdoa kepada Allah, biarlah abang dan adik-adik akan terus istiqamah dan syahid dalam perjuangan ini.. InsyaAllah.." sambungku..

Saidina Ali pernah berkata :

“Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun..”

“Jadi apabila kita berjuang hanya dengan membuta tuli ataupun membabi buta kita akan dikalahkan oleh pihak musuh yang jelas tentang matlamat mereka untuk menghancurkan kita.. Mereka bersedia dengan strategi..tapi kita tidak bersedia dengan segala kelengkapan kita bahkan kefahaman kita pun masih pudar-pudar…Dan abang juga ingin berpesan kepada adik-adik yang jangan anggapkan semua ahli gerakan itu sempurna.. Jangan letakkan label yang tinggi kepada seseorang.. kita hendaklah lihat pada matlamat gerakan bukan individu.."


Abang ingin petik kata-kata murabbi kita :

“Dalam sesuatu gerakan ataupun jemaah jangan kita tengok pada individu, tapi tengok apa yang gerakan atau jemaah itu bawa.. Ibarat kita masuk dalam sesuatu kilang..Kita lihat di suatu sudut ada barang-barang yang tersusun rapi, dan di suatu sudut pula barang-barang berselerakan… Dan di suatu sudut pula, tiada apa-apa pun.. Begitulah juga dengan gerakan atau jemaah.. Ada antara ahli gerakan yang berkebolehan dalam semua bidang..Ada yang hanya pandai bercakap dan ada di antara mereka yang tidak membuat kerja jemaah pun tetapi mengaku diri sebagai ahli jemaah.. Hal ini mestilah difahami dengan jelas oleh semua ahli gerakan…”


“Ok.. Untuk yang terakhir ada soalan tak yang nak tanya abang?..Tanyaku.. Semua diam.. “Semua faham?..” Mereka mengangguk.. Kami akhiri usrah hari tu dengan tasbih kafarah dan surah Al-asr..

Sedikit perkongsian ilmu...

Sirru Ala Barakatillah…

Wallahualam..!

Saturday, May 2, 2009

Final projek yang memeningkan lagi meletihkan..



Ish.. Pening rasanya bila fikirkan pasal final projek yang belum lagi siap.. Entah la.. Minggu depan dah nak present.. Dah la kena 'speaking' plak tu...
Huh.. ! Ujian Allah..(hati kecilku berdetik)...

Nak buat camne.. Sabar je la... Innallah ha ma'a sobirin..
(Sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang sabar)...


Tapi satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan bila dalam keadaan yang tertekan dengan pelbagai masalah dan ujian ini,.. ku atasi dengan 'penulisan'... Lega rasanya bila segala masalah yang bersarang dalam kepala ini dialirkan ke hujung jari dan seterusnya di 'postingkan' ke dalam blog ini... Terasanya kurangnya bebanan..

Inilah sebabnya salah satu faktor kenapa aku suka dalam bidang penulisan ini...

Walaupun dapat menulis 2 atau 3 mint sahaja dan menulis yang entah ape-ape ni cukuplah ianya sebagai penawar bagiku bagi melepaskan tekanan ini..


Alhamdulillah.. Rasa dah tenang sikit.. Jadi nak sambung balik kerja-kerja final projek yang terbengkalai tadi... Ok.. Syukran sahabat kerana sudi membaca luahan hati nie... Doakan ana melepasi present dengan cemerlangnya.. InsyaAllah..!

Sirru Ala Barakatillah..

Wallahualam..!


Friday, May 1, 2009

Cinta Syarie Vs Cinta Tidak Syarie


Suatu malam seorang sahabat bertanya kepada saya, "Mie, apakah orang yang bercinta ni tidak akan di redhai dan di murkai oleh Allah?"... Saya hanya senyum padanya sambil menjawab.. "kita adalah manusia biasa dan kita bukannya robot untuk menolak ataupun menafikan cinta.. Kita manusia yang Allah anugerahkan kepada kita akal dan perasaan.. Perasaan untuk mencintai, dicintai, menyayangi, disayangi dan sebagainya adalah normal dan sudah menjadi fitrah bagi seseorang yang bergelar INSAN..."

Dia mengangguk tanda bersetuju... Kemudian saya menambah lagi, " Tetapi Cinta kita hendaklah di letak pada tempat yang betul.. Kenapa perlunya kita bercouple?? Untuk apa kita bercouple?? Kenapa tidak kita letakkan CINTA kita pada SANG PENCIPTA yang mencampakkan Cinta dalam hati manusia..?? Dia mengiakan segala yang saya katakan... Saya menyambung lagi " Bersabarlah untuk hari yang sedikit demi hari yang panjang pada masa yang depan... Letakkanlah cinta di tempat yang halal dengan syariat.. Cinta selepas kahwin merupakan cinta yang paling menyeronokkan... "


Dia kelihatan faham setelah ku terangkan serba sedikit kepadanya.. Sebagai seorang sahabat saya cuba memberi kefahaman kepadanya setakat yang termampu.. Saya berharap dengan ilmu yang sedikit itu dapat membantunya menjalani kehidupan di masa hadapan dengan lebih tersusun tanpa kehadiran seorang wanita yang belum bergelar isteri kecuali ibu dan muhrimnya.. Sebenarnya, sahabatku ini baru 'clash' dengan seorang wanita.. Mudah-mudahan Allah sentisa menjaganya..

Dan untuk yang terakhir aku menyarankannya agar membaca buku karangan ustaz Hasrizal yang bertajuk " Aku terima nikahnya "..
Itulah serba sedikit cerita tentang sahabatku yang aku rahsiakan indentitinya..

Dan aku ingin menambah dalam blog ini tentang apa yang dimaksudkan CINTA.. Cinta menurut yang aku perolehi dari pembelajaran silibus usrah ada dua.. Pertama Cinta yang Syarie dan Kedua cinta yang tidak Syarie... Yang dimaksudkan cinta yang syarie adalah cinta yang bertetapan dengan syariat Islam dan tidak melanggarnya.. Cinta yang dimaksudkan ialah cinta yang pertamanya dan tiada duanya mesti ada pada setiap orang yang beriman iaitu CINTA ALLAH DAN RASUL..
Dan untuk CINTA ALLAH DAN RASUL ini adalah cinta yang hakiki dan ianya adalah wajib untuk seorang yang mengaku beriman.. Cinta ini haruslah diletakkan NO 1 dan tidak boleh dikufukan dengan yang lain...

Allah Swt telah berfirma :

" Katakanlah jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara maramu, isteri-isterimu, kawan karibmu, harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti akan kerugiannya serta tempat kediaman yang kamu sukai dan semua itu ledih kamu sukai dari ALLAH DAN RASUL dan berjuang pada jalanNYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya (siksaanya), dan Allah tiada menunjukki kaum yang fasik..

( At-Taubah : 24 )



Dan setelah itu yang tergolong dalam cinta syarie juga adalah cinta kepada Ibubapa dan cinta ini adalah wajib bagi seorang yang bergelar anak.. Redha Allah bergantung pada redha Ibubapa kita.. Seterusnya cinta kepada isteri, suami, anak, kaum kerabat, sahabat handai dan cinta sesama manusia, makhluk dan sebagainya selagi cinta itu diletakkan tempat yang betul serta tidak melanggar syariat..
Dan untuk yang kedua ialah cinta yang tidak syarie.. Maksudnya ialah cinta yang melalaikan dan melanggar batas syariat ISLAM..

Cinta seperti ini adalah dilarang dalam islam dan setiap mereka yang islam perlu menghindari cinta yang bersifat seperti ini kerana hal-hal yang seperti inilah yang membuka ruang-ruang syaitan dan iblis untuk menggoda manusia..
Contoh cinta yang tidak syarie ialah cinta dan menyembah kepada berhala dan selain ALLAH.. Cinta seperti ini adalah amat-amat dilarang keras..

Allah Swt. telah berfirman :


" Kamu sembahlah Allah dan janganlah kamu menpersekutukannya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang karib dan tetangga yang bukan karib, teman sejawat, oarng musafir, dan kepada hamba sahaya kamu. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang yang sombong dan suka bermegah-megah.."

( An-nisa' : 36 )



Lain-lain contoh cinta yang tidak syarie ialah cinta kepada wanita bagi lelaki dan cinta kepada lelaki bagi wanita yang belum halal dan ada ikatannya antara satu sama lain (termasukalah yang di istilahkan sebagai couple) yang mana tidak mempunyai matlamat yang jelas.. Sepatutnya jika seseorang itu sudah sedia untuk berumah tangga, tidaklah perlu kepada couple dan teruslah merujuk kepada orang tengah atau penjaga masing-masing untuk terus mengikat tali perkahwinan yang dihalalkan oleh syarak.. Saya memohon kepada Allah agar saya dan antum semua dilindungi oleh Allah dan ditetapkan hatinya dijalanNYA kerana kita semua adalah manusia biasa...


Selain itu cinta yang tidak syarie juga ialah cinta kepada dunia dan ini adalah salah satu penyakit hati yang di sebutkan oleh Rasulullah Saw dalam hadisnya.. Seterusnya cinta kepada harta sampai melalaikan kita dan sebagainya yang cinta kita boleh mengundang kepada perlanggaran batas-batas yang telah digariskan ISLAM...
Saya rasa sudah panjang article nie.. Bosan juga sahabat-sahabat untuk membacanya.. Sebenarnya banyak lagi yang nak diluahkan tapi cukuplah sampai di sini.. Apa yang dapat dikongsi, kita kongsi bersama...

Sirru Alla Barakatilah..

Wallahualam..!


MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner