Monday, March 30, 2009

Nak pahala? Alangkah mudahnya... Hanya senyum..

Alangkah bahagianya jika kegembiraan dapat dikongsi bersama....




Senyum yang paling afdal ialah senyum untuk menggembirakan orang lain...


Alangkah mudahya umat Nabi Muhammad ini untuk mendapat pahala... Salah satu contohnya adalah kita senyum kepada orang lain walaupun kita tak mengenali orang tersebut...


Kita pernah mendengar :


1. Senyum itu sedekah...

2. Senyum itu penawar bagi mereka yang sakit...
3. Senyum itu perkara yang membahagiakan...

4. Senyum itu pengubat duka lara..
5. Senyum itu pengubat hati..

6. Senyumlah wahai cek mek molek.. hee..(tak da la yang ni gurau je)



So, the conclusion is banyak-banyakkan senyum.... boleh praktikkan dari sekarang..
Selamat mencuba....


P/s : (Jangan senyum sorang-sorang, nanti kita dianggap kurang siuman)



BERSAMALAH KITA MEMENANGKAN CALON PAS DI BUKIT GANTANG...

Beribu-ribu penyokong Pakatan Rakyat akan membanjiri Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah pada hari penamaan calon pilihan raya kecil didua bukit itu serentak Ahad ini. Penamaan calon di Batang Ai, Sarawak juga diadakan di hari yang sama.Seperti yang diketahui, tiga pilihan raya kecil serentak ini dianggap oleh para pemerhati politik sebagai pungutan suara rakyat sama ada memihak kepada Pakatan Rakyat, ataupun kepada BN.

Namun kebanyakkan pundit politik meramalkan Pakatan Rakyat akan dapat menewaskan BN di tiga kawasan tersebut.

Calon PAS di Bukit Gantang, Ir. Nizar Jamaludin sudahpun 'berkampung' sejak minggu lalu di kawasan tersebut, sementara calon PKR di Bukit Selambau, S. Manikumar sudah memulakan gerak kerjanya sejak beberapa hari lalu. Demikian juga calon Pakatan Rakyat di Batang Ai, Jawah Gerang, khabarnya sudahpun memulakan kerjanya.

Ir. Nizar benar-benat dilihat sebagai calon paling layak di Bukit Gantang itu, bukan semata-mata kerana beliau menjadi 'bintang' yang begitu bersinar sejak peristiwa hitam di Perak itu, tetapi juga kerana kewibawaannya, kewarakannya, pendidikannya, keintelektualannya dan kepimpinan cemerlangnya yang tunjukkannya sebagai Menteri Besar Perak walaupun selama 11 bulan.....

Taniah kepada YB Nizar... Kami semua akan menyokongmu.. Mudah-mudahan Allah bersama kita... InsyaALLAH....


Thursday, March 26, 2009

PELANCARAN BLOG TOK GURU HARI INI...


اوچاڤن ياب توان ڬورو داتوء' منتري بسر كلنتن سمڤينا ڤلنچاران ويفي اڤتوس نيت دان بلوڬ توك ڬورو

اوچاڤن ياب توان ڬورو داتوء' منتري بسر كلنتن سمڤينا ڤلنچاران ويفي اڤتوس نيت دان بلوڬ توك ڬورو ڤد ٢٩ ربيع اول ١٤٣٠/٢٦ مچ ٢٠٠٩ برمولا جم ٣.٠٠ ڤتڠ برتمڤت د قب مالل، كوتا بهارو، كلنتن.

سروله (مأنسي) كڤد جالن توهنمو دڠن حكمه دان ڤلاجرن يڠ باءيق دان بنتهله مريك دڠن چارا يڠ باءيق. سسوڠڬوهڽ، توهنمو دياله يڠ لبيه مڠتاهوي تنتڠ سياڤا يڠ ترسست دري جالنڽ دان دياله يڠ لبيه مڠتاهوي اورڠ-اورڠ يڠ منداڤت ڤتونجوق، (سوره ان-نهل ايات ١٢٥) ترلبيه دهولو ماريله سام-سام كيت مڠوچڤكن ريبوان شكور ك حضرة الله سبحان وتعالى كران هاڽ دڠن ليمڤه رحمن رحيمڽ جوا كيت ماسيه دڤنجڠكن عمور هيڠڬ ك ساعت اين اونتوق ستروسڽ مڽقسيكن مجليس ڤلنچاران ويفي اڤتوس دان بلوڬ توك ڬورو ڤد ڤتڠ يڠ بربهاڬيا اين. د كسمڤتن اين، ايذينكن ساي مڠوچڤكن سبسر-بسر تهنيئه كڤد يڠ برحرمت داتوء' دوكتور محمد فاذلي بن داتوء' حاج حسن سلاكو ايايك سچو يڠ برتڠڬوڠجواب دالم ڤورتفولياو اين. سڬالا اوسها، تناڬ دان اينسياتيف يڠ دأمبيل اوليه ڤيهق اينفراقويست يعني سبواه انق شريكت ڤكينق ساڠتله ڤرلو دألو-ألوكن. توان-توان دان ڤوان-ڤوان سكالين، ستروسڽ...

Monday, March 23, 2009

TAMRIN IBADAH 2009


Adik-adik usrah.. Ni masa sesi taaruf diaorang kat dalam kumpulan masing-masing..




Akhi Azmee.. Handle untuk sesi taaruf..




Krew-krew belakang tabir yang menjayakan tamrin..





Penyampaian Slot : Dr. wan Marzuki B Wan Omar -: Isu-isu Semasa Dunia




Surau Dalam POndok Tanah Merah 17500, Tanah Merah, Kel..
( Lokasi Tamrin Ibadah 2009)



Syukur, Alhamdulillah... Selesai sudah " Tamrin Ibadah 2009 "... Lega rasanya... Harap adik-adik dapat teruskan dan istiqamah dalam perjuagan kalian... Apa-apa ilmu yang kita dapat dalam program tu harap kita dapat praktikkan kat rumah... Abang doakan kejayaan kalian dunia dan akhirat... " Semoga Allah bersama-sama kita dalam menegakkan Daulah Islam "...

Tuesday, March 17, 2009

Abah, aku merinduimu..



Entah mengapa.. Tiba-tiba saja rasa hendak menulis pasal arwah abah...Sudah lebih 3 bulan abah meninggalkan kami... Rasa rindu bila mengenangkan arwah.... Hanya doa menjadi penghubung... Ingat lagi masa tahun lepas, cadang tak nak balik kampung masa hari raya haji hari tu... Tapi entah mengapa hati ini terasa tergerak untuk balik kampung walaupun tau yang duit tiket tak mencukupi...

Alhamdulillah, sempat juga aku berbual dengan arwah walaupun sekadar beberapa minit kerana aku tak mahu mengganggunya kerana arwah sakit.. Selepas dari itu, arwah terus tidak sedarkan diri selama beberapa hari.. Hinggalah pada hari pertama raya haji, arwah dikejarkan ke hospital. Sebelum nie, arwah ni memang susah sikit bila nak di pujuk ke hospital... Tapi hari itu, aku tekadkan juga bawa ke hospital kerana tidak tahan melihat penderitaan arwah... Bila sampai saja di hospital TM, arwah terus dikejarkan ke hospital KB kerana keadaan arwah tenat dan ketidak cukupan peralatan di hospital TM... Aku tidak pergi ke hospital KB pada hari tu kerana aku perlu menjaga adik-adik lain.. Cadang nak pergi esok pagi...

Pagi hari raya haji ke-2 : Pagi tu aku telefon ummi, banyak kali aku telefon, tapi tak pernah dapat... Hati ku rasa tak tenteram... Kira-kira jam 8.15 minit pagi, aku menerima panggilan telefon daripada datukku yang mana menyatakan abah sudah tiada beberapa minit yang lalu.. Aku jadi bisu.. Tak tau apa yang harus diperbuat.. Hanya air mata bercucuran... Aku tak tau bagaimana caranya nak bagi tahu adik-adikku... Tapi aku gagahkan hati ni juga untuk khabarkan kepada mereka...Suasana rumahku pada hari itu dipenuhi tangisan adik-adikku... Aku sebak melihat mereka menangis... Yang paling aku kesalkan ialah aku tiada disisinya saat dia menghembuskan nafas terakhir.. Terasa ingin memutarkan semula waktu kerana ku ingin disisinya.. Mengajarkannya kalimah syahadah.. Namun aku redha.. Aku sedar ini adalah ketentuan ILLAHI..

Allah telah berfirman : kullunafsin zaikatul maut...
"Tiap-tiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati "

Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak mengambil berat tentangku dan banyak membantuku.. Budi antum semua hanya Allah dapat membalasnya.. Syukran jazilan khatira' ya akhi..

Sajak untuk ABAH...

ABAH..
Entah mengapa hati ini terasa amat merinduimu..
Terasa rindu pada kasihmu..
Ku ingin katakan yang ku amat menyayangimu..
Amat mengasihimu..
Dapatkah engkau mendengar?
Walaupun jasad mu jauh di alam abadi...
Tapi semangatmu tetap di hati ini...

ABAH..
Anakmu amat merinduimu..
Tidak sempat engkau melihat anakmu..
Menggapai kejayaan ..
Memburu impian..
Ku akan teruskan perjuangan..
Menggalas tanggungjawab seorang anak..
Walaupun tahu kau tiada di sisi..
Kerana ini hasrat murnimu..
Mahu melihat seorang yang bergelar anak..
Berjaya di dunia dan akhirat...

ABAH..
Anakmu meredhai permergianmu..
Meskipun hati ini tersa pilu..
Namun ini sunnah ILLAHI..
Setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati..
Hanya doa yang mampu anakmu kirimkan..
Moga-moga anakmu ini menjadi anak yang soleh..
Harap bertemu di alam abadi..
Di Syurga Jannah yang tertinggi...


Hasil nukilan : Anakmu.. (M. Hasrul Hamimie B Abd Hadi)







Sunday, March 1, 2009

I LOVE YOU...




SAYA SAYANG AWAK..
ANA UHIBBUKA FILLAH..

I LUVE UU..
WU AI NI..

(BAHASA INDIA X TAU, SORRY..)



Mungkin perkataan begitu geli bagi sesetengah mereka untuk diucapkan antara sesama lelaki... tetapi TIDAK BAGIKU... Bukan kerana aku meminati sesama sejenis..astgfirullah !, minta-minta jauh daripada sifat yang dilaknat ALLAH itu.. Tetapi kerana itulah kehebatan sebenar ukhwah yang mengatasi rasa cinta kepada seorang insan yang bergelar wanita atau kekasih.. bukan maksudku bagi menafikan keinginan untuk mencintai, dicintai, menyayangi dan disayangi oleh kaum hawa ini.. tapi itulah hakikat yang sebenar jika kita dapat merasainya...

Sirah pernah membuktikan rasa cinta ini... kita pernah dengar sirah tentang penghijrahan Rasulullah dan sahabat muhajirin dari kota MEKAH Al-mukaramah ke kota MADINAH Al- munawwarah.. Tentang kisah penghijrahan dan dugaan yang di hadapi oleh kekasih Allah dan para sahabat, semua dah sedia maklum.. cuma ana nak kecilkan sedikit skop sirah tersebut kepada kisah golongan muhajirin dan ansor..

Apabila golongan Muhajirin tiba di Madinah, sahabat-sahabat dari golongan ansor yang mana tidak mengenali antara satu sama lain sanggup berkorban demi kesenangan sahabatnya.. Golongan ansor yang mana antara mereka mempunyai tempat kediaman akan menerima sahabat mereka dari golongan muhajirin yang tidak mempunyai tempat tinggal sebagai tetamu khas.. bukan sebagai vip tapi VVVVVIP...Dan di antara mereka yang mana memiliki lebih dari seorang isteri, sanggup mereka ceraikan untuk dijadikan isteri kepada sahabat-sahabat mereka dari golongan muhajirin.. INILAH KEHEBATAN UKHWWAH YANG KU KATAKAN..

DAN AKU TAK MALU MENGATAKAN "I LUV U" KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEMUA...!
"I LUV U ALL..!!"

Khas buat sahabatku semua...
( nasrul haniff - (yo, kawe sebut doh nama demo nie..) , nik hafizul, syawal, yie (haikal), azmie, yo, syakirin, mazni, amar, hakim, amiruddin, mizi, ejat, jo, fadhil, pije, hassan, semua anggota IKHWAN termasuk Abg Edy.. dan maaf kepada yang ku tak sebutkan namanya.. bukan kerana x ingat tapi ruangan ini x mencukupi bagiku.. cukuplah nama kalian dah ku sematkan kat hati ini.. dan buat yang ku hormati dan sayangi, En. Rospi.. )....

DAKWAH IKHWAN...




IKHWAN
...

Satu kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH.. Ikhwan yang bermaksud 'saudara' ditubuhkan pada semester lepas yang mana di anggotai oleh 8 orang ahli... zikri,hasrul,nik,fhadil,hafiz,alip,acap dan alif.. Selaras dengan nama kumpulan, perkataan saudara itu sendiri memberi maksud pertalian dan sekaligus membuktikan ukkhuwah di antara sahabat-sahabat seperjuangan...

Dalam satu kelas, bagi mencantikkan kelas tersebut pelbagai cara dilakukan.. Ada golongan yang mengelap tingkap, ada yang menyapu lantai, ada yang menyusun meja dan ada yang mengemas buku-buku.... Begitu jugalah halnya dengan kumpulan nasyid ini... Dalam satu komuniti masyarakat, ada golongan yang menyampaikan dakwahnya melalui ceramah, ada yang melalui tulisan dan ada yang melalui perkhidmatan.. Dan bagi IKHWAN mereka memilih nasyid sebagai medium bagi menyampaikan dakwah mereka kepada umum.. Masing-masing mempunyai satu tujuan dan matlamat yang jelas.. iaitu meletakkan ALLAH sebagai RAAB dan syariat ISLAM sebagai asas, cara hidup serta pegangan...

Kumpulan ini mengetengahkan konsep nasyid yang berbentuk kontemporari dan modern nasyid.. Sepanjang penglibatan, kumpulan ini pernah menyertai beberapa pertandingan, antaranya ialah pertandingan antara IPT pahang dengan mendapat tempat sebagai naib johan dan yang paling besar ialah pertandingan nasyid peringkat kebangsaan iaitu melibatkan seluruh Politeknik-politeknik Malaysia... Kumpulan nasyid ini juga mengadakan persembahan di sekitar Politeknik itu sendiri...

Semoga kumpulan nasyid ini akan terus berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.. Dan yang paling penting sekali ialah semoga Ukhhuwah antara mereka tidak akan luntur walaupun masing-masing berada pada posisi yang berlainan antara satu sama yang lain.. Mudah-mudahan Allah akan menjaga hati-hati ahli kumpulan ini agar niat mereka tidak lari daripada matlamat asal penubuhan..

"YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA MEMBOLAK-BALIKKAN HATI-HATI
MANUSIA TEMPATKAN HATI KAMI DALAM AGAMA-MU.. !"


BERAMAL KERANA ALLAH !!


MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner