Sunday, June 10, 2012

Pendidikan percuma.. Mustahilkah ???



Salam perjuangan....

Kembali lagi walaupun sudah lama rasanya aku tidak membuat coretan di sini... Kehidupan sebagai mahasiswa mengekang masa untuk aku meluangkan masa dalam penulisan blog ini... Bahkan dengan laman-laman sosial yang lain seperti FB juga menjadi faktor utama aku tidak menulis... Akses yang lebih mudah kepada FB membuat kan ramai pengguna laman sosial lebih senang mengunjungi FB berbanding blog-blog...
Isu PTPTN  ini dah ramai yang tahu, cuma untuk melaksanakan itu kita berkebolehan atau tidak... itu persoalan pokoknya.. Di dunia ini terdapat beberapa negara yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya sebagai contoh Finland, yang merupakan negara yang paling baik sektor pendidikannya di dunia... Meskipun tidak mempunyai sumber MINYAK seperti Malaysia... namun negara itu komited mahu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya...

Baru-baru ini juga berlangsungnya debat antara saudara Khairi Jamaludin dengan Saudara Rafizi Ramli.. Kedua-dua dari mereka mempunyai personaliti dan latar belakang yang hebat... Kepada mereka yang mengikuti debat itu, moga boleh membuatkan pemilihan yang terbaik. Syabas kedua-dua ahli debat... Rasanya masing-masing boleh membuat kesimpulan. Namun bagiku, persoalan yang sering bermain di kepala ini, jika PTPTN di teruskan hingga ke beberapa tahun yang akan datang, beban hutang rakyat juga akan terus meningkat... Selepas seseorang mahasiswa tersebut tamat belajar, mereka belum tentu lagi akan memperolehi pekerjaan, namun sudah dibebankan dengan hutang-hutang ketika belajar.... Mungkin ini salah satu faktor kenapa ada sebahagian besar mahasiswa yang memilih untuk kahwin pada umur yang agak lewat.. Mungkin mengalami masalah kewangan yang patut di selesaikan ... itu tidak termasuk lagi bayaran untuk kereta, rumah dan sara hidup yang lain... 

Di Malaysia ini, kita antara negara yang paling beruntung kerana kita ada hasil minyak yang banyak... Kita ada syarikat PETRONAS yang menguruskan hasil minyak di malaysia ini... Aku tertarik dengan cara pembayaran hutang PTPTN yang di bentang oleh saudara rafizi mengenai hutang PTPTN yang dinggarkan 24.7 Billion itu... Iaitu dengan menggunakan hasil minyak negara sebanyak 2 atau 2.5 billion setiap tahun... dan ia akan mengambil masa selama lebih kurang 10 ke 20 tahun... Aku rasa negara yang mempunyai hasil minyak yang banyak seperti Malaysia mampu untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia yang layak jika kroni-kroni tidak melahap hasil PETRONAS ini... Jika mereka mahu, boleh saja mereka nak laksanakan, tetapi ada kepentingan untuk memenuhi perut kroni, rakyat di tolakkan ke tepi.. Sebab itulah kita boleh lihat lambakkan IPTS hari ini... 

Isu ini terus sampai kemuncak dengan pembekuan UNISEL dan KUIS yang di bawah kelolaan negeri SELANGOR yang di bawah pentadbiran PR... Dengan pembekuan ini, kerajaan seolah-olah menggali kubur sendiri dan mengundang seluruh kemarahan mahasiswa... UNISEL dan KUIS dijadikan sebagai 'ujikaji' untuk PR dalam memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.. Mereka seolah-olah tidak faham akan konsep 'Federalism' atau buat-buat tidak faham... Bahkan mereka menjadikan PTPTN sebagai agen UMNO dalam misi membalas dendam kepada kerajaan PR... ini menunjukkan ketidakmatangan dari menteri-menteri mereka... 

Sehinggalah keluar kenyataan dari MB Khalid, untuk siap mencairkan aset selangor demi membantu pelajar-pelajar yang teraniaya tersebut bagi meyambung pelajaran, barulah mereka mula gelabah dan menarik balik pembekuan tersebut... Jika MB Khalid benar-benar berjaya mencairkan aset dan betul-betul dapat membantu pelajar tersebut, aku percaya UMNO akan terus terkubur dalam PRU 13 yang akan datang... Hal ini sama jugak isu air percuma ketika PRU 12 dulu... Kerajaan selangor benar-benar memberikan air percuma kepada rakyat selangor... 

Untuk yang terakhir, persoalan sama ada boleh atau tidak pendidikan percuma ini sebenarnya bergantung kepada kemahuan kerajaan sama ada mahu melaksankan atau tidak... Jika mereka komited untuk melaksanakan, itulah yang menjadi pilihan kita... Jika tidak mahu, dan ingin membebankan rakyat dengan hutang lagi, jika anda mahu memilih jugak jalan tu, dipersilakan... Namun bagi ku revolusi kepada yang lebih baik itu paling sesuai buat zaman sekarang... 

Berubahlah kepada kerajaan yang lebih baik dan amanah dalam menguruskan harta rakyat... !!!

Sirru Ala Barakatiilah..
Wasalam... :) 
MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner