Friday, June 5, 2009

Selamat bermuktamar...



Muktamar Tahunan Parti Islam Semalaysia kali ke 55 di Stadium Melawati Shah Alam, Selangor Darul Ehsan..Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir..


" ISLAM MEMIMPIN PERUBAHAN "

Ulamak dan profesional ( 2 )





Alhamdulillah... Lama sudah rasanya tak menulis.. Syukur kerana masih lagi diberikan kesempatan untuk saya luahkan dan lontarkan segala idea dalam blog ini bagi tujuan bersama-sama dengan sahabat seperjuangan menimba ilmu dan saling bertukar idea dan pendapat..


Apa yang saya ingin kongsikan adalah berkenaan dengan isu yang sebelum ini pernah di lontarkan yang menjadi mainan media tempatan sama ada media elektronik mahupun media massa bagi melaga-lagakan institusi ulamak dan golongan profesional yang mana kedua-dua golongan tersebut merupakan elemen yang sama-sama penting dalam sesuatu harakah islamiyyah..


ULAMAK...

Seperti mana yang telah disuarakan oleh Tuan Presiden dalam ucapan dasarnya pada muktamar kali ini iaitu tentang kepentingan dewan ulamak.. "Menghayati tugas-tugas ajk Dewan ulamak, antaranya dalam fasal 40 (6)(a) iaitu tugas untuk menyatu tenaga dan pemikiran ulamak islam bagi memperkuat dan mempertingkatkan perjuagan islam di negeri ini dan berusaha mengembang dan menyebarkan kefahaman dan kesedaran ke segenap lapisan masyarakat menerusi gerakan dakwah dan pengembelingan tenaga ummah yang berterusan.."

Tuan guru juga menyarankan agar diadakan program bagi menarik seramai mungkin golongan ulamak muda dan ia perlulah diperhebatkan.. Ini kerana, golongan generasi inilah yang merupakan pewaris dalam menentukan masa depan perjuagan islam secara istiqamah.. Daripada saranan tuan guru tersebut, kita dapat lihat bagaimana pentingnya institusi ulamak dalam memandu sesebuah harakah ataupun jemaah..

Saya ingin membuat perbandingan dengan zaman kegemilangan islam yang lalu, kita tahu dan kita baca bahawa semasa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayubi yang mana menakluk kota Jurusselem dari tentera salib suatu ketika dahulu ataupun Sultan Muhammad Al-Fateh yang mana menakluk kota costinepal, kedua-dua tokoh islam ini merupakan nama-nama besar dalam perjuagan islam.. kedua-dua tokoh ini mempunyai persamaan iaitu hebat dalam bidang ketenteraan.. Oleh sebab itu, pendekatan yang digunakan kedua tokoh ini ialah tarbiyyah askariyyah..

Walau bagaimanapun, kedua mereka juga dipandu oleh ulamak dalam menentukan sesuatu hukum.. Syura bersama ulamak merupakan perkara wajib bagi mereka walaupun kita tahu yang kedua mereka adalah juga merupakan orang hebat dalam tarbiyyah tetapi mereka tetap mahu pandangan daripada orang lain terutamanya golongan ulamak dalam membimbing mereka supaya perjuangan mereka tidak akan lari dari matlamat yang asal dan diberkati oleh Allah Swt..
Jadi selarilah dengan saranan tuan guru yang mahu memperkasakan institusi ulamak dengan menubuhkan akademi kepimpinan ulamak muda.. InsyaAllah..


PROFESIONAL...

Kalau dulu kita mungkin menggangap PAS ini hanyalah satu Gerakan kampung yang melahirkan jaguh-jaguh kampung... Tetapi kalau kita lihat perkembangan muktahir ini, kebanyakkan daripada pimpinan Pas sudah diisi dengan golongan Profesional.. Ini adalah satu perkembangan yang positif.. Golongan ilmuan dan profesional memang diharapkan oleh Pas untuk disertai kerana Pas memerlukan kepakaran mereka bagi memperkukuh dan memperkasakan lagi jemaah.. Perkara ini bukan perkara yang dianggap pelik, tetapi sengaja diputar belitkan oleh pihak media supaya nampak pelik..

Jemaah kita dari mesir, Ikhwan Muslimin sudah lama golongan profesional bertapak dalam stuktur organisasi ikhwan itu sendiri.. Nama-nama besar ikhwan seperti Hassan hudaibi dan syeikh Umar Temelsani sendiri merupakan pakar dan golongan yang dianggap profesional dalam jemaah ikhwan.. Perkara ini tidak dianggap pelik oleh ahli ikhwan dan diterima oleh ahli dan ada di antara golongan ini yang memegang jawatan tinggi dalam proksi jemaah, contohnya As-syahid Hassan Hudaibi iaitu mursyidul am ikhwan ke 2 dan As-syahid Aziz Al-Rantisi yang merupakan pejuang Hamas.. Mereka tidak membeza-bezakan antara golongan ulamak dan profesional.. Jadi siapakah kita untuk membeza-bezakannya??


Kesimpulannya, kita tidak perlulah melatah apabila terdengar khabar angin yang memburuk-burukkan pimpinan dan melaga-lagakan antara pimpinan sama ada mereka golongan ulamak ataupun profesional.. Sebaliknya kita seharusnya harus yakin dan percaya kepada pimpinan dan senantiasa menyokong mereka dari belakang.. Ulamak dan profesional, dua-duanya adalah penting dan yang paling penting kedua-dua golongan ini bekerjasama dalam memastikan kejayaan Islam di muka bumi ini... InsyaAllah..

Sirru Ala Barakatillah..
Wassalam...
MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner