Sunday, March 1, 2009

DAKWAH IKHWAN...




IKHWAN
...

Satu kumpulan nasyid yang telah ditubuhkan di POLITEKNIK SULTAN HAJI AHMAD SHAH.. Ikhwan yang bermaksud 'saudara' ditubuhkan pada semester lepas yang mana di anggotai oleh 8 orang ahli... zikri,hasrul,nik,fhadil,hafiz,alip,acap dan alif.. Selaras dengan nama kumpulan, perkataan saudara itu sendiri memberi maksud pertalian dan sekaligus membuktikan ukkhuwah di antara sahabat-sahabat seperjuangan...

Dalam satu kelas, bagi mencantikkan kelas tersebut pelbagai cara dilakukan.. Ada golongan yang mengelap tingkap, ada yang menyapu lantai, ada yang menyusun meja dan ada yang mengemas buku-buku.... Begitu jugalah halnya dengan kumpulan nasyid ini... Dalam satu komuniti masyarakat, ada golongan yang menyampaikan dakwahnya melalui ceramah, ada yang melalui tulisan dan ada yang melalui perkhidmatan.. Dan bagi IKHWAN mereka memilih nasyid sebagai medium bagi menyampaikan dakwah mereka kepada umum.. Masing-masing mempunyai satu tujuan dan matlamat yang jelas.. iaitu meletakkan ALLAH sebagai RAAB dan syariat ISLAM sebagai asas, cara hidup serta pegangan...

Kumpulan ini mengetengahkan konsep nasyid yang berbentuk kontemporari dan modern nasyid.. Sepanjang penglibatan, kumpulan ini pernah menyertai beberapa pertandingan, antaranya ialah pertandingan antara IPT pahang dengan mendapat tempat sebagai naib johan dan yang paling besar ialah pertandingan nasyid peringkat kebangsaan iaitu melibatkan seluruh Politeknik-politeknik Malaysia... Kumpulan nasyid ini juga mengadakan persembahan di sekitar Politeknik itu sendiri...

Semoga kumpulan nasyid ini akan terus berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.. Dan yang paling penting sekali ialah semoga Ukhhuwah antara mereka tidak akan luntur walaupun masing-masing berada pada posisi yang berlainan antara satu sama yang lain.. Mudah-mudahan Allah akan menjaga hati-hati ahli kumpulan ini agar niat mereka tidak lari daripada matlamat asal penubuhan..

"YA ALLAH..
SESUNGGUHNYA ENGKAU BERKUASA MEMBOLAK-BALIKKAN HATI-HATI
MANUSIA TEMPATKAN HATI KAMI DALAM AGAMA-MU.. !"


BERAMAL KERANA ALLAH !!


0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner