Saturday, May 9, 2009

SURAT UNTUK UMMI : UMMI, SELAMAT HARI IBU !




10 MEI..

Entah mengapa tiba-tiba sahaja anakmu ini teringatkan wajah ummi tersayang... Sejak permergian arwah abah, ummilah ummi dan ummilah abah... Maafkan Along, sebab dah hampir sebulan tidak menghantar khabar berita.. Along tau along silap... Along sibuk.. Along sedar Along bukan anak yang terbaik.. Along bukan abang yang terbaik untuk adik-adik.. Tetapi ummi, Along akan cuba untuk jadi anak yang soleh.. Along akan cuba untuk jadi abang yang boleh menjadi contoh pada adik-adik.. Along janji ummi.. INSYAALLAH..!

Ummi, Along rindukan abah.. Along tau ummi pun rindukan abah.. Tetapi Allah lebih sayangkan abah daripada kita ummi.. InsyaAllah, kat sana Abah tenang.. Along cuba untuk tidak lupa berdoa kepada abah dan ummi setiap kali usai solat... Along cuba ummi... Along janji..

Ummi, hari ni hari ibu.. Along nak mintak maaf banyak-banyak kat ummi.. Along tau Along banyak buat dosa.. Along mintak maaf.. Along teringat satu hadis nabi: "Syurga itu bawah tapak kaki ibu".. Redha Allah pun bergantung pada redha ummi dan abah.. Along sangat-sangat berharap ummi maafkan dan redha kepada anakmu yang nakal ini.. Maafkan Along ummi...

Ummi, halalkan ye susu yang ummi bagi kat Along masa Along kecil-kecil dahulu... Along tau, walaupun Along bayar berbillion ringgit atau dengan darah sekalipun, Along tak mampu nak bayar setitis pun susu yang telah Along minum.. Along tak mampu ummi.. Along hanya dapat berdoa kepada Allah sahaja agar Allah yang membalasnya.. Hanya Allah ummi yang layak dan dapat membalas segala pengorbanan ummi selama ini untuk Along.. Along tak mampu ummi...

Ummi, Along dah tak mampu lagi nak bendung air mata ni.. Along dah janji.. Along akan cuba untuk tidak alirkan air mata ini kecuali hanya untuk islam...Along akan cuba selagi yang termampu walaupun kadang-kadang Along tewas.. Tetapi, Along Akan cuba Ummi..

Untuk yang terakhir ummi, Along nak ummi tau yang Along sayangkan ummi.. Sangat-sangat sayangkan ummi.. Terima kasih dan syukran jazilan khatira hakhatira ummi atas segala penat lelah dan pengorbanan ummi untuk membesarkan Along...

Ummi, Along nak ucap selamat "HARI IBU" kat ummi.. Semoga Allah merahmati Ummi di dunia dan akhirat.. SELAMAT HARI IBU, UMMI..!

Daripada AnakMU,
ALONG...

2 comments:

Anonymous said...

waaa.. along jgnlah nangis yer.. saya sayang along dan adik adik along.

Saya pun halalkan apa yg along makan daripada makanan saya. saya tak berkira.

Doa saya. moga ALlah sentiasa merahmati arwah abah Along dan memberi seribu kekuatan kepada ummi along supaya senang menghadapi segala kepayahan hidup

InsyaALlah, Along selamanya kan jadi anak soleh bukan anak koleh, yer.

" Tiada yg lebih berharga di dunia ini melainkan si ibu tercinta"

Mus'ab Umair said...

SYUKRAN NIK...

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner