Saturday, May 8, 2010

Adik Aminul Rashid : Apakah tiada pembelaan untuknya??


Salam 1 perjuangan...

Baru-baru ini kita digemparkan dengan satu kes tentang polis yang menembak seorang budak yang berumur 15 tahun... Mangsa tembakan, Allahyarham adik Aminul Rasyid dikatakan meninggal di tempat kejadian setelah tembakan terkena pada bahagian belakang anggota kepalanya...

Dan lebih menyedihkan lagi, mangsa tembakan didakwa sebagai KEMUNGKINAN suspek yang mempunyai kaitan dengan geng penyamun. Untuk cerita lanjut bleh klik di sini :



Apa yang saya ingin lontarkan kepada pembaca, remaja tersebut MUNGKIN salah jika menaiki kereta tanpa mempunyai lesen, tidak berhenti apabila ditahan polis, keluar lewat malam dan sebagainya TAPI semua kesalahan tersebut tidak boleh dijadikan alasan untuk pihak berkenaan melepaskan tembakan... Mangsa juga dilaporkan tidak menyerang pihak polis dan hanya sekadar untuk melarikan diri daripada pihak polis...


Saya percaya kebanyakan remaja sana pun mungkin dalam situasi yang sama dan biasa bagi seorang yang bergelar "REMAJA"... Ini bukan kes yang pertama dalam institusi kepolisan negara, bahkan sebelum ini pernah terjadi beberapa kes yang melibatkan pihak polis melepaskan tembakan dengan sewenang-wenangnya...

Amat pelik jika difikirkan nyawa seorang budak berumur 15 tahun mati di hujung pistol tanpa budak tersebut mempunyai senjata untuk melawan dan menyerang pihak polis... Apakah polis tidak mampu melawan kudrat budak tersebut sehingga memaksanya untuk menggunakan pistol?? Apakah polis kita tidak cukup kuat?? Pelik kan?

Diharap pihak yang berwajib dapat melakukan pembelaan terhadap isu ini kerana ia merupakan sesuatu yang serius apabila melibatkan isu kepolisian... Perlu diingat mereka sebenarnya insan yang besar jasanya jika mereka betul-betul ikhlas dalam melakukan tugas menjaga keamanan negara.. Pada zaman Rasulullah, orang yang ditugaskan untuk menjaga keamanan adalah sahabat baginda yang bernama Qais bin Saad dan beliau termasuk dalam golongan ketua bagi amir... Beliau adalah contoh teladan yang baik bagi polis dalam menjalankan amanah Allah...

InsYaAllah dunia akan aman jika negara meletakkan Akidah dan Syariat Islam sebagai ASAS pembangunan sesebuah negara...

Akhir Kata... PEACE FOR ADIK AMINULRASYID...
Hope justice will came soon...


Sirru Ala Barakatillah...
Wassalam...


(puterajihad.blogspot.com)

0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner