Sunday, July 12, 2009

Perjuangkan Islam di Manek Urai bukan parti..


Salam perjuangan...

Alhamdulillah, setelah lebih daripada sebulan tidak 'update blog' ramai antara sahabat-sahabat yang menayakan "bila enta nak update blog?"... maaf kepada sahabat-sahabat kerana kesibukan berperang di manek urai menyebabkan saya tidak sempat untuk meng'update' blog di samping masalah kesusahan internet di kampung ini...


Situasi sekarang ini di manek urai, di antara kedua-dua belah pihak, Alhamdulillah kempen secara aman masih lagi berjalan lancar seperti yang diharapkan.. Cuma sekarang ni, dalam masa baki beberapa hari lagi pilihanraya, saya cukup-cukup bimbang ada segelintir respondan yang mungkin akan membuat undian berdasarkan 'try and error'.. undian untuk cuba-cuba.. Ini adalah hasil daripada keputusan bancian daripada penduduk kawasan manek urai sana..


Selain itu, pihak lawan juga menggunakan taktik mengerahkan seluruh jentera mereka untuk saat-saat terakhir bagi meraih undi.. Ada maklumat yang saya terima yang mereka menggunakan program anak angkat dan setiap keluarga yang menerima anak angkat itu akan dibayar sebanyak Rm 500 bagi seorang anak angkat hingga menyebabkan ada di antara respondan yang mengambil 2 orang anak angkat..


Bagi kawasan pedalaman, ada respondan yang menunggu pihak dari parti mana dulu yang akan memberi duit, pakaian atau kemudahan lain di antara kedua-dua belah pihak.. siapa yang sudi dulu memberi pertolongan maka pihak tersebut dulu akan mendapat undi dari mereka.. Siapa cepat dia dapat undi.. Dan rasa bagi pihak UMNO mereka mesti suka mendengar berita ini kerana bagi mereka ini adalah perkara 'gampang' ( mudah )... Mereka mesti akan menghabiskan duit rakyat untuk prk kali ini sehingga maklumat yang saya terima ada mengatakan yang Mukriz dan Mustapha Mamat ada memperuntukkan RM 100, 000.00 untuk prk kali ini...


Ada juga pengalaman yang tidak boleh saya lupakan ketika di sini... Antaranya ialah semasa kami sedang membuat bancian bagi mengetahui bilangan sebenar pengundi PAS, ada beberapa kejadian yang berlaku... Antaranya kami tidak dilayan dan dihalau ketika membuat bancian walaupun kami mengatakan yang kami ini sekadar bancian bawah kerajaan negeri dan tidak terlibat dengan mana-mana parti politik.. Tapi mereka macam dapat menghidu taktik kita.. Dan ada juga antara muslimat yang di minta oleh Puteri Umno untuk istikarah sebab muslimat kita yang membuat bancian dapat di kesan sebagai nisa'.. Ada juga yang antara muslimat yang tersilap bancian hingga mereka terbanci rumah pegawai spr... Apalagi kena semburlah jawabnya....


Semoga semua pengalaman yang kami perolehi di sini akan menjadi saksi sebagai pengorbanan kami walaupun tidak seberapa yang diharapkan.. Semoga dapat membantu Islam untuk terus kekal memerintah di manek urai...

kalau boleh saya ingin berpesan kepada diri saya dan semua pimpinan dan pemuda serta mereka yang bergelar PAS.. Teruskan perjuagan kalian menegak ISLAM.. Tunjukkan kepada pengundi ataupun kita gelarkan sebagai madd'u kita apa itu Islam yang sebenar.. Wujudkan peluang berdakwah selagi termampu.. Perjuangkan ISLAM bukan PARTI.. Timbulnya Parti adalah di atas dasar wasilah bagi perjuangkan ISLAM.. Ingat matlamat kita yang sebenar ....


Allahu Rabbuna...
" Allah matlamat kami "

2 comments:

AdindaLunia said...

kotakhati to Mujahiddin Muda:-

"PAS akan turut kekal sampai kiamat sekekalnya Al-Quran dan Hadis,InsyAllah. Tetapi kalau PAS menyeleweng,tulis Al-Quran pada dasarnya,sedangkan pada amalannya berlainan dari Al-Quran,berlainannya bermula dari cawangan sampai kepada kawasan sampai ke peringkat negeri dan sampai ke peringkat pusat. Ataupun penyelewengan bermula dari pusat sampai ke peringkat negeri dan seterusnya sampai ke kawasan dan cawangan. Maka tidak ada sebarang unsur untuk kekalnya PAS.PAS boleh kekal dengan berkat dan tuah Al-Quran"-Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Buat Akhi Hasrul Hamimie..
Bersabarlah dan teruskan perjuangan enta.
Sebenarnya enta,golongan belia seperti kita inilah jentena terbesar dan terkuat agama Islam.Jika kuat golongan anak muda maka kuatlah Islam.Ana percaya terhadap perkara tersebut. Berdirinya Islam lebih mudah dengan adanya mujahid/mujahidah muda.
InsyAllah,ana mendoakan kejayaan enta.Ana akan menyokong tiap apa yang enta lakukan jika ianya kerana ISLAM!

Akhir kata..
Semoga berjaya didunia dan akhirat.
Ameen~

Anonymous said...

salam.. ziarah..
berjuanglah wahai pejuang ALLAH..

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner