Tuesday, July 6, 2010

Himpunan Tak Nak Judi

Salam 1 Perjuangan dan Salam 1 akidah....

Alhamdulillah... Akhirnya dapat mencuri masa bagi mengisi kelapangan pada petang nie... Dapat jugak menjengah beberapa blog sahabat-sahabat.... Alhamdulilah juga, akhirnya tibala masa-masa yang akan kembali sibuk.... Uhhh.... sudah lama saya rindukan saat-saat ini....

Baru-baru ini, saya berkesempatan untuk mengikuti perhimpunan bagi mansuhkan judi (tak nak judi ) yang dikelolakan oleh Gerakan Rakyat Mansuhkan Judi (GMJ)... Walaupun tidak se "gah" himpunan BERSIH, atau himpunan ISA namun ia tetap merupakan satu himpunan rakyat yang jelas menunjukkan rakyat menolak keputusan kerajaan untuk memberi lesen judi kepada penjudi-penjudi negara....

Dan akhirnya Allah memberikan pertolongan dengan mungkin di 'asbabkan' desakan rakyat dan tekanan daripada pembangkang dan NGO2 lain, Alhamdulilah kerajaan menarik balik lesen judi yang telah dikeluarkan.... Dan ini merupakan satu kemenangan awal kepada rakyat bagi usaha melaksanakan Islamisasi di Malaysia...



Ucapan daripada pimpinan-pimpinan Jemaah



Bercakap pada himpunan tersebut, pengerusi GMJ, Cikgu Azmee, berkata yang ini merupakan usaha berterusan bagi rakyat dan bukan setakat himpunan pada hari tersebut sahaja.... Beliau menambah lagi yang sebelum ini sepanjang hidup beliau belum pernah kerajaan mengeluarkan lesen judi dan ini merupakan kali yang pertama... Beliau berharap rakyat bersama-sama dalam usaha menentang keras perlaksanaan judi di malaysia.... Bukan sahaja judi yang melibatkan bola sepak bahkan walau sekecil-kecil judi pun... Dari judi daun terup hinggalah judi orang-orang kenamaan atas kapal...

Saudara Idris, wakil daripada Gabungan Mahasiswa Se-Malaysia (GAMIS), bercakap yang mahasiswa menolak sekeras-kerasnya mengenai perlaksanaan judi di Malaysia... Beliau menambah lagi, suara mahasiswalah yang berperanan bagi memberi penerangan kepada rakyat mengenai bahaya judi dan mahasiswa inilah yang akan turun kepada masyarakat... Beliau yang mewakili suara mahasiswa juga mencabar pihak KDN ( Kementerian Dalam Negeri ) memansuhkan dulu keputusan-keputusan judi seperti 3D, 4D dan lain-lain sebagai permulaan jika kerajaan benar-benar ingin menolak judi.... Hal ini penting kerana kini kewangan negara kita sudah bercampur gaul dengan unsur-unsur yang mempunyai tidak keberkatan Allah.....

Turut hadir dalam himpunan tersebut ialah Ust. Nasrudin Tantawi (KDPPP), wakil JIM, wakil ABIM dan beberapa NGO lain.....


Sirru Ala Barakatillah...
Wassalam....

0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner