Dah lama tidak menulis rasanya.. Rindu rasanya untuk menulis dan sama-sama berkongsi ilmu...
Ana ada terbaca satu artikel.. Satu kisah yang menarik untuk di kongsi.. Mungkin di antara antum-antuna ada yang pernah terbaca atau terdengar kisah ini di mana-mana kuliah atau ceramah...
Sama-sama kita ikuti dan hayati kisahnya :
Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.. Ia dituduh bersalah , menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.. Tetapi ia berkeras membantah. “ Tidak.. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.. Saya tidak melakukan semua itu..”
“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”, jawab Malaikat.. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, tidak dijumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya dia bersendirian. Makanya ia pun menyanggah, “ Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan ? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu.”
“ Inilah saksi-saksi itu,” ujar Malaikat. Tiba-tiba mata angkat berbicara, “ Saya yang memandangi.” Disusul dengan telinga, “ saya yang mendengarnya.” Hidung pun tidak ketinggalan, “ Saya yang mencium.” Bibir mengaku, “ Saya yang merayu”. Lidah menambah, “ Saya yang menghisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “ Saya yang dipakai lari ketika ketahuan.”
“Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentangperbuatan aibmu itu, ucap Malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi ia bakal dihumbankan ke dalam neraka jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah bebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengarsuara yang amat lembut dari selembar bulu matanya : “ Saya pun ingin mengangkat sumpah sebagai saksi.”
“ Silakan,” kata Malaikat. “ Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba yang melakukan kesalahan kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.
Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat yang sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.” Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergema kepada penghuni syurga :
“ Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata.”
Sahabat Nabi adalah orang yang diibaratkan seperti singa ketika di medan perang tetapi pada malam hari mereka menangis dan memunajat kepada ALLAH memohon taubat...
Begitulah kisah selembar bulu mata.. Ana teringat satu hadis Rasulullah yang berbunyi :
" Tidak akan di sentuh oleh api neraka.. Mana-mana mereka yang menangis kerana takutkan ALLAH..."
Jadi sebagai kesimpulannya.. Tidak perlulah kita menagis kerana hal-hal yang remeh.. Ana biasa melihat ada sesetengah orang menangis sebab artis kesayangan mereka terkeluar daripada sesuatu program realiti TV.. Ada juga yang menangis kerana sebab artis kesayangan mereka tidak memenangi apa-apa anugerah dalam sesuatu program yang dianjurkan ABH contohnya... Malah yang paling lucu ialah menangis kerana cerita hindustan.. Entah la ana pun tak berapa nak faham.. Tapi itulah hakikatnya... Bak kata seorang sahabat ana dalam blognya " DUNIA KINI MAKIN TUA.. DAH HAMPIR PADA PENGHUJUNGNYA..."
Sepatutnya air mata kita hendaklah kita alirkan pada sesuatu yang bermanfaat.. Air mata yang paling mahal adalah air mata penyesalan.. Air mata takutkan azab ALLAH... Walaupun hanya setitis air mata yang kita alirkan untuk ALLAH, kekasih ALLAH memberi jaminan bahawa kita tidak akan disentu oleh api neraka...
Moga Kisah tadi dapat sama-sama kita ambil manfaat daripadanya... Sirru Ala Barakatillah...
Wallahuallam...!
0 comments:
Post a Comment