Friday, April 17, 2009

MARHALAH DAKWAH



Menurut As-Syeikh As-Syahid Mustapha Masyur dalam buku beliau iaitu “JALAN DAKWAH”, beliau menggariskan tiga marhalah dakwah ataupun tiga peringkat dakwah yang utama iaitu :

1. Peringkat Taarif
2. Peringkat Takwin
3. Peringkat Tanfiz


Peringkat Taarif.

Pada peringkat ini, dakwah diperkenalkan secara umum kepada orang awam. Maksud ana, dakwah kepada orang ramai di sekeliling kita termaksuklah ibubapa, kaum kerabat, sahabat, dan seterusnya masyarakat. Tetapi sebelum kita bermula dengan peringkat ini, kita perlulah bersedia dari segi persediaan ilmu dan kesanggupan kita untuk terjun ke medan masyarakat. Bermula pada diri, keluarga dan seterusnya masyrakat.

Al Syahid Hassan Hudaibi pernah berkata :

“ Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya kamu akan melihat Islam itu akan tertegak dengan sendirinya dalam kehidupan kamu..”

Jadi untuk peringkat ini, ana simpulkan persediaan seorang Juru Dakwah amat penting bagi memastikan persediaan ilmu yang rapi bagi berhadapan dengan masyarakat umum dalam konteks dakwah pada hari ini.


Peringkat Takwin.

Peringkat Takwin ataupun peringkat pembinaan ataupun juga dipanggil peringkat pembentukan merupakan salah satu peringkat di mana jiwa-jiwa pendakwah dibina, dibentuk dan ditarbiyah. Pada peringkat ini, Juru Dakwah akan ditarbiyyah sehingga mereka menjadi ‘PRODUCT’ yang paling terbaik. Salah satu Uslub atau kaedah yang dilakukan bagi memastikan peringkat ini berjalan ialah dengan mengadakan usrah. Ia digunapakai dari zaman Rasulullah yang bermula dari rumah Al Arkam Bin Abi Al Arkam sehinggalah ke generasi yang sekarang ini. Namun perlu diingat, pada peringkat ini, seseorang yang diperingkat Takwin tidak boleh meninggalkan peringkat yang pertama iaitu Taarif dan ianya mestilah bergerak seiiring pada kedua-dua peringkat.



Peringkat Tanfiz.

Peringkat Tanfiz ataupun dalam bahasa mudahnya bermaksud peringkat perlaksanaan. Pada peringkat ini, biasanya ianya melibatkan golongan pimpinan. Ianya bermaksud segala apa yang dipelajari daripada teori perlu dipraktikkan dan dilaksanakan. Contohnya, perlaksanaan Hukum Hudud. Kita semua tahu bahawa hukum hudud adalah wajib ke atas orang islam yang melakukan kesalahan ataupun jenayah. Jika pimpinan suatu gerakan islam sudah ada kuasa memerintah rakyat ataupun diberi mandat untuk memerintah Negara, maka wajiblah bagi pemimpin itu melaksanakan hukum hudud. Ini kerana kuasa pemerintahan berada pada tangan pemimpin tersebut.

Hadis Nabi Muhammad:

“Jika kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah kamu mencegah dengan tangan (kuasa),jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu juga cegahlah dengan hati.. Itulah selemah-lemah iman”


Menurut ulama yang menafsir hadis ini juga peringkat pencegahan kemungkaran dengan hati ialah peringkat yang paling rendah dalam dakwah. Dan selepas daripada itu, jika kita tidak rasa benci dengan hati, tiada lagi iman kata ulamak..Nauzubillah..!

Jadi ana simpulkan, peringkat Tanfiz ini kebanyakkannya adalah pada peringkat pimpinan. Sama seperti peringkat Takwin, peringkat Tanfiz juga perlu seiiring dengan peringkat Taarif dan Takwin. Ingat! semakin tinggi jawatan seseorang semakin berat bebenan yang terpaksa dipikul. Sebab itulah pimpinan perlu dipilh dengan tepat agar dapat memimpin kita ke jalan yang diredhaiNYA.

Waalahualam..!


1 comments:

Aiman said...

Jazakallah kheir atas perkongsian. semoga peroleh pahala berganda dari Allah swt.

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner