Tuesday, April 28, 2009

IKHWANKU...


Suatu hari, sedang Rasulullah bersama beberapa orang sahabat baginda, tiba-tiba Saidina Abu Bakar melihat Rasulullah mengalirkan air mata.. Saidina Abu Bakar menjadi cemas.. Beliau bertanya mengapakah Rasulullah mengalirkan air mata...

Rasulullah SAW bersabda :


" Aku mengalirkan air mata ini kerana aku teringat kepada ikhwanku.. Aku rasa rindu sekali kepada mereka..."


Sahabat-sahabat yang lain terkejut... Mereka tertanya-tanya siapakah mereka yang digelarkan ikhwan oleh kekasih ALLAH ini... Siapakah dia mereka yang disebut-sebut oleh Nabi ALLAH ini..? Dan siapakah mereka yang sangat-sangat dirindui oleh Rasulullah ini... Siapakah gerangannya mereka yang bertuah ini??
Melihat sahabat-sahabatnya yang kehairanan menyebabkan Saidina Abu Bakar cemburu akan mereka yang digelar Ikhwan ini.. Beliau memberanikan diri berkata kepada Rasulullah.. "Bukankah kami ini adalah IKHWANMU...?", kata Saidina Abu Bakar..

Rasulullah Saw bersabda :

"Bukan, kamu bukan IKHWANKU tapi kamu adalah SAHABATKU... Mereka-mereka yang digelar IKHWAN ialah mereka itu yang lahir selepas kewafatanku dan tidak pernah melihat aku tetapi mereka CINTA kepadaku.. CINTA kepada Sunnahku.. Dan mereka ini CINTA kepada sahabat-sahabatku... Mereka inilah yang kugelarkan sebagai IKHWAN... Aku RINDU kepada mereka dan mereka juga RINDU kepadaku..."


Alangkah rindunya Rasulullah kepada mereka yang digelar IKHWAN.. Adakah kita termasuk dalam mereka yang digelar IKHWAN ini??? Moga-moga InsyaALLAH.. Ana berdoa supaya ana dan antum semua berada dalam golongan IKHWAN ini.. AMIN !!


Ana teringat satu firman Allah yang berbunyi :


"Katakanlah jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara maramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu CINTAI daripada ALLAH dan RASULNYA dan berjuang di jalan ALLAH, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan keputusan-NYa.. Dan Allah tiada menunjuki kaum yang fasik.."
( AT-TAUBAH : 24 )


Dalam Ayat di atas ALLAH SWT. menegaskan kepada hambaNYA bahawa CINTA kepada ALLAH dan RASULNYA mesti diletakkan NO. 1... Walaupun dibandingkan dengan ibu bapa kita sekalipun.. Namun ini bukanlah bermaksud kita tidak perlu CINTA dan KASIH kepada kedua-dua ibu bapa kita.., malah kita WAJIB untuk KASIH dan CINTA kepada kedua-dua mereka yang telah menjaga dan mendidik kita... Tapi apabila diberi pilihan yang mana patut diutamakan terlebih dahulu, kita WAJIB memilih Allah dan Rasul... Dan seterusnya barulah kedua ibu bapa kita..


Dalam satu hadis Rasulullah SAW ada bersabda :

" Tidak sempurna iman kamu selagi AKU belum kamu kasihi lebih daripada orang lain.."


Afwan... Ana tidak berapa ingat mantan untuk hadis ini.. Jadi kesimpulannya, rebutlah peluang untuk menjadi golongan IKHWAN sebagaimana yang disebut-sebut oleh Rasulullah.. Dan yang telah dikhabarkan dalam kitab suci AL-quran yang mana orang beriman itu saling kasih mengasihi dan mereka itu TERLEBIH KASIH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA... ALLAH tidak menyebut mereka itu kasih tetapi sebaliknya TERLEBIH KASIH...
Renung-renungkanlah kenapa ALLAH memberitahu kepada hambanya dengan ayat itu...
Sama-samalah kita berfikir dengan menggunakan akal yang diberikan oleh kita.. Mudah-mudahan dengan berfikir ayat-ayat ALLAH akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH...


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebut nama ALLAH gementar hatinya, apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH semakin bertambahlah imannya.. Dan hanya kepada Allah tempat mereka bertawakal.."

( Al-ANFAL : 2 )



SIRRU ALA BARAKATILLAH..!
WALLAHUALAM..!


0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner