Monday, April 13, 2009

NILAI PENGORBANAN


Ana teringat satu kata-kata As-Syahid Imam Hassan Al Banna yang menyentuh bab pengorbanan.. ( Rujukan : Risalah Taalim ) Menurut As-Syahid : Apa yang aku maksudkan dengan pengorbanan ialah berkorban jiwa, harta, masa, kehidupan dan segalanya untuk mencapai matlamat. Tiada jihad di dunia ini tanpa pengorbanan dan tidak akan lenyap pengorbanan demi memperjuangkan fikrah kita, bahkan ada ganjaran besar dan pahalanya. Sesiapa yang duduk enggan berkorban bersama kami mereka telah berdosa. Allah swt. telah berfirman :

"Sesungguhnya Allah telah membeli orang-orang mukmin jiwa-jiwa mereka dan harta-harta mereka.."

(AT-TAUBAH : AYAT 111 )


Dan firman Allah lagi :


"Katakanlah sekiranya bapak-bapakmu, anak-anakmu, kaum kerabatmu, isteri-isterimu, kaum keluargamumu, harta benda yang kamu usahakan, perniagaanmu yang kamu takut akan kerugiannya, rumah-rumah yang kamu sukai lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul dan berjihad di jalan-NYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNYA.. kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.."


( AT-TAUBAH : AYAT 24 )


Menurut beliau lagi :
Jadi, di sini kita mengerti makna slogan iaitu mati dijalan Allah adalah harapan kita yang paling murni..



Apa yang ana ingin kongsikan dengan antum semua ialah menyentuh bab pengorbanan..
'Pengorbanan' satu perkataan yang mudah dilafazkan dan diteorikan tetapi amat-amat susah untuk kita lakukan dan dipraktikkan...

Kita mungkin pernah mendengar bahawa pasangan-pasangan yang bercouple selalu menyebut :


1. I sanggup mati kerana U..
2. Saya rela meredah lautan api sekalipun demi hidup bersama awak..

3. Kalau saya mati biarlah besama-sama awak..


Ataupun lagu yang yang pernah dinyayikan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee :


Berkorban apa sahaja..

Harta ataupun nyawa..
Itulah kasih mesra..
Sejati dan mulia....


Sahabat wa salbiahku..

Untuk kita mencapai tahap pergorbanan bukan mudah.. Ianya memerlukan mujahadah yang tinggi dan berterusan dalam mencapai matlamat kepada Rabb, Tuhan sekelian alam... Pernahkah kita terfikir akan pengorbanan golongan-golongan yang terdahulu ?? Adakah kita pernah bersyukur kepada Allah kerana kita lahir hasil daripada golongan terdahulu yang sanggup berkorban demi agama yang tercinta ini ??

Ingatkah kita kisah kekasih Allah, Nabi Muhammad Saw. yang di baling batu oleh penduduk Taif ketika baginda hendak menyampaikan risalah dakwah kepada penduduk Taif hingga baginda telah tercedera sehingga kepala baginda berdarah ?? Pengorbanan orang terdahulu memang tidak dapat dinafikan lagi... Bermula dengan Rasul-rasul Allah, Para Sahabat, Golongan Tabie, Tabit Tabie, Salafus soleh dan Golongan alim ulamak sehingga ke hari ini... Perjuangan mereka memang sungguh besar di sisi Allah demi mempertahankan agama yang suci ini...


Benarlah firman Allah :


" Dan orang-orang yang paling dahulu ( beriman ), merekalah yang paling dahulu (masuk syurga) , mereka itulah orang yang dekat kepada Allah, berada dalam syuga yang penuh kenikmatan, segolongan yang besar dari golongan yang terdahulu , dan segolongan yang kecil dari golongan yang terkemudian..."
( AL-WAQIAH : AYAT 10-14 )


Nah..! Allah telah menjanjikan dalam Al-Quran lagi bahawa orang-orang terdahulu, ramai dikalangan mereka yang bergelar Muqarrabin ( orang yang dekat dengan Allah )... Disebabkan pengorbanan mereka yang tinggi untuk ISLAM Allah telah menaikkan darjat mereka... Untuk golongan yang terkemudian, kita janganlah terlalu bersedih.. Untuk kita Allah masih menyediakan tiket-tiket untuk menjadi golongan Muqarrabin.. tapi tiket ini hanya terhad.. kita terpaksa berlumba-lumba bagi mendapatkan tiket
" First class " ini... Ana berdoa moga-moga ana dan sahabat semua diberikan kekuatan untuk bermujahadah bagi merebut tiket ini...


Imam Fakhrurazi seorang ulamak tafsir pernah menyatakan bahawa pintu jihad ialah bermula dengan seseorang itu sanggup mengorbankan harta bendanya sebelum ia berjihad dengan jiwanya... Maknanya, jika kita payah untuk memberi sedekah demi islam ataupun sedekah kepada fakir miskin, jangan bermimipi kita untuk berjihad 'kittar' kerana ia adalah permulaan jihad.. Sesuai dengan firman Allah Taala :

"Berangkatlah kamu dalam keadaan senang ataupun dalam keadaan susah, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah, yang demikian itu adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.."
( AT-TAUBAH : AYAT 41 )


Dalam ayat di atas Allah SWT. menyebut tentang berjihad melalui harta dahulu barulah kemudian di susuli dengan jiwa iaitu nyawa kita... Apabila kita telah mengatasi halangan yang pertama ini barulah kita layak untuk berjihad kittar ( nyawa ) di jalan Allah...

Jadi, banyak-banyaklah kita memohon kepada Allah supaya kita dapat mencapai makam pengorbanan sebagaimana yang telah di capai oleh kebanyakkan dari golongan terdahulu dan di tinggikan darjat kita oleh Allah di sisis-NYA..

"..TIADA JIHAD TANPA PENGORBANAN, TIADA PENGORBANAN TANPA KEIKHLASAN.."




0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner