Suatu malam seorang sahabat bertanya kepada saya, "Mie, apakah orang yang bercinta ni tidak akan di redhai dan di murkai oleh Allah?"... Saya hanya senyum padanya sambil menjawab.. "kita adalah manusia biasa dan kita bukannya robot untuk menolak ataupun menafikan cinta.. Kita manusia yang Allah anugerahkan kepada kita akal dan perasaan.. Perasaan untuk mencintai, dicintai, menyayangi, disayangi dan sebagainya adalah normal dan sudah menjadi fitrah bagi seseorang yang bergelar INSAN..."
Dia mengangguk tanda bersetuju... Kemudian saya menambah lagi, " Tetapi Cinta kita hendaklah di letak pada tempat yang betul.. Kenapa perlunya kita bercouple?? Untuk apa kita bercouple?? Kenapa tidak kita letakkan CINTA kita pada SANG PENCIPTA yang mencampakkan Cinta dalam hati manusia..?? Dia mengiakan segala yang saya katakan... Saya menyambung lagi " Bersabarlah untuk hari yang sedikit demi hari yang panjang pada masa yang depan... Letakkanlah cinta di tempat yang halal dengan syariat.. Cinta selepas kahwin merupakan cinta yang paling menyeronokkan... "Dia kelihatan faham setelah ku terangkan serba sedikit kepadanya.. Sebagai seorang sahabat saya cuba memberi kefahaman kepadanya setakat yang termampu.. Saya berharap dengan ilmu yang sedikit itu dapat membantunya menjalani kehidupan di masa hadapan dengan lebih tersusun tanpa kehadiran seorang wanita yang belum bergelar isteri kecuali ibu dan muhrimnya.. Sebenarnya, sahabatku ini baru 'clash' dengan seorang wanita.. Mudah-mudahan Allah sentisa menjaganya..
Dan untuk yang terakhir aku menyarankannya agar membaca buku karangan ustaz Hasrizal yang bertajuk " Aku terima nikahnya ".. Itulah serba sedikit cerita tentang sahabatku yang aku rahsiakan indentitinya..
Dan aku ingin menambah dalam blog ini tentang apa yang dimaksudkan CINTA.. Cinta menurut yang aku perolehi dari pembelajaran silibus usrah ada dua.. Pertama Cinta yang Syarie dan Kedua cinta yang tidak Syarie... Yang dimaksudkan cinta yang syarie adalah cinta yang bertetapan dengan syariat Islam dan tidak melanggarnya.. Cinta yang dimaksudkan ialah cinta yang pertamanya dan tiada duanya mesti ada pada setiap orang yang beriman iaitu CINTA ALLAH DAN RASUL.. Dan untuk CINTA ALLAH DAN RASUL ini adalah cinta yang hakiki dan ianya adalah wajib untuk seorang yang mengaku beriman.. Cinta ini haruslah diletakkan NO 1 dan tidak boleh dikufukan dengan yang lain...Allah Swt telah berfirma : " Katakanlah jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara maramu, isteri-isterimu, kawan karibmu, harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti akan kerugiannya serta tempat kediaman yang kamu sukai dan semua itu ledih kamu sukai dari ALLAH DAN RASUL dan berjuang pada jalanNYA, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusannya (siksaanya), dan Allah tiada menunjukki kaum yang fasik..
( At-Taubah : 24 )
Dan setelah itu yang tergolong dalam cinta syarie juga adalah cinta kepada Ibubapa dan cinta ini adalah wajib bagi seorang yang bergelar anak.. Redha Allah bergantung pada redha Ibubapa kita.. Seterusnya cinta kepada isteri, suami, anak, kaum kerabat, sahabat handai dan cinta sesama manusia, makhluk dan sebagainya selagi cinta itu diletakkan tempat yang betul serta tidak melanggar syariat.. Dan untuk yang kedua ialah cinta yang tidak syarie.. Maksudnya ialah cinta yang melalaikan dan melanggar batas syariat ISLAM..
Cinta seperti ini adalah dilarang dalam islam dan setiap mereka yang islam perlu menghindari cinta yang bersifat seperti ini kerana hal-hal yang seperti inilah yang membuka ruang-ruang syaitan dan iblis untuk menggoda manusia.. Contoh cinta yang tidak syarie ialah cinta dan menyembah kepada berhala dan selain ALLAH.. Cinta seperti ini adalah amat-amat dilarang keras..
Allah Swt. telah berfirman :
" Kamu sembahlah Allah dan janganlah kamu menpersekutukannya dengan sesuatupun dan berbuat baiklah kepada ibubapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, tetangga yang karib dan tetangga yang bukan karib, teman sejawat, oarng musafir, dan kepada hamba sahaya kamu. Sesungguhnya Allah tiada mengasihi orang yang sombong dan suka bermegah-megah.."
( An-nisa' : 36 )
Lain-lain contoh cinta yang tidak syarie ialah cinta kepada wanita bagi lelaki dan cinta kepada lelaki bagi wanita yang belum halal dan ada ikatannya antara satu sama lain (termasukalah yang di istilahkan sebagai couple) yang mana tidak mempunyai matlamat yang jelas.. Sepatutnya jika seseorang itu sudah sedia untuk berumah tangga, tidaklah perlu kepada couple dan teruslah merujuk kepada orang tengah atau penjaga masing-masing untuk terus mengikat tali perkahwinan yang dihalalkan oleh syarak.. Saya memohon kepada Allah agar saya dan antum semua dilindungi oleh Allah dan ditetapkan hatinya dijalanNYA kerana kita semua adalah manusia biasa...
Selain itu cinta yang tidak syarie juga ialah cinta kepada dunia dan ini adalah salah satu penyakit hati yang di sebutkan oleh Rasulullah Saw dalam hadisnya.. Seterusnya cinta kepada harta sampai melalaikan kita dan sebagainya yang cinta kita boleh mengundang kepada perlanggaran batas-batas yang telah digariskan ISLAM... Saya rasa sudah panjang article nie.. Bosan juga sahabat-sahabat untuk membacanya.. Sebenarnya banyak lagi yang nak diluahkan tapi cukuplah sampai di sini.. Apa yang dapat dikongsi, kita kongsi bersama...
Sirru Alla Barakatilah..
Wallahualam..!
2 comments:
Kotakhati to mujahiddin muda:-
Salam..
Cinta yang tidak syarie juga ialah cinta kepada dunia dan ini adalah salah satu penyakit hati yang di sebutkan oleh Rasulullah Saw dalam hadisnya.. Seterusnya cinta kepada harta sampai melalaikan kita dan sebagainya yang cinta kita boleh mengundang kepada perlanggaran batas-batas yang telah digariskan ISLAM...
Ana setuju dengan kenyataan ini..
"Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid" (Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain)
Memang kadang-kadang kita manusia tidak dapat mengelak dari perasaan sukakan seseorang bukan?
Kerana itu adalah fitrah manusia..
TETAPI..
kita masih lagi boleh berusaha untuk menolaknya kerana ISLAM itu sendiri tidak membenarkan terjebakan kita di dalam lembah hina..
kerana ALLAH berfirman dilarangnya kita menghampiri zina,
BUKAN berzina..
Jadi dari situ kita tahu, apa sahaja perkara yang menghampiri kepadanya adalah tidak boleh..
Tidak akan ada sesuatu pun yang dapat menghalalkan sesuatu yang haram..
Jangan tertipu oleh istilah couple muslim/muslimah..
Itu hanyalah mainan syaitan yang tidak pernah berputus asa menyesatkan manusia..
Mujahiddin Muda, ana bersyukur kerana masih ada lagi insan seperti anta,
yang tahu apa tujuannya hidup di dunia yang sementara ini..
diutuskan sebagai seorang khalifah..
Dan berpesan-pesan kepada kebaikan..
Teruskan berdakwah ya..
akhir kata,
Semoga berjaya''~
illaliqa'
Salam to kotak hati :
Alhamdulillah.. Allah memberi peluang untuk ana menulis..
Syukran ya ukhti.. Moga sama-sama dapat berkongsi ilmu... dan memastikan kemenangan ISLAM...
INSYAALLAH...
Post a Comment