Monday, May 4, 2009

PESAN UNTUK ADIK-ADIK (2) : BUKAN SEMANGAT TAPI KEFAHAMAN..


Alhamdulillah.. Pada penulisan yang lepas saya ada menerangkan tentang pekadaran ahli gerakan bukan di ukur pada kuantiti tapi kualiti.. Dan sekarang, rentetan daripada tajuk yang lepas saya ingin menyambungnya lagi dalam bab kefahaman dan bukan semangat semata-mata…

Dalam suatu usrah bersama adik-adik, saya ada menerangkan, “ kita berjuang dalam membela agama Allah ini perlu ada kefahaman, bukan semangat semata-mata..” ,Fauzi, Anuar, Razmi dan Ayie mengangguk… Tapi saya dapat tangkap yang diorang masih lagi teragak-agak dengan kenyataan saya itu…

Saya menyambung.. “ Apa yang abang maksudkan dengan kefahaman ialah Kita berjuang mestilah memahami apa matlamat yang sebenar yang kita hendak capai dalam perjuangan.. Dan ini tidak lain hanyalah untuk memperjuangkan agama ALLAH dan berusaha mendapatkan keredhaan ALLAH..” Saya menyambung lagi..” Kita berjuang berasaskan kefahaman.. Jika seseorang itu sudah mencapai kefahaman yang jelas tentang perjuangannya maka kemungkinan untuk ‘futur’ di medan dakwah akan berkurang…”

“Ibarat kita sekarang ini sedang bermain bola sepak.. Jika tiada gol maka permainan itu akan menjadi sia-sia.. Dan sama juga situasinya dalam kita berjuang ini, jika matlamat perjuangan kita tidak dapat kuasai dan fahami dengan jelas maka perjuangan kita akan menjadi suatu yang sia-sia..” Adik-adikku tersenyum dan raut dari wajahnya jelas menunjukkan kefahaman…

Saya menambah lagi.. “ Perjuangan yang hanya berasaskan semangat dan tidak diiringi dengan kefahaman yang jelas akan menyebabkan individu itu akan terkandas akibat rentak perjuangan yang tidak difahami dengan jelas dan terkandas di tengah perjuangan yang hampir ke klimaksnya.. Contohnya apabila seseorang itu berjaya melepasi sesuatu halangan/ ujian atau mehnah dan tribulasi yang mudah, ia akan berasa seronok di dalam perjuangan… Tetapi jika ia tidak mampu untuk melepasi ujian itu..Ia akan berasa bosan dengan perjuangan dan mulalah menyalahkan pihak lain termasuklah sanggup menyalahkan pimpinan sendiri…”

Adik-adik usrah mengangguk… Masih lagi diam sambil menunggu perkataanku seterusnya… “Semangat boleh dipupuk bila kefahaman sudah jelas… Bila berjuang dengan kefahaman, semangat itu akan hadir dengan sendirinya.. tetapi bila berjuang dengan semangat, kefahaman selalunya payah untuk disebatikan…Abang pun tidak pasti lagi adakah abang akan terus istiqamah dalam perjuangan ini.. Tetapi abang berharap dan berdoa kepada Allah, biarlah abang dan adik-adik akan terus istiqamah dan syahid dalam perjuangan ini.. InsyaAllah.." sambungku..

Saidina Ali pernah berkata :

“Kebenaran yang tidak tersusun akan dikalahkan oleh kebatilan yang tersusun..”

“Jadi apabila kita berjuang hanya dengan membuta tuli ataupun membabi buta kita akan dikalahkan oleh pihak musuh yang jelas tentang matlamat mereka untuk menghancurkan kita.. Mereka bersedia dengan strategi..tapi kita tidak bersedia dengan segala kelengkapan kita bahkan kefahaman kita pun masih pudar-pudar…Dan abang juga ingin berpesan kepada adik-adik yang jangan anggapkan semua ahli gerakan itu sempurna.. Jangan letakkan label yang tinggi kepada seseorang.. kita hendaklah lihat pada matlamat gerakan bukan individu.."


Abang ingin petik kata-kata murabbi kita :

“Dalam sesuatu gerakan ataupun jemaah jangan kita tengok pada individu, tapi tengok apa yang gerakan atau jemaah itu bawa.. Ibarat kita masuk dalam sesuatu kilang..Kita lihat di suatu sudut ada barang-barang yang tersusun rapi, dan di suatu sudut pula barang-barang berselerakan… Dan di suatu sudut pula, tiada apa-apa pun.. Begitulah juga dengan gerakan atau jemaah.. Ada antara ahli gerakan yang berkebolehan dalam semua bidang..Ada yang hanya pandai bercakap dan ada di antara mereka yang tidak membuat kerja jemaah pun tetapi mengaku diri sebagai ahli jemaah.. Hal ini mestilah difahami dengan jelas oleh semua ahli gerakan…”


“Ok.. Untuk yang terakhir ada soalan tak yang nak tanya abang?..Tanyaku.. Semua diam.. “Semua faham?..” Mereka mengangguk.. Kami akhiri usrah hari tu dengan tasbih kafarah dan surah Al-asr..

Sedikit perkongsian ilmu...

Sirru Ala Barakatillah…

Wallahualam..!

0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner