Dalam perjalanan ke tempat cafe, tiba-tiba Hikmah disapa oleh adik usrahnya.. "Assalamualaikum kak!", sapa Yusra pelajar tahun satu jurusan perubatan...
"Waalaikummussalam... Oo.. Yusra rupanya.. Akak ingatkan siapa la tadi... Adik nak ke mana ni?, kata Hikmah sambil memberikan senyuman kepada adik usrahnya itu..."Yusra baru habis kelas je kak.. Ni nak pergi ke cafe jap.. Lapar plak rasanya...", kata Yusra.. "Ooo.. kalau begitu jomla kita pergi sama-sama...",kata Hikmah mengajak Yusra...
"Erm.. kak, kenapa kaum hawa itu lemah kak? Dan adik juga selalu diejek apabila terlalu cepat menangis dan mudah sangat sensetif..", tanya Yusra...
"Allah jadikan kaum hawa itu dah sempurna adikku... Dan bukan kerana tangisan kaum hawa itu yang lemah tetapi di situlah kekuatan yang mampu meleburkan ego seorang lelaki... Menjadi izzah yang paling gah.. Bahkan lebih gah dari ego seorang lelaki.. Kerana sendu dan rayunya, Nabi Musa terselamat daripada kekejaman firaun...Wahai adikku, lembut itu bukan bererti lemah tetapi senjata...." kata Hikmah sambil tersenyum mendengar keluhan adiknya itu...
"Tapi kak, bukankah wanita itu fitnah dunia?" tanya Yusra bagi mendapatkan kepastian.."Adikku,... pernah tak adik mendengar Allah ada berfirman :
"Wahai lelaki-lelaki yang beriman, tundukkanlah pandanganmu dan tutuplah auratmu..."...
Cuba Yusra nilai pada siapa dulu Allah mendahului peringatannya... iaitu pada hambanya yang bergelar Ar-Rijal... kerana andai si lelaki menjaga pandangannya, maka tidak mungkin akan terlihat wanita yang menjadi fitnah pada dirinya... Dan Allah juga mengingatkan kita sebagai kaum hawa agar memelihara aurat kerana di situlah kehormatan seorang wanita.. Bukan fitnah semata-mata jika ar-rijal dan an-nisa sama-sama mematuhi perintah Allah itu... Sesungguhnya wanita beriman dan solehah itu adalah lebih baik daripada lelaki yang soleh...." kata Hikmah menjelaskan...
"Tapi kak, kenapa wanita itu menjadi peragaan? Tidakkah mereka merasa malu kak?, tanya Yusra lagi..."Adikku Yusra, Al-haya' iaitu sifat malu ada dalam setiap diri insan... Dan al-haya' itu ialah pakaian kita.. Pada wanita itu indahnya Al-haya' sebagai pembenteng diri.. Namun bila Al-haya' itu lebur, imannya runtuh.. Dan untuk soalan Yusra, kenapakah mereka merelakan diri mereka untuk jadi peragaan? Kerana sebenarnya mereka paranoid.. Mereka merasakan diri mereka belum cukup menarik.. Mereka sebenarnya kalah dari segi psikolgi... Namun adikku, wanita solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan murahan itu.. Wahai adikku, terdapat seribu satu penciptaan wanita.. Pandai-pandailah dirimu menilai antara permata dengan debu-debu kilaun pasir.. Adikku Yusra, jangan kamu berasa gusar andai tiada lelaki yang hadir memetik dirimu.. Dan janganlah engakau sekali-kali merendahkan dirimu.. Mengugurkan diri menyembah tanah.. Sedangkan engkau sebenarnya telah Allah jadikan begitu tinggi martabatmu...", jelas Hikmah lagi dengan penuh kasih sayang..
"Erm.. terima kasih kak... pesanan akak itu akan saya sematkan dalam diri ni... suka sangat dapat berbual dengan akak..", jelas hikmah sambil mendakap naqibahnya itu..
Kemudian mereka bersama-sama menikati makan tengah hari di cafe kampusnya...
Sirru Ala Barakatillah..Wallahualam..!
0 comments:
Post a Comment