Dah lama rasanya ku tidak menulis... Beberapa hari yang lepas ketika sedang melawati beberapa blog sahabat-sahabat, aku terkejut dengan berita yang dipaparkan di ruangan blog " Aku Sanggup Digantung jika dapat bunuh Nik Aziz ", tulisan yang dipetik dari seorang pemuda yang bernama Mohd Safuan Hilmi menerusi facebook nyer...
Dari beberapa hari lepas lagi ku cuba untuk luangkan masa untuk menulis pasal isu ini tapi hari ini baru ku dapat luangkan sedikit masa.. Tu la kata orang " telajak perahu boleh di undur, telajak FB kena saman...", peribahasa yang baru ku ciptakan tadi... Hehe... Berikutan dengan ugutan tersebut, ianya telah menimbulkan banyak kemarahan orang ramai terutamanya rakyat Kelantan kerana ugutan tersebut di ajukan kepada Menteri mereka selaku Mursidul Am Parti Islam Semalaysia....
Saman terhadap saudara safuan oleh DPP Pusat diketuai oleh Ust. Nasharuddin Tantawi
Orang yang disayangi, dianggap ulamak dan merupakan pimpinan tertinggi PAS, di ugut bunuh oleh seorang pemuda, bekas graduan Uitm tentu sahaja menimbulkan kemarahan orang ramai.. Sehingga kini, terdapat beberapa group di facebook yang diwujudkan untuk membantah ugutan dari saudara Safuan Hilmi kepada " Tok Guru "... Ingat kepada isu ini, mengingatkan aku kepada kisah sorang sahabat baginda yang bernama Umar kalau tidak salah ( bukan Umar Al khattab ), yang sebelum keislaman beliau, beliau di upah oleh Abu Jahal untuk membunuh baginda SAW... Dan diringkaskan cerita Umar pun pergi untuk membunuh banginda... Sampai depan baginda, si Umar terketar-ketar untuk melakukan pembunuhan itu sehinggalah Rasulullah datang dan menepuk bahu Umar.. Dan Rasulullah tahu kedatangan Umar pada hari itu adalah untuk membunuh baginda SAW...
Dan apabila Rasulullah pegang bahu Umar, tiba tiba Umar dapat merasakan sesuatu yang ajaib pada dirinya... Dia merasakan suatu perasaan yang sungguh tenang yang tidak pernah dirasakan sebelum ini ... Sementara itu, sahabat-sahabat lain termasuklah Umar Al khattab sudah bersiap sedia untuk membunuh Umar jika umar berani membunuh baginda.. Tetapi Rasulullah menenangkan sahabat-sahabatnya dan meminta agar sahabat-sahabatnya tidak membunuh Umar..
Dan diringkaskan lagi cerita, akhirnya Umar pun menyatakan keislamannya kepada Baginda SAW. Begitulah kehebatan Allah Taala menukarkan niat manusia yang pada awalnya mahu membunuh tetapi dengan ter"campaknya" hidayah Allah, maka manusia boleh berubah....
Sanggupkah pemuda itu membunuh seorang Ulamak? Rasanya tengok muka Tok Guru pun mungkin dia akan mengalirkan air mata... Inikan pula membunuh... Setiap orang ada kelebihan masing-masing, dan Tok Guru ada AURA yang tersendiri .... Tanyalah pada mereka yang betul-betul mengenali...Bukan aku mahu menyamakan Rasulullah dengan Tok guru... Tok guru adalah seorang ulamak yang tidak dapat dinafikan lagi amalannya.... Dan ianya diakui oleh semua orang yang betul-betul mengenali keperibadian Mursyid itu...
Bukankah ULAMAK itu PEWARIS NABI ?? Mudah-mudahan Allah mencampakkan hidayah kepada Saudara Safuan Hilmi agar dia sedar akan kesilapanya... Dan supaya dia meminta maaf kepada Tok Guru... Dan aku yakin Tok guru akan memaafkannya....
INsyaAllah...!
Siruu Ala Barakatillah..
Wassalam...
-puterajihad-
0 comments:
Post a Comment