Wednesday, November 25, 2009

Erti Pengorbanan..

Salam..

Alhamdulillah, hanya tinggal beberapa hari saja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidiladha ataupun juga digelar sebagai hari raya korban yang juga merupakan perayaan yang besar bagi seluruh umat Islam.. Ramai yang menyangka hari raya Aidiladha ialah hari yang orang islam dapat merasai pelbagai jenis masakan daripada daging korban yang diagih tanpa mengetahui dan menyelami cerita disebalik hari raya korban itu sendiri..

Alhamdulillah, jika masih ada orang yang masih memahami apa itu pengertian pengorbanan yang sebenar wanauzubillah bagi mereka yang masih tidak amik kisah tentang hal ini.. Saya teringat tentang satu firman Allah yang bermaksud.. :

" Wahai orang-orang yang beriman, maukah aku tunjukkan kepada kamu satu perniagaan yang mana dapat melepaskan diri kamu daripada azab yang pedih.. ? kamu beriman kepada Allah dan Rasulnya dan kamu berjuang pada jalanNya dengan harta dan diri kamu.. Itulah yang lebih baik bagimu,jika kamu mengetahuinya... "

(Surah As saf )

Ayat ini bermaksud pengorbanan yang dilakukan oleh orang terdahulu yang mana yakin akan janji-janji tuhannya.. Mereka sanggup berjuang pada jalan Allah dengan harta dan diri mereka tidak kira masa,tempat dan keadaaan sekalipun walaupun terpaksa merangkak.. Jika dibandingkan kita sekarang dengan zaman sahabat.. Alangkah malunya kita!

Kita yang hidup di dalam kemewahan ini pun tidak termampu, tetapi meraka walaupun dalam keadaan yang serba kekurangan sanggup membiarkan diri mereka susah demi mempertahankan agama yang suci ini.. Jika tidak kerana pengorbanan orang-orang terdahulu, kita tidak mampu mengecapi nikmat ISLAM seperti yang hari ini..

Seperti dalam satu hadis yang diceritakan oleh sahabat yang bermaksud :

" Ramai umat pada akhir zaman ibarat seperti buih-buih dilautan... Hanya bilangan sahaja ramai tetapi mereka tidak mempunyai ruh perjuangan ISLAM... "


Perkara ini amat mendukacitakan Rasulullah.. Minta-minta kita tidak tergolong dalam golongan orang yang disebutkan dalam hadis tersebut... Nauzubillah...

Kesimpulanya... Buat diri saya dan semua sahabat yang amat saya kasihi, jadikanlah hari raya aidiladha ini suatu ibadat bukan hanya hari bagi memuaskan nafsu perut.. Sama-sama kita saling mengingatkan antara satu sama lain.. Wallahualam...

Sedikit perkongsian bersama..

Siruu Ala Barakatillah...
Wassalam..

0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner