Tuesday, March 17, 2009

Abah, aku merinduimu..



Entah mengapa.. Tiba-tiba saja rasa hendak menulis pasal arwah abah...Sudah lebih 3 bulan abah meninggalkan kami... Rasa rindu bila mengenangkan arwah.... Hanya doa menjadi penghubung... Ingat lagi masa tahun lepas, cadang tak nak balik kampung masa hari raya haji hari tu... Tapi entah mengapa hati ini terasa tergerak untuk balik kampung walaupun tau yang duit tiket tak mencukupi...

Alhamdulillah, sempat juga aku berbual dengan arwah walaupun sekadar beberapa minit kerana aku tak mahu mengganggunya kerana arwah sakit.. Selepas dari itu, arwah terus tidak sedarkan diri selama beberapa hari.. Hinggalah pada hari pertama raya haji, arwah dikejarkan ke hospital. Sebelum nie, arwah ni memang susah sikit bila nak di pujuk ke hospital... Tapi hari itu, aku tekadkan juga bawa ke hospital kerana tidak tahan melihat penderitaan arwah... Bila sampai saja di hospital TM, arwah terus dikejarkan ke hospital KB kerana keadaan arwah tenat dan ketidak cukupan peralatan di hospital TM... Aku tidak pergi ke hospital KB pada hari tu kerana aku perlu menjaga adik-adik lain.. Cadang nak pergi esok pagi...

Pagi hari raya haji ke-2 : Pagi tu aku telefon ummi, banyak kali aku telefon, tapi tak pernah dapat... Hati ku rasa tak tenteram... Kira-kira jam 8.15 minit pagi, aku menerima panggilan telefon daripada datukku yang mana menyatakan abah sudah tiada beberapa minit yang lalu.. Aku jadi bisu.. Tak tau apa yang harus diperbuat.. Hanya air mata bercucuran... Aku tak tau bagaimana caranya nak bagi tahu adik-adikku... Tapi aku gagahkan hati ni juga untuk khabarkan kepada mereka...Suasana rumahku pada hari itu dipenuhi tangisan adik-adikku... Aku sebak melihat mereka menangis... Yang paling aku kesalkan ialah aku tiada disisinya saat dia menghembuskan nafas terakhir.. Terasa ingin memutarkan semula waktu kerana ku ingin disisinya.. Mengajarkannya kalimah syahadah.. Namun aku redha.. Aku sedar ini adalah ketentuan ILLAHI..

Allah telah berfirman : kullunafsin zaikatul maut...
"Tiap-tiap makhluk yang bernyawa pasti akan merasai mati "

Aku bersyukur kerana mempunyai sahabat-sahabat seperjuangan yang banyak mengambil berat tentangku dan banyak membantuku.. Budi antum semua hanya Allah dapat membalasnya.. Syukran jazilan khatira' ya akhi..

Sajak untuk ABAH...

ABAH..
Entah mengapa hati ini terasa amat merinduimu..
Terasa rindu pada kasihmu..
Ku ingin katakan yang ku amat menyayangimu..
Amat mengasihimu..
Dapatkah engkau mendengar?
Walaupun jasad mu jauh di alam abadi...
Tapi semangatmu tetap di hati ini...

ABAH..
Anakmu amat merinduimu..
Tidak sempat engkau melihat anakmu..
Menggapai kejayaan ..
Memburu impian..
Ku akan teruskan perjuangan..
Menggalas tanggungjawab seorang anak..
Walaupun tahu kau tiada di sisi..
Kerana ini hasrat murnimu..
Mahu melihat seorang yang bergelar anak..
Berjaya di dunia dan akhirat...

ABAH..
Anakmu meredhai permergianmu..
Meskipun hati ini tersa pilu..
Namun ini sunnah ILLAHI..
Setiap makhluk yang bernyawa pasti merasai mati..
Hanya doa yang mampu anakmu kirimkan..
Moga-moga anakmu ini menjadi anak yang soleh..
Harap bertemu di alam abadi..
Di Syurga Jannah yang tertinggi...


Hasil nukilan : Anakmu.. (M. Hasrul Hamimie B Abd Hadi)







3 comments:

sketsa sebuah perjuangan said...

Mimie,, sabar banyak banyak yer..

Ujian ini Tuhan akan gantikan dengan hikmahnya nanti.. Sekarang kita belum nampak lagi..

Mie tabahkanlah hati untuk jaga adik adik..

Ana cukup pilu dan hiba bila baca tulisanmu. Kerana apa? Kerana aku juga terbayang akan arwah ayahmu itu.

Aku hiba bila aku mengingatkan kembali sewaktu ayahmu membuai adik kecilmu di dalam buaian.

Waktu itu, ayahmu terdudk di atas kerusi roda.. Maafkan aku kerana mengingatkan kembali peristiwa ini.

Mie, janga bimbang.. sahabtmu tetap ada disini dan InsyaALlah akan sentiasa bersamamu hingga ke akhirnya

iNsAn KerDiL said...

salam...moga sentiasa tabah menghadapai hari2 mendatang...entri n sajak yang amat menyentuh kalbu nie.....

lailafillah said...

salam..sabarlah..redhalah..setiap yg hidup pasti akan kembali kepada penciptanya..doakan lah kebahgiaan ayah diisana..

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner