Tuesday, October 27, 2009

Tahi Yang Bercampur Air Kencing.


Seseorang dibawa ke tandas. Lalu kepalanya dimasukkan ke dalam tandas dan diflash. Apabila diangkat kepalanya, penuh dengan kekotoran dan bau busuk yang amat. Rupanya kelihatan buruk sekali dan baunya bengit. Saya menutup hidung.

Busuknya busuk sekali. Kemudian seorang yang lain dibaringkan dan tangannya diikat. Kakinya dirantai. Lalu seorang yang berupa bengis menuangkan air panas lalu dituangkan ke dalam matanya. Menggelepar ia. Matanya hancur menahan panas air. Ia meronta-ronta cuba membebaskan diri namun tangannya diikat kuat.

Lalu seseorang yang lain dibawa ke tengah-tengah khalayak. Ia dibentak dan diterajang. Terdengar suara berkata, “Bawalah Abu Jahal itu ke tengah-tengah khalayak. Tuangkan air panas ke atas kepalanya.”

“Guru, saya seorang pencinta maksiat. Layakkah saya menginap syurga yang indah?” Guru terdiam. Seorang pencinta maksiat mahu masuk ke syurga? “Anakku, syurga hanya tempat orang yang mencintai akhirat dan takutkan azab seksa.”

Seorang murabbi yang bergelumang dalam tarbiah. Ia boleh masuk ke neraka apabila ia berasa kagum dengan kejayaannya. Kata guru, “Kamu sebagai murabbi, sebelah kakimu dalam neraka dan sebelah kakimu di syurga. Namun peluang kamu ke neraka lebih luas kerana kamu terdedah dengan rasa sombong dan ujub. Seorang yang bertaubat boleh terdedah kepada dosa.


Kata guru, “Dalam bertaubat, mengingati dosa yang kamu lakukan, air mata yang mengalir, tiba-tiba kamu terasa nikmat dosa.” Saya kurang memahami, bahkan tidak memahami. Guru menjelaskan, “Kamu teringatkan dosa, lalu kamu terasa nikmatnya dan indahnya dosa itu. Lalu Iblis mencampakkan rasa cinta kepada maksiat lalu taubatmu tidak berguna.”



“Apa tujuan kamu?” Saya bertanyakan adik-adik usrah saya. “Apa tujuan kamu melakukan program PMI?” Adik-adik usrah saya menjawab, “Kami melakukan program untuk melonjakkan nama PMI dan menjayakan misi kepimpinan.”


Saya menggeleng-geleng kepala.
“Alangkah rendahnya impian kamu, adik-adikku. Sepatutnya tujuan kamu melaksanakan program adalah kerana kamu ingin mengajak yang lain mencintai syurga dan merinduinya.” Kawan saya seorang motivator berjumpa saya. Saya bertanya, “Apa tujuan anta membuat program motivasi?”


Ia menjawab, “Meningkatkan kekuatan emosi dan memberikan keyakinan.”
Saya turut menggeleng-geleng kepala. Impiannya juga rendah. “Akhi, sepatutnya program motivasi dibuat agar dirinya semakin bersemangat untuk melakukan amal ibadah dan berasa benci dengan kegiatan dosa.” Ramai yang bercinta. Namun tidak meletakkan matlamat yang tinggi dalam bercinta. Cinta mereka hanyalah, agar dapat mereka membina rumah tangga yang bahagia.


Sedangkan saya ingin berpesan kepada semua, “Bercinta adalah untuk memastikan pasangan kamu bersedia dengan bekal Iman yang tinggi dan bersedia untuk berkahwin dengan akhirat sebelum berkahwin dengan kamu.”



Maka pasangan yang bercinta itu, jika mereka berkahwin dengan akhirat, maka mereka bertambah seronok bertahajud. Mereka akan tambah gembiar membaca al-Quran. Mereka akan tambah ghairah berzikir kepada Allah.
Maka hantaran kahwin mereka adalah zikir kepada Allah. Bukan hantaran mereka mashaf al-Quran, tetapi mereka sendiri adalah al-Quran. Orang yang menghadiahkan al-Quran, mereka hanya memberikan mashaf namun ramai yang tidak berusaha menjadikan dirinya al-Quran yang bergerak.

Seorang naqib yang berjaya, setiap kali kakinya melangkah ke usrah, ia akan berdoa dan berdialog dalam diri, “Ya Allah, aku melaksanakan usrah agar kami akan bertambah cinta kepada-Mu ya Allah.” Cinta kepada perjuangan adalah konsep yang sempit. Ini kerana ramai yang cinta dengan perjuangan tetapi bibirnya malas sekali berzikir. Hatinya gelap daripada bertafakur. Ia hanya cinta kepada perjuangan bukannya Tuhan kepada perjuangan.
Lalu apabila saya berhadapan dengan masalah, saya ada pesan kepada diri saya.


Saya sebutkan kepada rakan seusrah, “Jika saya berhadapan dengan masalah, saya tau bahawa itu bermakna saya bermasalah dengan Allah.”
Orang yang bermasalah dengan Allah, akan bermasalah dengan manusia. “Kenapa begitu Bang Zul?” Adik saya bertanya.


“Ini kerana Allah benci kepada pelaku maksiat. Maka seluruh makhluk akan turut membencinya.”


Tahi yang bercampur dengan air kencing. Itulah hidangan ahli neraka..



Sirru Ala Barakatillah..

Wassalam..

( copyringht from dzulkhairi.blogspot.com )

0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner