Sunday, June 10, 2012

Pendidikan percuma.. Mustahilkah ???



Salam perjuangan....

Kembali lagi walaupun sudah lama rasanya aku tidak membuat coretan di sini... Kehidupan sebagai mahasiswa mengekang masa untuk aku meluangkan masa dalam penulisan blog ini... Bahkan dengan laman-laman sosial yang lain seperti FB juga menjadi faktor utama aku tidak menulis... Akses yang lebih mudah kepada FB membuat kan ramai pengguna laman sosial lebih senang mengunjungi FB berbanding blog-blog...
Isu PTPTN  ini dah ramai yang tahu, cuma untuk melaksanakan itu kita berkebolehan atau tidak... itu persoalan pokoknya.. Di dunia ini terdapat beberapa negara yang memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya sebagai contoh Finland, yang merupakan negara yang paling baik sektor pendidikannya di dunia... Meskipun tidak mempunyai sumber MINYAK seperti Malaysia... namun negara itu komited mahu memberikan pendidikan percuma kepada rakyatnya...

Baru-baru ini juga berlangsungnya debat antara saudara Khairi Jamaludin dengan Saudara Rafizi Ramli.. Kedua-dua dari mereka mempunyai personaliti dan latar belakang yang hebat... Kepada mereka yang mengikuti debat itu, moga boleh membuatkan pemilihan yang terbaik. Syabas kedua-dua ahli debat... Rasanya masing-masing boleh membuat kesimpulan. Namun bagiku, persoalan yang sering bermain di kepala ini, jika PTPTN di teruskan hingga ke beberapa tahun yang akan datang, beban hutang rakyat juga akan terus meningkat... Selepas seseorang mahasiswa tersebut tamat belajar, mereka belum tentu lagi akan memperolehi pekerjaan, namun sudah dibebankan dengan hutang-hutang ketika belajar.... Mungkin ini salah satu faktor kenapa ada sebahagian besar mahasiswa yang memilih untuk kahwin pada umur yang agak lewat.. Mungkin mengalami masalah kewangan yang patut di selesaikan ... itu tidak termasuk lagi bayaran untuk kereta, rumah dan sara hidup yang lain... 

Di Malaysia ini, kita antara negara yang paling beruntung kerana kita ada hasil minyak yang banyak... Kita ada syarikat PETRONAS yang menguruskan hasil minyak di malaysia ini... Aku tertarik dengan cara pembayaran hutang PTPTN yang di bentang oleh saudara rafizi mengenai hutang PTPTN yang dinggarkan 24.7 Billion itu... Iaitu dengan menggunakan hasil minyak negara sebanyak 2 atau 2.5 billion setiap tahun... dan ia akan mengambil masa selama lebih kurang 10 ke 20 tahun... Aku rasa negara yang mempunyai hasil minyak yang banyak seperti Malaysia mampu untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat Malaysia yang layak jika kroni-kroni tidak melahap hasil PETRONAS ini... Jika mereka mahu, boleh saja mereka nak laksanakan, tetapi ada kepentingan untuk memenuhi perut kroni, rakyat di tolakkan ke tepi.. Sebab itulah kita boleh lihat lambakkan IPTS hari ini... 

Isu ini terus sampai kemuncak dengan pembekuan UNISEL dan KUIS yang di bawah kelolaan negeri SELANGOR yang di bawah pentadbiran PR... Dengan pembekuan ini, kerajaan seolah-olah menggali kubur sendiri dan mengundang seluruh kemarahan mahasiswa... UNISEL dan KUIS dijadikan sebagai 'ujikaji' untuk PR dalam memberikan pendidikan percuma kepada rakyat.. Mereka seolah-olah tidak faham akan konsep 'Federalism' atau buat-buat tidak faham... Bahkan mereka menjadikan PTPTN sebagai agen UMNO dalam misi membalas dendam kepada kerajaan PR... ini menunjukkan ketidakmatangan dari menteri-menteri mereka... 

Sehinggalah keluar kenyataan dari MB Khalid, untuk siap mencairkan aset selangor demi membantu pelajar-pelajar yang teraniaya tersebut bagi meyambung pelajaran, barulah mereka mula gelabah dan menarik balik pembekuan tersebut... Jika MB Khalid benar-benar berjaya mencairkan aset dan betul-betul dapat membantu pelajar tersebut, aku percaya UMNO akan terus terkubur dalam PRU 13 yang akan datang... Hal ini sama jugak isu air percuma ketika PRU 12 dulu... Kerajaan selangor benar-benar memberikan air percuma kepada rakyat selangor... 

Untuk yang terakhir, persoalan sama ada boleh atau tidak pendidikan percuma ini sebenarnya bergantung kepada kemahuan kerajaan sama ada mahu melaksankan atau tidak... Jika mereka komited untuk melaksanakan, itulah yang menjadi pilihan kita... Jika tidak mahu, dan ingin membebankan rakyat dengan hutang lagi, jika anda mahu memilih jugak jalan tu, dipersilakan... Namun bagi ku revolusi kepada yang lebih baik itu paling sesuai buat zaman sekarang... 

Berubahlah kepada kerajaan yang lebih baik dan amanah dalam menguruskan harta rakyat... !!!

Sirru Ala Barakatiilah..
Wasalam... :) 

Saturday, December 10, 2011

6 aktivis SMM ditahan di Speakers Corner UiTM

SHAH ALAM, 9 Dis: Enam aktivis mahasiswa ditahan polis bantuan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam malam tadi ketika mereka sedang mengadakan sesi penerangan di Speakers Corner di kampus itu.

Program yang pada mulanya aman tiba-tiba bertukar kecoh apabila berlaku provokasi melampau oleh mahasiswa pro-aspirasi sehingga memaksa polis bantuan kampus itu campur tangan dan menahan keenam-enam aktivis mahasiswa itu.

Kesemua yang ditahan adalah dua dari UiTM, dua dari Universiti Malaya (UM) dan dua orang lagi masing-masing dari Universiti Industri Selangor (Unisel) dan Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis).

Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Razab yang juga salah seorang yang ditahan berkata, kesemua mereka ditahan kira-kira jam 9.30 malam dan dibawa ke pejabat polis bantuan di UiTM Shah Alam.

Katanya, alasan penahanan mereka adalah kerana masuk ke kampus itu tanpa kebenaran, manakala dua pelajar UiTM itu pula ditahan kerana menyertai Speaker Corner yang tidak mendapat kelulusan pihak universiti.

"Bagi saya tindakan UiTM keterlaluan dan sangat terkebelakang berbanding kampus-kampus lain.

"UiTM juga tidak seiring dengan keterbukaan kerajaan yang mahu memberi kebebasan kepada mahasiswa," katanya.

Menurutnya lagi, kesemua yang ditahan kemudian dibebaskan kira-kira sejam kemudian selepas melalui soal siasat biasa.

Mereka juga diberi amaran agar tidak meneruskan program itu dan diiring keluar dari kampus tersebut sejurus selesai soal siasat tersebut.


Sumber : harakahdaily


Sirru Ala Barakatillah..

Wassalam...


Thursday, December 1, 2011

DITAHAN POLIS... YES.. AKHIRNYA AKU MERASAINYA..



Salam Perjuangan...

Alhamdulillah... Allah mengizinkan untuk update lagi blog ini... (^__^)...


Isnin lepas.... Aku menerima mesej yang mana mengarahkan supaya kami, boleh dikatakan sebagai satu-satunya wakil persatuanan islam di Universiti tersebut bagi mengadakan unit HISBAH... Unit HISBAH ni kira macam salah satu skuad yang mana mereka ni bergerak secara kumpulan yang mana terdiri daripada lelaki dan wanita.

Skuad ini akan bergerak untuk mengedarkan risalah yang berkaitan dengan islam dan isu sekitar mahasiswa kampus... Kebanyakkan risalah kami adalah mengenai isu HARAMNYA couple dan MENUTUP AURAT....

Dalam pukul 9 malam, lebih kurang la... Aku sampai ke dataran perhimpunan tu... Aku lihat yang muslimin tidak berapa ramai... Yang lain hanya adik2 dan ahli persatuan... Presiden persatuan pada malam tu ada kelas, dan ramai exco2 lain tak dapat turun... Erm, oleh kerana aku merupakan salah satu EXCO dalam persatuan tu, terpaksalah aku amik alih untuk memimpin skuad tersebut pada malam tu...

Memang menjadi tradisi kami, kami akan menyuntik kata2 semangat daripada ucapan sahabat2, yang bertujuan untuk memberi motivasi kepada kami sebelum bergerak.. Selepas beberapa ketika ucapan pendahuluan, dan ketika membaca doa penutup, datang seorang yang tidak dikenali ingin bercakap denganku... Aku memberikan isyarat sapaya biar doa dihabiskan... dia mengangguk...


Setelah habis doa di baca, dia kemudia meluru ke arah ku dan meminta surat kelulusan program.. Aku memberikan surat kelulusan budget daripada HEP, tapi dia tidak menerima surat itu dan mengatakan itu bukan surat kelulusan program...


Setelah agak dalam 15 minit bersoal jawab dengan dia ( rupanya polis bantuan.. ) tiba2 datang lagi 1 orang laki yang berpangkat Sarjan Mejar dan seorang wanita yang kedua2 mereka juga merupakan polis bantuan... Kemudian mereka menyuruh kami yang berada di situ ke balai polis dalaman kampus tersebut... Oleh kerana bilangan kami agak ramai, hanya wakil sahaja yang ikut ke balai polis.... Seramai 4 orang muslimin dan 2 muslimat.....


Dibalai, ic kami diambil, dan keterangan juga di ambil..... Sesi "brain wash" berlaku.... hahaha~



P/s : Cuma yang paling aku x suka ayat pada malam tu polis tu cakap, " Korang sume ni dah la yang pompuan pakai macam nie ( berjubah labuh ) , yang laki nasib baik x pakai kopiah dan serban.... Orang sume akan pikir negetif kat korang bila tengok korang pakai macam nie.... "


Masa tu menyirap betul aku dengar.... Kalau pakai skirt, x pakai tudung , pakai seluar pendek x de lah plak diaorang gi tahan orang tu.. kami yang tutup aurat nie dipandang negetif... Orang yang dedah aurat dipandang sebagai fesyen terkini.... Hmmm............

Tapi AKU BANGGA... ditahan POLIS ketika menyampaikan, apa itu ISLAM.. (^________^)


Benarlah sabda Rasulullah : Islam itu datang dengan asing dan akan pergi dengan asing juga.... Beruntunglah orang-orang yang asing itu.... (kiamat dah nak dekat ).....


Nak gi wat assingment....
Sekian sedikit perkongsian...
Sirru Ala Barakatillah...
Wassalam... (^_^)



Sunday, October 23, 2011

P.E.N.A.T




Salam perjuangan......


Alhamdulillah... Tiba-tiba hari ini , Allah berikan kembali kepadaku kekuatan untuk menulis.... Sudah lama jari-jari ini tidak menekan 'key board' bagi mengisi ruangan blog ini.... Aku rindu... apakan daya, kecenderungan kepada Facebook lebih menguasai.....



Penat , letih, bosan dan malas mula menguasai diri sejak akhir-akhir ini... Tapi bila ku fikirkan kembali, keletihan dan kepenatan ini mungkin tidak sampai 1% dari kepenatan orang-orang terdahulu dalam menyampaikan dakwah dan meninggikan agama islam... Termasuklah MENTOR yang paling agung bagiku dan seluruh umat manusia, Nabi Muhammad saw. Apalah sangat jika nak dibandingkan... Aku betul-betul malu.....


Hari ini, bila bersama sang murabbi yang sangat aku thiqah, ku dapat melihat kepenatan di wajahnya , namun tak dizahirkannya... hatiku benar2 tersentuh.... dilahirkan penat itu dengan senyuman walaupun ku tahu , bukan mudah untuk memaniskan muka bila dalam keadaan penat, namun dia ........... Allah..! tak tahu nak aku ungkapkan lagi..... Itulah hebatnya USTAZ RIDUAN MD. NOR ..!!



Masih ku ingat, salah satu kata2 yang pernah ku terkesan dengannya , "Dunia akan sepi tanpa PEMUDA" ...... Itulah katanya.... Disebalik kata tersebut tersimpan seribu makna, tersirat seribu pengharapan, terpendam seribu impian.... yang mana ingin melihat golongan pemuda , yang menjadi pelopor serta tunjang kepada sesebuah Jemaah... Berada di barisan hadapan, dalam mendidik dan mentarbiyah masyarat... Dalam menyatakan pendirian dan prinsip.... Dalam keberanian menyatakan kebenaran .. Dalam pendirian melawan kemungkaran... Aku betul-betul malu dengan beliau... Yang lebih tua, padahal aku tergolongan dalam kelompok pemuda, tapi tidak mempunyai cita-cita dan semangat seperti beliau.....


Ya Allah malunya aku..!!




YA ALLAH....

Aku pohon kepadamu...
Jadikanlah kepenatanku ini sebagai kekuatan..

Bukan kelemahan dalam menyampaikan risalahmu..
Di muka bumi ini.....
Yang penuh dengan halangan...
Sarat dengan ujian...
Padat dengan mehnah dan tribulasi.....
Agar dapat ku harungi dengan tenang....



YA ALLAH...

Saksikan lah kepenatan kami pada hari ini....

Mudah-mudah dengan penatnya kami pada hari ini..

Akan menjadi modal kesenangan...

Pada hari yang mendatang.....


YA ALLAH SAKSIKANLAH....!


AMIN YA ALLAH....


Sirru Ala Barakatillah...

Wassalam...


Monday, August 8, 2011

Puasa lagi..

SELAMAT BERPUASA...


Mudah-mudahan dengan adanya bulan puasa, maka seluruh anggota tubuh badan kita juga turut BERPUASA.....~

(^_^)

Wednesday, January 12, 2011

Melodi Bersama - tribute buat adikku...

Duhai kekanda usah membisu
Mengapakah bersedih
Duhai kekanda ku rasa sayu
Mengapa kau begitu
Dinihari petang menanti
Ku kesepian

Duhai adik kau tak mengerti
Mengapa ku begini
Kukenangkan kisah silam
Memori indah bersama
Apakah saat itu mungkin berulang
Ku harap saat itu akan berulang

Kiasan hidup ibarat roda
Kekadang di atas di bawah di atas semula
Redha dan syukur apa kehendak-Nya
Itulah tanda kasih sayang kita

Tutur katamu itu penuh bermakna
Kini hilanglah kerinduan di jiwa
Wahai kekanda tenangnya di hatiku
Melihat wajahmu kembali ceria

Politik itu siasah…

Salam perjuangan….

Alhamdulillah… Selesai sudah segala urusan program AGM kali ke 16 ini… Walaupun amat penat namun banyak input yang dapat diambil serta diperolehi pada sidang kali ini. Diharap dengan kepimpinan yang baru dilantik akan memperkasakan lagi sruktur organisasi “syarikat” yang telah sedia ada…

Erm… sebenarnya saya bukan hendak berbicara mengenai AGM ini… Tetapi hendak bercakap mengenai politik… Ramai di antara teman-teman kampus yang tidak faham apa itu POLITIK… Bahkan yang lebih parah dan malang lagi dengan menganggap politik itu adalah sesuatu yang kotor… Perumpaan seperti ini adalah tidak ubah dengan menyamakannya sebagai najis… Nauzubillah…

Dan tidak hebatnya juga di antara teman-teman ada yang mengatakan bahawa politik itu adalah sesuatu yang bidaah… Iaitu sesuatu benda yang baru dan direka oleh barat dengan bertujuan untuk memalingkan umat islam dari ajaran dan syariat yang sebenar sebagaimana yang telah digariskan dalam al quran dan hadis. Kalau kita semak dan menyingkap balik tirai sirah perjuangan baginda Rasulullah, maka kita tidak berani dan tidak akan berkata begitu…

Baik… Kenapa saya berkata begitu ? Ini kerana Rasulullah adalah seorang pemimpin yang hebat, suami yang cemerlang dan ayah yang gemilang… Bahkan dialah contoh yang paling sempurna yang pernah di utuskan oleh Allah swt.. Ok… First, sekali mari kita semak maksud politik terlebih dahulu.. Menurut kamus dewan bahasa, politik membawa 3 makdud :

1. Ilmu yang digunakan oleh pemerintah dan cara-cara memerintah sesebuah kerajaan…

2. Segala sesuatu berkenaan pemerintah sesebuah negara atau hubungannya dengan negara lain.

3. Kelicikan, muslihat, tipu muslihat.

Sekiranya ketiga-tiga maksud ini digabungkan dapatlah kita membuat satu kesimpulan dengan mengatakan bahawa POLITIK adalah "Satu cabang dari cabang-cabang ilmu pengetahuan berkenaan dasar-dasar pemerintahan sesebuah negara meliputi hubungan dalam dan luar negara berdasarkan pengalaman, gaya tadbir, kelicikan, dan tipu muslihat".

Erm… dan boleh di simpulkan lagi, POLITIK ialah SIASAH… Dan siasah adalah kalimah dalam bahasa Arab yang merujuk kepada politik.. Erm… Jadi politik itu siasah dan siasah adalah politik… OK… berbalik kita kembali pada junjungan besar kita, Rasulullah… Beliau adalah insan yang cukup-cukup bersiasah… Hal ini sememangnya dapat dibuktikan dan tidak dapat disangkalkan lagi… Tidak perlu saya bercerita lanjut, sebab sahabat-sahabat lebih arif daripada saya.. Erm, ini juga bermaksud Rasulullah itu berpolitik… Lihat lagi sejarah bagaimana pembentukan pertama piagam madinah.. Tanzim dibentuk dan undang-undang islam di gubal…. Pemimpin setiap daerah dan gabenor di lantik… Negara islam pertama di bina… Memang demokrasi pada masa itu tidak wujud… Yang ada adalah majlis syura antara sahabat-sahabat dengan Rasulullah… Tetapi ini tidak bermakna demokrasi tidak boleh digunakan dalam mencapai kemenangan demi memartabatkan ISLAM… Bahkan dalam sejarah, nabi pernah menggunakan salah satu sistem masyarakat Arab jahiliah yang seperti sistem “jaminan keselamatan”… Peristiwa ini terjadi masa orang-orang kafir quraisy hendak membunuh nabi, tetapi beliau pergi meminta pertolongan dengan seorang yang berpengaruh dari kabilah arab pada masa itu… Dan orang itu menjamin keselamatan Rasulullah… Jadi, jika sesuatu sistem yang baik dan tidak bercanggah dengan hukum islam, maka ia dibolehkan.. Apatah lagi demi membentuk Negara Islam… Dan jika Negara islam sudah wujud, maka bolehlah kita menukarkan daripada kaedah demokrasi kepada syura…. Dan itu yang sepatutnya… Masalah sekarang , Negara islam itu tidak wujud, jadi amatlah susah bagi kita hendak menjalankan sistem dan undang-undang islam… Wujudkankan dulu Negara ISLAM.. !

Erm, jadi dapat saya simpulkan di sini , politik bukan sesuatu yang kotor… Bahkan kepada sahabat-sahabat yang mengatakan bahawa politik itu ialah najis adalah sesuatu yang teramat-amat salah…. Dan kentaan itu tertolak dengan sendiri…. Wallahualam…

Sedikit perkongsian…

Sirru ala Barakatillah…

Wassalam….

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner