Wednesday, April 29, 2009

MELAYU YANG LAYU


Sejak mukthahir ini, saya melihat golongan melayu berada dalam keadaan yang amat parah sekali.. Entahlah apa puncanya yang menyebabkan demikian.. Bukan saya hendak merendah-randahkan kaum melayu.. Saya juga berbangsa
melayu dan saya bangga dilahirkan Melayu tetapi apalah sangat jika dibandingkan yang lebih besar nikmatnya dari yang dilahirkan sebagai ISLAM...

ALLAH tidak akan tanya kita sama ada kita melayu, arab, siam , jawa atau sebagainya.. Tapi apa yang Allah tanya ialah IMAN k
ita sebagai seorang yang mengaku bergelar ISLAM... Melayu sekarang ni tidak semacam yang di amalkan seperti zaman datuk nenak moyang kita dahulu.. Ke mana hilangnya adab melayu..? Ke mana perginya sopan santun anak-anak gadis orang melayu..? Ke mana ghaibnya ramah sebagai seorang yang bergelar melayu..?

Dan untuk isu yang terbaru... Bahasa Melayu pun dalam proses akan menjadi bukan lagi bahasa yang rasmi di Malaysia yang selama ini menjadi tonggak orang-orang melayu di bumi Malaysia... Bahasa melayu akan menerima nasib yang sama seperti bahasa jawi yang satu ketika dahulu terkenal di semenanjung tanah melayu lebih-lebih lagi pada pemerintahan kerajaan melaka tetapi dihapuskan penggunaannya oleh kaum melayu itu sendiri.. Mungkin itulah nasib yang akan menimpa Bahasa Melayu pada masa akan datang... Bukankah kita selalu menyebut "BAHASA MELAMBANGKAN BANGSA " ... Jadi.. ke mana hilangnya slogan itu...?

Dulu Ayahanda Han
g Tuah ada menyebut : " TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA.." Tapi sekarang saya rasa perkataan itu sudah tidak releven lagi digunakan.. Dan mungkin perlu ditukar... " BANGSA MELAYU HAMPIR PUPUS DI DUNIA.." Ini bukanlah merujuk keoada bilangan bangsa melayu.. Dan adalah mustahil untuk pupuskan bangsa melayu di dunia tapi pupus bangsa melayu di sini bermaksud mereka yang menghayati melayu akan pupus di dunia.. Dan selalunya apabila seseorang itu berbangsa melayu secara automatiknya mereka adalah ISLAM... Tetapi sekarang ini tidak lagi... Betullah kata iklan TV3 tu..., "DUNIA SUDAH BERUBAH"...

Anak-anak melayu sekarang pun kebanyakkan daripada mereka dah rosak akhlaknya.. Semuanya di manopoli oleh melayu.. Saya cukup-cukup sedih melihat anak bangsa sendiri yang dirosakkan oleh perancangan jahat kaum YAHUDI LAKNATULLAH.. Daripada yang jadi Mat Dadah, Minah Dedah, Mat Rempit, Minah Rempit, Bohsia, Bohjan, Pelacuran dan lain-lain yang amat sebak untuk disebutkan.. Semuanya, carta yang di ungguli oleh kaum melayu... Alangkah sedihnya generasi kita sekarang ini... Jadi semua pihak haruslah memainkan peranan bagi memastikan belia melayu tidak akan terus di jajah pemikiran mereka... Kita yang mengaku bergelar Daie ini haruslah menjadi penawar bagi mengatasi gejala anak-anak melayu yang semakin parah ini...
INSYAALAH..
.

Antara Filem Melayu yang negetif dan menyumbang kepada faktor-faktor rosaknya anak muda melayu pada generasi sekarang....



"PERJU
ANGAN KITA BUKAN BERASASKAN KEBANGSAAN TETAPI ISLAM, BANGSA MELAYU HANYALAH ALAT UNTUK MEMASTIKAN ISLAM TERUS TERLAKSANA DI BUMI MALAYSIA..."

Sirru Ala Barakatillah...

Waallahualam...!!



JOM BERMUKTAMAR..





















JIKA ADA KELAPANGAN SEMUA PEMUDA DI JEMPUT HADIR...
BERSAMA-SAMALAH KITA MEMERIAHKANNYA...


PESAN UNTUK ADIK-ADIK : BUKAN KUANTITI TAPI KUALITI

Ψ§Ω„Ψ³Ω„Ψ§Ω… ΨΉΩ„ΩŠΩƒΩ… ΩˆΨ±Ψ­Ω…Ψ© Ψ§Ω„Ω„Ω‡ ΩˆΨ¨Ψ±ΩƒΨ§ΨͺΩ‡

Alhamdulillah ALLAH masih lagi berikan ruang untuk saya menulis...

Baru-baru ini, saya dipertanggungjawabkan untuk 'menghandle' satu program Tarbiyyah bersama beberapa orang sahabat dan salbiah.. Alhamdulillah, ALLAH mengizinkan program itu bergerak lancar dan untuk masalah yang sedikit saya rasa telah menjadi adat dan saya anggapkan tiada masalah yang kritkal...

Alhamdulillah juga..
Perkadiran untuk kali ini walaupun tidak seramai yang diharapkan tetapi generasi pelapis seperti inilah yang kami harapkan dan akan mewarisi dakwah di bumi kampus suatu masa nanti.. Generasi inilah yang akan menggantikan abang-abang dalam menyampaikan islam dan dakwah serta menjadi pemimpin kepada semua mahasiswa di kampus.. Yang akan menjadi penggerak dan tunjang dalam usaha menyampaikan kebenaran ISLAM di bumi kampus.. InsyaALLAH.. Saya dan beberapa sahabat akan meninggalkan dunia kampus dalam masa beberapa bulan lagi..

Dan segala ilmu yang diperolehi dikampus akan digunakan di luar kampus nanti.. Dan kami akan terjun ke medan dakwah yang sebenar apabila berhadapan dengan masyarakat nanti... Saya berharap segala ujian kami akan lalui dan tempuhi dengan sabar dan disaat inilah perlunya sahabat-sahabat sebagai penunjuk kami dalam melalui jalan yang sememangnya penuh onak dan liku...

Saya masih ingat lagi kata-kata seorang murabbi semasa usrah minggu lepas, :

" Kamu sekarang ini berada di suatu jalan yang gelap dan kamu sememangnya tahu ke mana arah tuju kamu.. Jalan sudah tersedia.. Dan yang tinggal hanya kamu untuk melaluinya.. Lampu-lampu jalan sebagai penyuluh bagi kamu.. Dan sahabat-sahabat kamu sebagai teman bagi kamu.. Apabila ada diantara salah seorang dari kamu yang ingin melencong ke tempat lain atau tersesat ke tempat lain maka sahabat yang lain akan cepat-cepat menarik tangan kamu.. Dan kalau di antara salah seorang kamu yang jatuh.. maka cepat-cepat sahabat yang lain akan cuba untuk mengangkat kamu kembali.. Dan akan sama-sama berjalan dan berjalan sehingga sama-sama sampai ke destinasi yang dituju..."


Inilah peranannya seorang sahabat... Sahabat yang baik tidak akan mengata di belakang dan jika ternampak sahabatnya ada membuat kesalahan cepat-cepat dia menegur dengan teguran yang tidak menyakitkan hati sahabatnya...

Dan untuk adik-adik.. Teruskanlah perjuagan kita.. Pastikan ISLAM terlaksana.. Kalau tidak secara semua cukuplah untuk ruang lingkup kita sebagai mahasiswa.. Pastikan ISLAM terlaksana di bumi kita.. Ingat kita bukan generasi yang memulakan dakwah.. Dan kita juga bukan generasi yang akan mengakhiri usaha dakwah tetapi kita ini generasi penyambung kepada mata rantai perjuagan dakwah ini yang telah dimulakan oleh Rasul-rasul terdahulu dan disambung kepada generasi sahabat-sahabat baginda sehinggalah sampai kepada generasi kita sekarang ini...

Dan pesan abang lagi.. Jangan biarkan sebab kita, usaha dakwah terhenti.. Jangan sebabkan kita maka akan mengancam kepada gerakan kita.. Jangan sebabkan kita.. Musuh-musuh memandang rendah atau memperlekehkan kita.. Dan jangan sebabkan kita, fitnah tersebar luas termasuk kepada gerakan kita...

Apa yang abang harapkan adalah kualiti bukan kuantiti.. Yang di ukur ialah kualiti bukan kuantiti... Namun bukan abang menidakkan kuantiti.. Kuantiti juga perlu tapi kualiti melebihi keperluannya dari kuantiti... Dan selepas ini, kamu akan di uji dan terus di uji.. Dan ujian ALLAH senantisa berjalan seiring dengan langkah kita sebagai seorang yang mengaku daie... " Takkan ada kesenangan dalam berdakwah".. Yang namanya senang tidak dipanggil dakwah.. Dan itulah yang perlukan kepada PENGORBANAN... Dan inilah juga yang akan menentukan kualiti kamu..

Kembali kita ke sirah perjuagan Rasulullah.. Kita tahu yang masa peringkat permulaan islam sahabat-sahabat baginda di siksa dengan begitu kejam oleh kaum kafir tetapi mereka tetap bersabar... Dan kalaulah difikirkan secara logik, kalaulah pada masa itu Rasulullah berdoa memohon kepada Allah agar dibinasakan kaum yang telah menyiksa umat islam pada masa itu.. Tentu mudah saja bagi ALLAH untuk melaksanakannya.. Tetapi kenapa ALLAH tidak mendatangkan terus pertolongannya..

Ini adalah kerana ALLAH mahu menilai adakah layak mereka-mereka ini untuk berjuang di jalanNYA dan mahu menilai KUALITI IMAN sahabat baginda serta membersihkan saf-saf kepimpinan yang bakal mengegarkan dunia islam pada masa itu...Sehinggalah lahirnya nama-nama besar pada masa itu antaranya perempuan pertama yang syahid SUMAYYAH dan BILAL BIN RABBAH...Itulah kualiti yang abang maksudkan...

Dan yang terakhir.. Semoga ini merupakah langkah pertama kita dalam menuju ke medan dakwah yang sebenar.. Abang berpesan pada diri abang sendiri dan kalian semua, mudah-mudahan kita akan terus istiqamah dan terus diberikan peluang oleh ALLAH bagi menjadi pembela agamaNYA.. InsyaALLAH... Banyak lagi ujian yang bakal kita tempuhi yang akan berjalan setiap masa dan inilah yang menjadi asam garam kepada seorang yang mengaku DAIE...

Sirru Ala Barakatillah...
Waallahualam...!!

Tuesday, April 28, 2009

IKHWANKU...


Suatu hari, sedang Rasulullah bersama beberapa orang sahabat baginda, tiba-tiba Saidina Abu Bakar melihat Rasulullah mengalirkan air mata.. Saidina Abu Bakar menjadi cemas.. Beliau bertanya mengapakah Rasulullah mengalirkan air mata...

Rasulullah SAW bersabda :


" Aku mengalirkan air mata ini kerana aku teringat kepada ikhwanku.. Aku rasa rindu sekali kepada mereka..."


Sahabat-sahabat yang lain terkejut... Mereka tertanya-tanya siapakah mereka yang digelarkan ikhwan oleh kekasih ALLAH ini... Siapakah dia mereka yang disebut-sebut oleh Nabi ALLAH ini..? Dan siapakah mereka yang sangat-sangat dirindui oleh Rasulullah ini... Siapakah gerangannya mereka yang bertuah ini??
Melihat sahabat-sahabatnya yang kehairanan menyebabkan Saidina Abu Bakar cemburu akan mereka yang digelar Ikhwan ini.. Beliau memberanikan diri berkata kepada Rasulullah.. "Bukankah kami ini adalah IKHWANMU...?", kata Saidina Abu Bakar..

Rasulullah Saw bersabda :

"Bukan, kamu bukan IKHWANKU tapi kamu adalah SAHABATKU... Mereka-mereka yang digelar IKHWAN ialah mereka itu yang lahir selepas kewafatanku dan tidak pernah melihat aku tetapi mereka CINTA kepadaku.. CINTA kepada Sunnahku.. Dan mereka ini CINTA kepada sahabat-sahabatku... Mereka inilah yang kugelarkan sebagai IKHWAN... Aku RINDU kepada mereka dan mereka juga RINDU kepadaku..."


Alangkah rindunya Rasulullah kepada mereka yang digelar IKHWAN.. Adakah kita termasuk dalam mereka yang digelar IKHWAN ini??? Moga-moga InsyaALLAH.. Ana berdoa supaya ana dan antum semua berada dalam golongan IKHWAN ini.. AMIN !!


Ana teringat satu firman Allah yang berbunyi :


"Katakanlah jika bapa-bapamu, anak-anakmu, saudara maramu, isteri-isterimu, kaum kerabatmu, harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu takuti kerugiannya serta tempat kediaman yang kamu sukai, lebih kamu CINTAI daripada ALLAH dan RASULNYA dan berjuang di jalan ALLAH, maka tunggulah olehmu, sehingga Allah mendatangkan keputusan-NYa.. Dan Allah tiada menunjuki kaum yang fasik.."
( AT-TAUBAH : 24 )


Dalam Ayat di atas ALLAH SWT. menegaskan kepada hambaNYA bahawa CINTA kepada ALLAH dan RASULNYA mesti diletakkan NO. 1... Walaupun dibandingkan dengan ibu bapa kita sekalipun.. Namun ini bukanlah bermaksud kita tidak perlu CINTA dan KASIH kepada kedua-dua ibu bapa kita.., malah kita WAJIB untuk KASIH dan CINTA kepada kedua-dua mereka yang telah menjaga dan mendidik kita... Tapi apabila diberi pilihan yang mana patut diutamakan terlebih dahulu, kita WAJIB memilih Allah dan Rasul... Dan seterusnya barulah kedua ibu bapa kita..


Dalam satu hadis Rasulullah SAW ada bersabda :

" Tidak sempurna iman kamu selagi AKU belum kamu kasihi lebih daripada orang lain.."


Afwan... Ana tidak berapa ingat mantan untuk hadis ini.. Jadi kesimpulannya, rebutlah peluang untuk menjadi golongan IKHWAN sebagaimana yang disebut-sebut oleh Rasulullah.. Dan yang telah dikhabarkan dalam kitab suci AL-quran yang mana orang beriman itu saling kasih mengasihi dan mereka itu TERLEBIH KASIH KEPADA ALLAH DAN RASULNYA... ALLAH tidak menyebut mereka itu kasih tetapi sebaliknya TERLEBIH KASIH...
Renung-renungkanlah kenapa ALLAH memberitahu kepada hambanya dengan ayat itu...
Sama-samalah kita berfikir dengan menggunakan akal yang diberikan oleh kita.. Mudah-mudahan dengan berfikir ayat-ayat ALLAH akan menambahkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita kepada ALLAH...


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman apabila disebut nama ALLAH gementar hatinya, apabila dibacakan ayat-ayat ALLAH semakin bertambahlah imannya.. Dan hanya kepada Allah tempat mereka bertawakal.."

( Al-ANFAL : 2 )



SIRRU ALA BARAKATILLAH..!
WALLAHUALAM..!


SELEMBAR BULU MATA..

Alhamdulillah...

Dah lama tidak menulis rasanya.. Rindu rasanya untuk menulis dan sama-sama berkongsi ilmu...
Ana ada terbaca satu artikel.. Satu kisah yang menarik untuk di kongsi.. Mungkin di antara antum-antuna ada yang pernah terbaca atau terdengar kisah ini di mana-mana kuliah atau ceramah...

Sama-sama kita ikuti dan hayati kisahnya :

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili.. Ia dituduh bersalah , menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat.. Tetapi ia berkeras membantah. “ Tidak.. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar.. Saya tidak melakukan semua itu..”

“Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa”, jawab Malaikat.. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, tidak dijumpai seorang saksi pun yang sedang berdiri. Di situ hanya dia bersendirian. Makanya ia pun menyanggah, “ Manakah saksi-saksi yang kau maksudkan ? Di sini tidak ada sesiapa kecuali aku dan suaramu.”

“ Inilah saksi-saksi itu,” ujar Malaikat. Tiba-tiba mata angkat berbicara, “ Saya yang memandangi.” Disusul dengan telinga, “ saya yang mendengarnya.” Hidung pun tidak ketinggalan, “ Saya yang mencium.” Bibir mengaku, “ Saya yang merayu”. Lidah menambah, “ Saya yang menghisap.” Tangan meneruskan, “Saya yang meraba dan meramas.” Kaki menyusul, “ Saya yang dipakai lari ketika ketahuan.”

“Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentangperbuatan aibmu itu, ucap Malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi ia bakal dihumbankan ke dalam neraka jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah bebas dari tuduhan dosa itu. Tatkala ia dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengarsuara yang amat lembut dari selembar bulu matanya : “ Saya pun ingin mengangkat sumpah sebagai saksi.”

“ Silakan,” kata Malaikat. “ Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu malam yang lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahawa apabila ada seorang hamba yang melakukan kesalahan kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yang terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka.

Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahawa ia telah melakukan taubat yang sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan.” Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut dibebaskan dari neraka dan dihantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergema kepada penghuni syurga :

“ Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata.”



Sahabat Nabi adalah orang yang diibaratkan seperti singa ketika di medan perang tetapi pada malam hari mereka menangis dan memunajat kepada ALLAH memohon taubat...



Begitulah kisah selembar bulu mata.. Ana teringat satu hadis Rasulullah yang berbunyi :

" Tidak akan di sentuh oleh api neraka.. Mana-mana mereka yang menangis kerana takutkan ALLAH..."


Jadi sebagai kesimpulannya.. Tidak perlulah kita menagis kerana hal-hal yang remeh.. Ana biasa melihat ada sesetengah orang menangis sebab artis kesayangan mereka terkeluar daripada sesuatu program realiti TV.. Ada juga yang menangis kerana sebab artis kesayangan mereka tidak memenangi apa-apa anugerah dalam sesuatu program yang dianjurkan ABH contohnya... Malah yang paling lucu ialah menangis kerana cerita hindustan.. Entah la ana pun tak berapa nak faham.. Tapi itulah hakikatnya... Bak kata seorang sahabat ana dalam blognya " DUNIA KINI MAKIN TUA.. DAH HAMPIR PADA PENGHUJUNGNYA..."

Sepatutnya air mata kita hendaklah kita alirkan pada sesuatu yang bermanfaat.. Air mata yang paling mahal adalah air mata penyesalan.. Air mata takutkan azab ALLAH... Walaupun hanya setitis air mata yang kita alirkan untuk ALLAH, kekasih ALLAH memberi jaminan bahawa kita tidak akan disentu oleh api neraka...

Moga Kisah tadi dapat sama-sama kita ambil manfaat daripadanya... Sirru Ala Barakatillah...

Wallahuallam...!




Wednesday, April 22, 2009

BLOG.... SATU MEDIUM DAKWAH ??

BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM...

Selamat Pagi Sahabat Wa Salbiah...


Blog.. Satu medium dakwah?? Ok.. Apa yang ana nak kongsikan dengan sahabat-sahabat semua adalah berkenaan tajuk di atas...



Blog juga adalah salah satu medium dakwah yang boleh dimanfaatkan pada zaman IT ini



Blog ialah satu laman penulisan atau cetusan idea yang mana bagi seseorang penulis blog ataupun dipanggil blogger menyampaikan penulisannya, kritikannya, sebaran maklumat, iklan, pencarian kawan dan sebagainya yang tidak perlu ana sebutkan semuanya... Ramai penulis @ bloggers yang menggunakan blog mereka sebagai tempat untuk mengadu masalah, mengkritik sesuatu pihak, dan seperti yang ana sebutkan sebentar tadi tapi tidak ramai di antara kita yang menjadikan blog sebagai medium dakwah dan medan dakwah selain usaha dakwah kita yang lain... Maksud ana menjadikan blog kita sebagai tempat untuk perbincangan masalah-masalah Islam selain mengeratkan hubungan ukhuwwah islamiy
yah...




Penulisan yang bermanfaat dapat dikongsikan jika disalurkan mengikut wadah yang betul...




Skop dakwah itu sendiri adalah luas... Ada ant
ara sahabat-sahabat kita yang pandai bercakap atau berceramah.. Itu adalah kelebihan yang Allah kurniakan kepada mereka.. Alhamdulillah... Tetapi bukan semuanya hebat untuk berceramah... Ada di antara mereka yang hebat dalam bidang penulisan.. Subhanallah..! Kelebihan itulah yang digunakan untuk bidang penulisan yang seperti ana katakan iaitu penulisan blog.. ataupun yang lebih hebat sehingga boleh mengarang buku-buku islami atau haraki... Selain itu ada juga antara sahabat-sahabat yang hanya menjadi tukang masak ataupun tukang buat air dalam sesuatu program usrah contohnya.. Alhamdulillah dengan adanya sahabat-sahabat inilah yang selalu memudahkan urusan sahabat kita yang lain untuk mengelola sesuatu program...


Pahala yang Allah kurniakan bukan mengikut jenis kerja apa yang mereka lakukan... Allah tidak menilai melalui itu semua... Kalau berceramah dapat Rm 100, Kalau menulis dapat Rm 50 dan kalau tukang buat air dapat Rm 30 tetapi Allah akan mengukur seseorang itu melalui satu perkataan yang dinamakan
"IKHLAS" because ALLAH... Selari yang telah di gariskan oleh AS-syahid Sheikh Hassan Al-Banna dalam buku beliau " Risalah Taalim " sebagai rukun kedua perjuangan selepas rukun Al-Fahmu (FAHAM)...


Sayyid Abu Ala Al-Maududi juga pernah mengatakan :


"Setiap oarang yang berusaha untuk meninggikan kalimah Islam boleh menggunakan segala yang ada padanya seperti harta benda, jiwa raga, pena (penulisan), lidah (dakwah).."


Berbalik kita pada perbincangan tadi, maknannya perjuangan untuk meninggikan kalimah islam itu adalah mengikut kemampuan masing-masing.. Asalkan kita ada usaha bagi meninggikan kalimah islam yang suci ini InsyaAllah... Allah akan permudahkan jalan-NYA untuk kita...


Jadilah kita seperti sang burung pada kisah Nabi Allah Ibrahim yang ketika dicampakan ke dalam api oleh Sang Raja Namrud yang tetap menunjukkan usaha untuk memadamkan api walaupun di ejek oleh kebanyakkan binatang yang lain yang mengatakan itu adalah perbuatan yang sia-sia... Tetapi apa jawab sang burung tersebut ? Kata sang burung aku buat apa yang aku termampu dan inilah hujjahku di hadapan Allah kelak... Nah! tak malukah kita pada Sang burung tadi yang Allah tidak berikan akal kepadanya tetapi kita yang manusia ini berlagak sombong dengan mengatakan pelbagai alasan... Apakah yang kita akan hujjahkan di hadapan ALLAH kelak??

Wallahualam...!


Tuesday, April 21, 2009

ADA APA DENGAN NOVEL??

Ada apa dengan novel?? Entahla.. Ana pun tak tahu ape yang nak tulis sebenarnya nie... Cuma nak kongsi sikit cerita pasal novel.. Sekarang ni banyak novel-novel yang baru telah berada di pasaran... Tak kira la sama ada dari Malaysia, Indonesia mahupun seluruh dunia...

Betul ke orang kata yang lelaki nie pelik jika suka baca novel?? Hal ini pernah seorang sahabat akhwat ana mentertawakan ana kerana terlihat ana sedang membeli novel kat kedai "POPULAR" suatu hari....


Sebenarnya dulu, ana nie bukan jenis kaki
yang minat baca novel.... Lagipun tengok je novel yang tebal dengan halaman yang beratus-ratus muka surat tu pun dah rasa pening untuk di baca.... Tapi sejak 2 tahun lepas entah macam mana boleh jatuh hati pada novel-novel islamic..

Ceritanya seorang sahabat ana, Akhi Haziq yang memperkenalkan ana dengan dunia novel islamic... Syukran kepada beliau kerana dalam novel islamic juga terdapat pelbagai ilmu yang ana perolehi selain pembacaan buku haraki.. Selain membantu penambah baikkan penulisan kita, dal
am novel islamic juga terdapat hadis-hadis dan tejermahan Al-quran yang boleh kita pelajari secara tidak langsung...


Antaranya yang pertama yang berjaya mengubah persepsi ana terhadap novel ialah novel
"Tautan Hati" karangan Ukhti Fatimah Syarha... Novel ini jugalah yang telah berjaya menumpahkan air mata lelakiku ketika ralit memamah isi kandungan novel ini... Entah macam mana terasa munusuk kalbu sekali ketika menelaahnya..

Seolah-olah terasa seperti diri ini sebagai watak utama ( umar mujahid ) yang sedang bergel
ut sama ada untuk memilih sinaran cahaya @ kejahilan... Sama ada cinta seorang perempuan yang belum halal @ sahabat seperjuangan.... Tahniah wa syukran kepada Ukhti Kak Fatimah Syarha kerana berjaya menlis novel ini dengan baik sekali pada pandangan ana.. Ana menunggu novel seterusnya... Novel "Syabab Musafir Kasih" tulisan beliau juga telah ana baca...



Novel pertama yang berjaya memikat hati ana untuk membaca novel islamic yang lain
..



Kepada sahabat-sahabat yang belum membaca novel ini jangan lepaskan peluang untuk membacanya... Banyak pengajaran yang dapat di ambil dari novel ini...( promote ..hee)


Ok.. Lastly bagi ana pembacaan novel tidak salah asalkan kita pandai memilih novel yang betul dan yang berkaitan dengan kita sebagai pejuang islam..( jundullah) Moga-moga dengan pembacaan novel yang betul juga dapat menambah ilmu kita yang memang amat sikit....

Sirru Ala Barakatillah..!! Waalahualam...


Monday, April 20, 2009

KONSERT MUHASABAH BERSAMA 'IN-TEAM' DI POLISAS



Pada 19 April, ( semalam ) satu kumpulan nasyid yang sangat di kenali di antara golongan muda mahupun yang sudah berumur "IN-TEAM" telah mengadakan konsert Muhasabah yang dianjurkan oleh pihak kamsis Politeknik Sultan Haji Ahma
d Shah. Ahli Kumpulan In team yang menghadiri konsert itu ialah seramai 4 orang..( Abg Shahril, Abg Amin, Abg Rahim dan Abg Suhaimi )...


Kumpulan In-Team ketika menyampaikan lagu nasyid di POLISAS baru-baru ini



Konsert itu di hadiri lebih kurang seribu orang termasuk diri ini...hee... Aku di antara insan-insan yang meminati kumpulan nasyid ini... Siap naik pentas lagi... Hee..hee.. ( promote jap )...Masa tu kumpulan in team tanya soalan maksud satu perkataan dalam Bahasa Urdu.. Aku dah tau jawapan ( tak tau betul ke tak ) tapi tak nak naik pentas pada mulanya.. Tapi entah macam mana aku tengok tak de satu pun orang yang naik dan sahabat-sahabatku pulak paksa aku naik.. Apalagi zappp.. Entah macam mana aku dah kat atas pentas... Aku pun main hentam je jawab.. Nasib baik betul... Fuhhh..!!


Sesi autograf bersama kumpulan In-Team


Lepas tu diorang suruh aku nyanyi lagu nasyid la plak.
.. Alamak !! Jem...!! Padahal banyak lagu diorang aku hafal tapi bile masa tu jadi jem... blur..!! Aku main hentam la nyanyi lagu diaorang.. Entah betul ke tidak aku nyanyi... Kira-kira betul la kut... Aku baru perasan yang aku pakai selipar jepun je masa naik pentas tu... Patut la semua orang gelak je bile aku naik kat pentas.. Kantoi.. Selipar jepun... Malunyerrr..!!

Tapi berbaloi la jugak,,, Dapat la Album DVD baru kumpulan IN-TEAM... Free... Siap tanda tangan diorang lagi.. Tajuk Album DVD tu " ALLAHURABBI "..
Menampilkan penampilan istimewa Saudara Hisyam ( Deaharty ) ex- In Team dengan Saudara Suhaimi ex In team yang sekarang nie dengan album solo... Terdapat 10 track lagu semuanya... Semuanya best-best.. Kepada sahabat-sahabat boleh la dapatkan kat pasaran sekarang...

"ALLAHURABBI".. Album terbaru kumpulan In- Team


Dan yang terakhir sekali.. Taniah wa syukaran jazilan..!! Kepada kumpulan In Team kerana telah membuat yang terbaik pada konsert muhasabah itu.. Banyak yang dapat kami kongsi bersama dengan Abang-abang kumpulan In Team nie.. Semuanya sporting habis.. Semoga dikekalkan oleh Allah Perjuangan dakwah melalui medium nasyid ini.. Amin !!


Bersama Abang Khalil ( MESTICA ) masa konsert Mawaddah kat Polisas sebulan yang lalu..


Friday, April 17, 2009

MARHALAH DAKWAH



Menurut As-Syeikh As-Syahid Mustapha Masyur dalam buku beliau iaitu “JALAN DAKWAH”, beliau menggariskan tiga marhalah dakwah ataupun tiga peringkat dakwah yang utama iaitu :

1. Peringkat Taarif
2. Peringkat Takwin
3. Peringkat Tanfiz


Peringkat Taarif.

Pada peringkat ini, dakwah diperkenalkan secara umum kepada orang awam. Maksud ana, dakwah kepada orang ramai di sekeliling kita termaksuklah ibubapa, kaum kerabat, sahabat, dan seterusnya masyarakat. Tetapi sebelum kita bermula dengan peringkat ini, kita perlulah bersedia dari segi persediaan ilmu dan kesanggupan kita untuk terjun ke medan masyarakat. Bermula pada diri, keluarga dan seterusnya masyrakat.

Al Syahid Hassan Hudaibi pernah berkata :

“ Tegakkanlah Islam dalam diri kamu, nescaya kamu akan melihat Islam itu akan tertegak dengan sendirinya dalam kehidupan kamu..”

Jadi untuk peringkat ini, ana simpulkan persediaan seorang Juru Dakwah amat penting bagi memastikan persediaan ilmu yang rapi bagi berhadapan dengan masyarakat umum dalam konteks dakwah pada hari ini.


Peringkat Takwin.

Peringkat Takwin ataupun peringkat pembinaan ataupun juga dipanggil peringkat pembentukan merupakan salah satu peringkat di mana jiwa-jiwa pendakwah dibina, dibentuk dan ditarbiyah. Pada peringkat ini, Juru Dakwah akan ditarbiyyah sehingga mereka menjadi ‘PRODUCT’ yang paling terbaik. Salah satu Uslub atau kaedah yang dilakukan bagi memastikan peringkat ini berjalan ialah dengan mengadakan usrah. Ia digunapakai dari zaman Rasulullah yang bermula dari rumah Al Arkam Bin Abi Al Arkam sehinggalah ke generasi yang sekarang ini. Namun perlu diingat, pada peringkat ini, seseorang yang diperingkat Takwin tidak boleh meninggalkan peringkat yang pertama iaitu Taarif dan ianya mestilah bergerak seiiring pada kedua-dua peringkat.



Peringkat Tanfiz.

Peringkat Tanfiz ataupun dalam bahasa mudahnya bermaksud peringkat perlaksanaan. Pada peringkat ini, biasanya ianya melibatkan golongan pimpinan. Ianya bermaksud segala apa yang dipelajari daripada teori perlu dipraktikkan dan dilaksanakan. Contohnya, perlaksanaan Hukum Hudud. Kita semua tahu bahawa hukum hudud adalah wajib ke atas orang islam yang melakukan kesalahan ataupun jenayah. Jika pimpinan suatu gerakan islam sudah ada kuasa memerintah rakyat ataupun diberi mandat untuk memerintah Negara, maka wajiblah bagi pemimpin itu melaksanakan hukum hudud. Ini kerana kuasa pemerintahan berada pada tangan pemimpin tersebut.

Hadis Nabi Muhammad:

“Jika kamu melihat sesuatu kemungkaran hendaklah kamu mencegah dengan tangan (kuasa),jika tidak mampu cegahlah dengan lisan, jika tidak mampu juga cegahlah dengan hati.. Itulah selemah-lemah iman”


Menurut ulama yang menafsir hadis ini juga peringkat pencegahan kemungkaran dengan hati ialah peringkat yang paling rendah dalam dakwah. Dan selepas daripada itu, jika kita tidak rasa benci dengan hati, tiada lagi iman kata ulamak..Nauzubillah..!

Jadi ana simpulkan, peringkat Tanfiz ini kebanyakkannya adalah pada peringkat pimpinan. Sama seperti peringkat Takwin, peringkat Tanfiz juga perlu seiiring dengan peringkat Taarif dan Takwin. Ingat! semakin tinggi jawatan seseorang semakin berat bebenan yang terpaksa dipikul. Sebab itulah pimpinan perlu dipilh dengan tepat agar dapat memimpin kita ke jalan yang diredhaiNYA.

Waalahualam..!


Tuesday, April 14, 2009

Pada-MU Aku Bersujud



YA ALLAH..

Kenapakah begitu susah untuk aku mengubah diri ini agar menjadi insan berguna pada mata Ilahi?
Kenapa begitu sukar diri ini untuk menerima segala kebenaran yang diajarkan padaku?
Begitu hitamkah hati ku ini?
Begitu menggunungkah dosa diri ini?
Layakkah aku untuk meminta ampunanMu ya Allah?
Masih adakah ruang untuk hidayahMu bertapak dalam ruangan hati hitam ini ya Allah?
Kenapa begitu susah diri ini untuk mengalirkan air mata apabila disebut nama yang Maha Esa…?
Kenapa begitu berat air mata ini untuk mengalir mendengar nama Rasulullah s.a.w?
kenapa begitu jauh diri ini jika dibanding dengan para pejuang Islam yg lain?
Aku jua muslim yang sama-sama ingin melihat kebangkitan Islam….
Aku jua muslim yang bersama-sama melawan arus jahiliyah..
Tapi diri ini tetap ku rasakan masih sungguh jauh untuk menghampiri gerbang syurga-Mu ya Allah……
Tapi aku tidak sanggup dengan siksaan api neraka-Mu...


YA ALLAH…

Hinanya diri ku ini ya Allah…
Kotornya diri ku ini ya Allah…
Jijiknya diri ku ini ya Allah…
Berilah hidayah padaku ya Allah…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat…
Pimpinlah aku dalam setiap detik perbuatanku…
Aku tidak sanggup jika Kau berpaling dari memandang diri ini…
Tidak sanggup ya Allah….
Segala-galanya aku berserah pada Mu…
Aku tidak apat membayangkan diriku tanpa pimpinan-Mu ya Allah…
Aku tidak sanggup menjadi sehina-hina manusia pada pandangan-Mu…
Astaghfirullahalazim…
Ampunilah aku dalam setiap kejahilan dan kelekaanku….
Hanya pada Engkau aku bergantung dan mengharap segala-galanya….
Air mata membasahi pipi….
Adakah ini air mata keinsafan???
Ini adalah air mata kehinaan yang melanda diri ini…
Diri ini sedih dengan apa yg telah hambaMu ini lakukan….
Aku ingin meminta sesuatu dari Mu..
Tapi aku sungguh malu padaMu ya Allah..


YA ALLAH…

Aku teringat perjuangan Hassan Al-Banna..
Aku sangat mengagumi perjuangan beliau…
Aku mengagumi perjuangan Syed Qutub…
Tapi ya Allah…aku malu ya Allah untuk menyatakannya…
Masih layakkah diri ini menyebut nama Hassan Al-Banna? Nama syed Qutub?
Masih tersisakah pejuang sepertinya untuk diri ini….
Malunya aku ya Allah dengan permintaan ini...
Aku tidak layak memikirkan tentangnya..
Wanita seperti manakah yang Kau pilihkan untuk mereka…?
Wanita yang bagaimanakah yang telah Kau pilih untuk melahirkan mereka?
Semestinya seperti Zainab Al-Ghazali dan mereka yang seangkatan dengan beliau…
Aku ingin sekiranya boleh mendampingi orang-orang sekaliber mereka.
Seorang yang hidupnya semata-mata untuk Allah.
Mereka tak tergoda rayuan harta dan benda apalagi wanita.
Aku ingin sekiranya boleh menjadi mujahid-mujahid seperti Hassan Al-Banna.
Masih tersisakah mujahid seperti Al-Banna untukku ya Allah…?
Layakkah diri ini untuk menjadi peniup semangatnya?
Aku sungguh malu menyatakannya ya Allah…
Sungguh hina diri ini…sungguh kotor diri ini…
Sungguh lemah diri ini untuk mujahid seperti mereka…
Air mata ini jika dialirkan hingga titisan terakhir,
namun ia masih tidak mencukupi untuk menyatakan rasa bersalah dengan dosa-dosa diri ini yang menggunung tinggi...


YA ALLAH…

Pimpinlah daku…
Janganlah Kau tinggalkan aku walau sesaat cuma
Aku tidak sanggup dibiarkan dlm lumpur dosa2 hina….
Ampunilah aku ya Allah….
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…
Astaghfirullahalazim…


MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner