Wednesday, April 29, 2009

PESAN UNTUK ADIK-ADIK : BUKAN KUANTITI TAPI KUALITI

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Alhamdulillah ALLAH masih lagi berikan ruang untuk saya menulis...

Baru-baru ini, saya dipertanggungjawabkan untuk 'menghandle' satu program Tarbiyyah bersama beberapa orang sahabat dan salbiah.. Alhamdulillah, ALLAH mengizinkan program itu bergerak lancar dan untuk masalah yang sedikit saya rasa telah menjadi adat dan saya anggapkan tiada masalah yang kritkal...

Alhamdulillah juga..
Perkadiran untuk kali ini walaupun tidak seramai yang diharapkan tetapi generasi pelapis seperti inilah yang kami harapkan dan akan mewarisi dakwah di bumi kampus suatu masa nanti.. Generasi inilah yang akan menggantikan abang-abang dalam menyampaikan islam dan dakwah serta menjadi pemimpin kepada semua mahasiswa di kampus.. Yang akan menjadi penggerak dan tunjang dalam usaha menyampaikan kebenaran ISLAM di bumi kampus.. InsyaALLAH.. Saya dan beberapa sahabat akan meninggalkan dunia kampus dalam masa beberapa bulan lagi..

Dan segala ilmu yang diperolehi dikampus akan digunakan di luar kampus nanti.. Dan kami akan terjun ke medan dakwah yang sebenar apabila berhadapan dengan masyarakat nanti... Saya berharap segala ujian kami akan lalui dan tempuhi dengan sabar dan disaat inilah perlunya sahabat-sahabat sebagai penunjuk kami dalam melalui jalan yang sememangnya penuh onak dan liku...

Saya masih ingat lagi kata-kata seorang murabbi semasa usrah minggu lepas, :

" Kamu sekarang ini berada di suatu jalan yang gelap dan kamu sememangnya tahu ke mana arah tuju kamu.. Jalan sudah tersedia.. Dan yang tinggal hanya kamu untuk melaluinya.. Lampu-lampu jalan sebagai penyuluh bagi kamu.. Dan sahabat-sahabat kamu sebagai teman bagi kamu.. Apabila ada diantara salah seorang dari kamu yang ingin melencong ke tempat lain atau tersesat ke tempat lain maka sahabat yang lain akan cepat-cepat menarik tangan kamu.. Dan kalau di antara salah seorang kamu yang jatuh.. maka cepat-cepat sahabat yang lain akan cuba untuk mengangkat kamu kembali.. Dan akan sama-sama berjalan dan berjalan sehingga sama-sama sampai ke destinasi yang dituju..."


Inilah peranannya seorang sahabat... Sahabat yang baik tidak akan mengata di belakang dan jika ternampak sahabatnya ada membuat kesalahan cepat-cepat dia menegur dengan teguran yang tidak menyakitkan hati sahabatnya...

Dan untuk adik-adik.. Teruskanlah perjuagan kita.. Pastikan ISLAM terlaksana.. Kalau tidak secara semua cukuplah untuk ruang lingkup kita sebagai mahasiswa.. Pastikan ISLAM terlaksana di bumi kita.. Ingat kita bukan generasi yang memulakan dakwah.. Dan kita juga bukan generasi yang akan mengakhiri usaha dakwah tetapi kita ini generasi penyambung kepada mata rantai perjuagan dakwah ini yang telah dimulakan oleh Rasul-rasul terdahulu dan disambung kepada generasi sahabat-sahabat baginda sehinggalah sampai kepada generasi kita sekarang ini...

Dan pesan abang lagi.. Jangan biarkan sebab kita, usaha dakwah terhenti.. Jangan sebabkan kita maka akan mengancam kepada gerakan kita.. Jangan sebabkan kita.. Musuh-musuh memandang rendah atau memperlekehkan kita.. Dan jangan sebabkan kita, fitnah tersebar luas termasuk kepada gerakan kita...

Apa yang abang harapkan adalah kualiti bukan kuantiti.. Yang di ukur ialah kualiti bukan kuantiti... Namun bukan abang menidakkan kuantiti.. Kuantiti juga perlu tapi kualiti melebihi keperluannya dari kuantiti... Dan selepas ini, kamu akan di uji dan terus di uji.. Dan ujian ALLAH senantisa berjalan seiring dengan langkah kita sebagai seorang yang mengaku daie... " Takkan ada kesenangan dalam berdakwah".. Yang namanya senang tidak dipanggil dakwah.. Dan itulah yang perlukan kepada PENGORBANAN... Dan inilah juga yang akan menentukan kualiti kamu..

Kembali kita ke sirah perjuagan Rasulullah.. Kita tahu yang masa peringkat permulaan islam sahabat-sahabat baginda di siksa dengan begitu kejam oleh kaum kafir tetapi mereka tetap bersabar... Dan kalaulah difikirkan secara logik, kalaulah pada masa itu Rasulullah berdoa memohon kepada Allah agar dibinasakan kaum yang telah menyiksa umat islam pada masa itu.. Tentu mudah saja bagi ALLAH untuk melaksanakannya.. Tetapi kenapa ALLAH tidak mendatangkan terus pertolongannya..

Ini adalah kerana ALLAH mahu menilai adakah layak mereka-mereka ini untuk berjuang di jalanNYA dan mahu menilai KUALITI IMAN sahabat baginda serta membersihkan saf-saf kepimpinan yang bakal mengegarkan dunia islam pada masa itu...Sehinggalah lahirnya nama-nama besar pada masa itu antaranya perempuan pertama yang syahid SUMAYYAH dan BILAL BIN RABBAH...Itulah kualiti yang abang maksudkan...

Dan yang terakhir.. Semoga ini merupakah langkah pertama kita dalam menuju ke medan dakwah yang sebenar.. Abang berpesan pada diri abang sendiri dan kalian semua, mudah-mudahan kita akan terus istiqamah dan terus diberikan peluang oleh ALLAH bagi menjadi pembela agamaNYA.. InsyaALLAH... Banyak lagi ujian yang bakal kita tempuhi yang akan berjalan setiap masa dan inilah yang menjadi asam garam kepada seorang yang mengaku DAIE...

Sirru Ala Barakatillah...
Waallahualam...!!

1 comments:

Twinkle Husna said...

assalamualaikum, saya ada soalan berkenaan kualiti yang dikatakan. Baru2 ni saya sedih sebab sahabat yang sama perkaderan dengan saya dah naik tanfiz. Saya sedih dan risau sebab rata2 sahabat ahli Takween saya dah naik tanfiz .. tapi saya tak naik sama dengan mereka walaupun kami sama waktu thumbye. Saya risau kalau saya ni mula hilang sahabat gerak kerja disebabkan saya masih di tahap takween. Persoalan saya, adakah bila seseorang tu tak naik tanfiz, dia kurang dari segi kefahaman Dan kualiti ? Syukran harapnya mohon penjrlasan dari saudara.

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner