Monday, January 19, 2009

ALHAMDULILLAH... ALLAH BAGI KEMENANGAN DI TERENGGANU.....


Allahamdulillah...
Syukur kepada ALLAH tuhan sekalian alam dan hanya DIALAH selayak-layaknya TUAN punya alam semesta yang mempu mencipta, mentadbir dan memusnahkan... Tiada yang sama denganNya hatta dari segi zat, sifat dan perbuatannya... Hanya DIALAH yang layak disembah dan tiada tuhan melainkannya...

Selawat serta salam kepada junjungan besar RASULULLAH SAW, penghulu segala Nabi.. merangkap sebagai pesuruh ALLAH dan manusia terbaik yang menjadi teladan bagi setiap umat.. kepada sahabat-sahabat baginda, kepada golongan tabie', tabit tabie' , salafus solleh, alim ulamak, dan seterusnya kepada pejuang-pejuang, pendokong risalah kebenaran ini yang menjadi mata rantai perjuangan baginda dan orang-orang terdahulu...

Allamdulillah sekali lagi kerana "BIIZNILLAH" , Allah telah menganugerah kawasan Kuala Terengganu kepada mereka-mereka yang ingin memerintah berdasarkan hukum ALLAH...
Dan Ana cukup-cukup yakin dengan firman ALLAH TAALA yang bermaksud "Jika kamu menolong agama ALLAH TAALA, ALLAH pasti akan menolong kamu..."

Ayat di atas bukanlah bermaksud bahawa ALLAH mengharapkan bantuan daripada makhluk tapi ALLAH mahu menguji dan menilai mana-mana mereka yang mengaku berjuang pada JALANNYA.... Sebaliknya jika ALLAH mengkehendaki maka pastilah terjadi.... "Kun fa ya kun".. jadi maka jadilah....

Kemenangan ini juga akan membuka ruang untuk gerakan islam lebih terkehadapan dan memerintah mengikut landasan islam yang sebenar sebagaimana yang telah di syariatkan di dalam Al-quran dan hadis... INSYAALLAH... ALLAH AKAN MEMENANGKAN ISLAM....
TAKBIR!! ALLAHUAKBAR..!

0 comments:

Post a Comment

MUJAHIDDIN MUDA © 2008 Template by:
SkinCorner